Inilah Doaku (Edisi Kemaskini) oleh Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri (Muat Turun Percuma pdf)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semasa membaca macam-macam penulisan di Twitter Rabu lepas, den terbaca tweet daripada akaun Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri.
Terjumpa perkongsian beliau tentang buku Inilah Doaku (Edisi Kemaskini) yang boleh dimuat turun secara percuma dalam bentuk pdf di pautan https://mira.gov.my/wp-content/uploads/2021/07/INI-DOAKU-BOOK1-2.pdf
“Doa adalah pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah SWT dengan memohon secara langsung kepada-Nya. Ia menyedarkan kita betapa pentingnya kebergantungan kepada Allah SWT dalam menghadapi apa jua kemelut dalam hidup”.
Empat Puluh (40) Doa Pilihan
Buku dengan 112 mukasurat ini mengandungi empat puluh (40) doa-doa pilihan Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri yang merangkumi pelbagai doa yang boleh diamalkan di dalam menjalani kehidupan harian di muka bumi Allah ini.
Doa di dalam buku ini dimulakan dengan Doa Ditetapkan Dalam Islam dan diakhiri Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat.
Senarai doa yang terdapat di dalam buku ini adalah seperti yang den kongsikan di bawah (petikan daripada pdf yang dimuat turun).
Doa yang pertama adalah pada mukasurat 9.
Doa yang terakhir dinoktahkan di muka surat 60.
Ada doa yang diberikan di dalam dua kategori (doa persendirian dan doa secara berjemaah).
Ada doa yang berbeza beberapa perkataan apabila di baca di waktu pagi dan waktu petang.
Sumber Doa
Setiap doa disertakan sumbernya iaitu samada daripada Al-Quran, Hadis dan sebagainya.
Doa yang bersumberkan Al Quran adalah:
Doa 5 (Doa Pengiktirafan)
Doa 33 (Kesabaran dan Keteguhan)
Doa 34 (Mohon Bersyukur)
Doa 35 (Memohon Hidayah)
Doa 36 (Mohon Rahmat)
Doa 37 (Keampunan dan Doa Saudara)
Doa 38 Membina Keluarga Bahagia (3 doa)
Doa 40 (Kebaikan Dunia dan Akhirat). Doa ini adalah antara doa yang biasanya kita baca selepas solat.
Doa yang Mempunyai Beberapa Doa
Doa 38 Membina Keluarga Bahagia terdiri daripada enam (6) doa terpilih iaitu Doa Menyerah Kepada-Nya, Doa untuk Pengantin, Memohon Zuriat Solehah, Doa Kelahiran Anak, Doa Diberkati dan Doa Agar Mendapat Keluarga yang Soleh
Doa keempat di dalam Doa 38 ini iaitu Doa Kelahiran Anak tidak tercatat sumbernya. Berdasarkan penerangan Irsyad Al-Fatwa Siri 502, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia bertarikh 22 April 2020 berkenaan doa ini sumbernya seperti berikut:
Sumber ini juga diterangkan di muka surat 106 sehingga 108 (Nota Hujung).
Doa 39 Pemimpin dan Kepimpinan yang Baik terdiri daripada himpunan lima (5) doa iaitu Doa Mohon Dilantik Mereka yang Terbaik, Mohon Dilantik Orang yang Bertaqwa, Mohon Dijauhkan daripada Orang yang Tidak Merahmati, Mohon Dijauhkan daripada Pembantu yang Jahat dan Doa Mohon Ditunjukkan Kebenaran.
Ini antara doa yang paling penting buat masa sekarang di kala Malaysia sedang di dalam proses pelantikan Perdana Menteri dan senarai Menteri kabinet yang terbaru.
Gambar dan Grafik
Doa-doa disusun dengan dihiasi ngan gambar dan grafik yang menarik dan berwarna-warni. Den paling suka gambar dan grafik yang mengiringi Doa 20, Doa 25 dan Doa 36.
Nota Hujung
Baki mukasurat yang selanjutnya dari mukasurat 65 sehingga 112 adalah penerangan bagi pelbagai doa (termasuk beberapa doa di antara 40 doa yang dikongsikan sebelumnya), wasilah dalam berdoa, istighfar, ilmu, fitnah, perlindungan takdir yang buruk, mohon ditetapkan di jalan lurus (tidak dibolak-balikkan hati), keselamatan di dunia dan di akhirat dan sebagainya yang memerlukan kepada pembacaan beberapa kali untuk memahaminya.
Bahagian Nota Hujung ini memang perlu dibaca dalam keadaan tenang sebab banyak penerangannya yang agak heavy untuk den. Bagi den yang banyak melagho ni, ada juga bahagian yang den baca beberapa kali tapi masih blur.
Di dalam Nota Hujung ini, terdapat tiga (3) perkara yang paling menarik perhatian den:
1. Di kala kita masih berperang dengan wabak Covid19, kita boleh membaca Doa Berlindung dari Penyakit Kronik (Doa 27). Penerangannya diberikan di mukasurat 92 - 94.
2. Penerangan tentang Doa Perlindungan dari Dukacita dan Hutang diberikan dengan panjang lebar di mukasurat 98 - 100. Doa Berlindung dari Dukacita (Doa 32) ni biasa imam baca bila solat berjemaah yang den sampai sekarang tidak hafal-hafal doanya huhuhuhuhu;
3. Penerangan tentang Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat (Doa 40) di muka surat 111 sebab ini adalah doa yang sememangnya biasa kita baca dan paling simple tapi merangkumi semua harapan, hasrat dan permintaan.
Den akhiri ulasan ringkas den tentang buku
Ini Doaku ini dengan petikan mukasurat 66.
Al-Hasan al-Basri pernah berkata: “Perbanyakkanlah istighfar di rumahrumah, di meja-meja makan, di jalan-jalan, di pertemuan-pertemuan dan di mana saja kamu berada. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui bilakah turunnya keampunan.” (Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 1/481).
0 Comments