Tokio Marine Life Malaysia Melancarkan Kempen JomVaccine
Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd. (Tokio Marine Life) telah
melancarkan Kempen JomVaccine untuk
semua anak-anak Malaysia. Menariknya,
kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, termasuk yang bukan
pelanggannya.
Dengan kenaikan kes COVID-19 baru-baru ini, tidak menghairankan bahawa
vaksinasi semakin mendesak dan sangat penting ketika ini.
Oleh itu, sempena pelancaran Kempen JomVaccine, Tokio Marine Life ingin
menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk kekal selamat sambil mendapatkan
vaksin mereka.
Apakah sebenarnya
Kempen JomVaccine?
Kempen JomVaccine menawarkan perlindungan PERCUMA untuk rakyat Malaysia yang mengalami kesan sampingan akibat
daripada vaksinasi COVID-19 yang diterima.
Bagi mereka yang bukan pelanggan
Tokio Marine Life pula, Tokio Marine Life akan membayar pendapatan harian
sebanyak RM120 (sehingga 5 hari) jika seseorang itu dimasukkan ke hospital dan
RM5,000 sekiranya orang itu meninggal dunia kerana kesan sampingan vaksin
COVID-19.
Rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun boleh mendaftar untuk
Kempen JomVaccine ini secara PERCUMA. Perlindungan percuma ini ditawarkan
sehingga 31 Disember 2021 atau apabila jumlah RM500,000 telah habis
diperuntukkan, bergantung kepada yang mana yang lebih awal.
Faedah yang ditawarkan kepada pelanggan
Tokio Marine Life yang aktif adalah lebih daripada dua kali ganda. Seorang
pelanggan layak menerima pendapatan harian sebanyak RM240 (sehingga 7 hari) sekiranya
dimasukkan ke hospital dan RM12,000 faedah kematian disebabkan kesan sampingan
vaksinasi COVID-19. Perlindungan percuma ini ditawarkan sehingga 31 Disember
2021 atau apabila jumlah RM500,000 telah habis diperuntukkan, bergantung kepada
yang mana yang lebih awal.
Kempen JomVaccine adalah inisiatif tambahan khas di bawah Dana Bantuan
Perubatan Tokio Marine COVID-19 bernilai RM5 juta yang dilancarkan pada awal
tahun 2021 untuk meringankan beban pelanggan.
Sekiranya pelanggan pelan perubatan yang layak dimasukkan ke hospital
swasta sebagai pesakit COVID-19 Kategori 3, 4 dan 5, dana ini akan membayar
balik perbelanjaan perubatan masing-masing berjumlah sehingga RM5,000, RM10,000
dan RM20,000.
Sebagai tambahan, jika pelanggan pelan perubatan yang memenuhi syarat
dimasukkan ke mana-mana hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang
disebabkan oleh kesan sampingan akibat vaksinasi COVID-19, dana ini akan
membayar balik perbelanjaan perubatan yang dikeluarkan sehingga RM5,000.
"Di Tokio Marine Life, kami ‘Look Beyond Profit’ dan
bertindak dengan penuh integriti bagi kepentingan pelanggan, rakan perniagaan
dan masyarakat kami. Kami dengan senang hati memberikan sokongan kepada semua
anak-anak Malaysia untuk melalui kesulitan ini bersama-sama. Sebagai rakyat
Malaysia, adalah tugas kita untuk saling menjaga satu sama lain.
Oleh itu, sebagai syarikat yang bertanggungjawab, kami sangat berbesar
hati untuk memberikan sokongan kepada semua pelanggan kami dan semua anak-anak
Malaysia dengan melancarkan Kempen JomVaccine ini.
Kami juga menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk bekerjasama bagi
mengatasi pandemik COVID-19. Bersama-sama, kita boleh melintasi sebarang
kesulitan!" kata Encik Toi See Jong, Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine
Life Insurance Malaysia Bhd.
Daftar untuk JomVaccine dan dapatkan perlindungan PERCUMA sebelum
pendaftaran ditutup pada 31 Julai 2021. Jangan lupa untuk menggalak keluarga
dan rakan anda untuk mendaftar juga!
Imbas di sini untuk mendaftar sekarang
2 Comments
Bestnya kalau dpt vaksin under company2 besar.
ReplyDeleteHa...banyak syarikat dah bagi banyak insentif untuk menggalakkan rakyat vaksin
Delete