Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den tengok drama ni sebab hendak tengok Song Kang yang den pertama kali terjumpa dalam Sweet Home (salah satu KDrama yang best). Song Kang ni memang ada harapan besar jadi hero yang meletup-letup ni.

Navillera bukan merupakan KDrama cinta. Navillera den boleh kategorikan sebagai drama kehidupan yang berada di dalam genre yang sama seperti KDrama Reply 1988, Move To Heaven dan Dear My Friends.

Sayangnya KDrama yang satu ini rating nya tidak gegak gempita padahal ceritanya sangat awesome untuk den. Memang ada beberapa KDrama yang underated tapi berbaloi untuk ditengok. Navillera adalah salah satu daripadanya.

Sinopsis Ringkas

Persahabatan di antara dua orang lelaki (Deok-chul), pesara penghantar surat yang berumur dalam 70an yang didiagnosis mempunyai penyakit dementia dan mempunyai impian sejak kecil untuk menari tarian balet tetapi tidak pernah kesampaian dengan seorang penari balet (Chae-rok) di awal 20an yang sedang struggling dengan kehidupan (ibunya meninggal dunia dan bapanya dipenjarakan kerana menggunakan kekerasan semasa menjadi jurulatih bola sepak).

Deok-chul yang merahsiakan penyakit dementia nya daripada semua orang termasuk isteri dan anak-anaknya mula-mula dilayan acuh tidak acuh oleh Chae-rok yang terasa terbeban terpaksa melatih Deok-chul di atas arahan jurulatihnya, Seung-joo dan di dalam masa yang sama perlu buat persediaan untuk pertandingan baletnya sendiri.

Walaupun pada mulanya si Chae-rok merenjas-renjas dan kurang sabar mengajar Deok-chul tetapi mereka akhirnya menjadi cikgu dan pelajar yang saling memerlukan di mana persahabatan mereka secara langsung dan tidak langsung mengubah kehidupan mereka dan kehidupan orang di sekeliling mereka.

Ini adalah antara drama yang macam tiba-tiba eh mengapa mengundang air mata ni.

3 Sebab Kenapa Perlu Tengok KDrama Navillera

1.  Kisah Kehidupan Rakyat Marhaein

Drama yang tiada cinta meleret-leret, pandang memandang sehingga 5 minit.

Drama yang tiada adegan kejar mengejar, tabrakan, dsb yang bisa buat jantung hendak tercopot.

Tetapi tetap la jua KDrama nan satu ini daripada episod 1 sehingga episod terakhir (episode 12) akan memberikan kita perasaan yang sangat nyaman, memberikan kita harapan dan rasa kasih sayang di dalam meneruskan kehidupan.

Drama kehidupan ibu bapa yang merisaukan anak-anak, anak-anak yang prihatin tentang ibu bapa, persahabatan yang terputus di tengah jalan, kerja keras untuk mencapai cita-cita, ketidakputusasaan di dalam mengharungi pelbagai onak duri, sedaya upaya membuat perkara yang telah lama dihajati, peluang kedua dan sebagainya.

Di kala kita semua dibelenggu dengan pandemik Covid19, polemik politik yang tidak berkesudahan dan sebagainya, sememangnya KDrama yang satu ini buat hati jatuh suka.

2. Ballet

Seni tarian ballet sememangnya mengasyikkan.

Kita boleh tengok betapa jenuhnya hendak berlatih untuk menari ballet ini. Tarian lemah lembut tetapi latihan untuk menyempurnakan satu-satu langkah memang bukan calang-calang. Bukan setakat kecederaan jari kaki tapi macam-macam ballerina kena lalui demi sebuah seni tarian.

Den paling suka scene Chae-rok dan Deok-chul menari ballet di kala salji mula turun. Macam sangat istimewa menari di waktu salji terjatuh ke badan mereka. Ada beberapa KDrama yang den tengok cerita pasal mereka ternanti-nanti musim salji terutamanya the first snow fall.

