Kisah Melancong, Jalan-Jalan Cari Makan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Agaknya kalau Malaysia semakin pulih, penularan Covid19 dapat dibendung, kebenaran merentas Negeri diberikan, tempat pelancongan mula dibuka kepada orang ramai dan sebagainya, destinasi yang mana satu korang hendak pergi di dalam Malaysia ini selain daripada balik kampung jumpa ibu bapa dan keluarga?
Ada beberapa tempat dan hotel yang telah ditutup terus akibat penangan Covid19 (ada juga tempat yang ditutup sebelum kisah Covid19) lagi.
In sya Allah den akan mula sambung mencoretkan kisah sesi berjimbaan bersama konco-konco ke Muar pada September 2020. Yupp setelah setahun berlalu baru hendak dicoretkan sekupang dua ye.
Ada beberapa tempat yang den telah pergi pada 2019 dan 2020 yang den belum sempat hendak coretkan. In sya Allah den cuba kalau kerajinan ye.
Sekiranya lepas terbaca coretan den dan korang berhasrat nak jalan-jalan cari makan ke mana-mana tempat yang den ceritakan nanti, sebelum pergi lebih baik buat semakan terlebih dahulu samada tempat dan hotel tersebut masih beroperasi atau tidak ye, mungkin ditutup buat selama-lamanya, mungkin ditutup buat sementara waktu bagi kerja-kerja baikpulih dan sebagainya.
Tourism Selangor pun telah mula gerak kerja promosi tempat-tempat menarik di dalam Selangor. Katanya Pusing Selangor dulu. In sya Allah nanti den cuba kongsikan tempat-tempat menarik yang telah disenaraikan oleh Tourism Selangor nanti ye.
Setakat ini den sekeluarga tidak ada rancangan hendak ke mana-mana lagi. Rasanya sesi berjimbaan bersama anak-anak kena ditunda sampai keadaan rasa lebih selamat.
In sya Allah kalau berani hendak jalan-jalan cari makan pun, mungkin pergi dengan konco-konco dahulu.
Ini cerita jalan-jalan dalam Malaysia la ye. Berjimba di luar Malaysia tidak tahu bila dibenarkan, mungkin 2,3 tahun lagi. Kebenaran melancong ke luar negara satu perkara. Perkara yang lagi utamanya adalah tabungan ongkos untuk berjimba di sana sini sebab Covid19 menyebabkan banyak perkara yang perlu kita timbang tara semula terutamanya tentang aspek kewangan.
Sementara tidak tahu lagi bila boleh berjimba ni, makanya throwback aje la gambar-gambar masa berpeleseran dahulu kala semasa mencoretkan sepatah dua cerita di dalam blog ini nanti.
Semoga ada rezeki untuk kita melawat ke tempat yang kita teringin nanti in sya Allah. Sesiapa yang telah mula travel, jangan lupa dipraktiskan semua SOP yang digariskan.
0 Comments