Yang paling menarik adalah 2 orang pelakon utama drama ini iaitu Song Kang (Chae-rok) dan Park In-Hwan (Deok-chul) masuk ke kelas tarian ballet selama 6 bulan bagi persediaan untuk berlakon drama ini. Den tidak terkejut sangat Song Kang masuk kelas ballet sebab dia baru 26 tahun, jadinya penuh tenaga dan semangat waja.

Yang den terkesan adalah Park In-Hwan yang berumur 75 tahun ni. Awak yang baru 43 tahun pun dah sakit badan sana sini. Boleh lagi ahjussi sorang ni gigih bersemangat masuk kelas ballet demi menghidupkan sebuah watak. Patut dijadikan idola ni. Bersemangat untuk hidup.

Song Kang doing ballet will definitely make you swoon.

3. Kisah Teladan

KDrama lagi-lagi kalau yang berkisarkan kehidupan rakyat marhaein memang ada banyak pengajaran yang kita boleh renungkan dan jadikan pedoman di dalam hidup kita.

Deok-chul - walaupun beliau telah didiagnos dengan dementia, beliau tetap berusaha untuk menjalani hidup dengan sebaiknya dan berusaha untuk mencapai hasrat menjadi penari ballet yang merupakan impian beliau sejak kecil walaupun selalu kena marah dengan Chae-rok yang pada mulanya tidak berminat langsung nak mengajar dia. Walaupun banyak perkara berlaku di dalam hidupnya dari zaman kanak-kanak sehingga beliau berumur warga emas, Deok-chul sentiasa berusaha membuat semua perkara bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa.

Deok-chul mengajar kita tiada istilah terlambat di dalam hidup untuk memulakan sesuatu.

Chae-rok - memberi peluang kepada diri sendiri untuk berjaya dan bahagia dengan jalan hidup yang dipilih walaupun pelbagai halangan perlu dilalui, perlu berusaha bersungguh-sungguh, berlapang dada meraikan pendapat, lupakan kisah silam dan pandang ke depan.

Seong-gwan (Doktor yang berhenti kerja selepas pesakit terakhirnya meninggal dunia di atas meja pembedahan) - kadang kala di dalam hidup kita perlu berehat sebentar (take a break) di dalam melakukan sesuatu perkara untuk kita sedar kenapa kita perlu melakukan perkara tersebut. Kita ada peluang untuk kembali kepada perkara yang kita telah tinggalkan setelah kita faham kepentingannya di dalam hidup kita.

Ho-bum dan Se-jong (kawan satu pasukan bola sepak bersama Chae-rok pada beberapa tahun lepas yang terkesan dengan cara kekerasan bapa Chae-rok melatih mereka) - perlu tinggalkan kisah silam, ada peluang untuk mula semula membuat apa yang dihasratkan atau impian mereka. Setiap orang sentiasa ada peluang untuk restart and pursue the thing that make them happy.

Seung-joo dan Sori (pasangan guru tarian ballet yang bercerai tetapi masih dekat di dalam kehidupan masing-masing) - kehidupan kadang kala memberikan kita peluang kedua untuk mencuba, peluang kedua untuk bahagia, dsb.

Seong-san (terpaksa berhenti kerja sebab menyebabkan ramai pelabur rugi) - ada ketika di dalam hidup, kita perlu tinggalkan kerjaya/kehidupan sedia ada untuk start over tidak kira sepedih mana pun perjalanannya.

Banyak lagi pengajaran dalam KDrama yang satu ini.

Navillera akan sentiasa menjadi KDrama yang dekat di hati den sebab ianya membawa kita menghayati maksud jangan berputus asa di dalam hidup, tidak kira umur kita berapa pun adalah masih tidak terlambat untuk mulakan sesuatu yang kita hajati dan impikan walaupun kita tidak sihat, setiap orang yang pernah hadir di dalam hidup kita akan mengajar kita sesuatu, ada peluang kedua di dalam hidup, dsb.

Mohon tonton Navillera ini ye. KDrama yang mengajar kita untuk spread the love and happiness.

The heartwarming feel good drama. Definitely one of the most underated KDrama ever.

2 Comments

  1. Replies
    1. Jalan cerita memang awesome sebab kita boleh relate sebagai rakyat marhaein

      Delete