Sejak Covid19 melanda Malaysia ni,

Hampir beberapa bulan juga guru, pelajar dan ibu bapa

melibatkan diri dengan PdPR.

Sememangnya bukan medium terbaik untuk pembelajaran

but we have to make do with what we have.

 

Masa den bekerja,

memang budak-budak tidak dapat sertai kelas online

sebab diaorang tiada handphone dan laptop.

Homeworks pun lepas den balik kerja baru depa dapat buat.

Bila den bekerja dari rumah ni,

memang boleh layan PdPR dengan lebih baik.

 

Sejak PdPr ni,

secara tidak langsung den pun terpaksa belajar sekali

sebab kalau biar budak-budak belajar sendiri

memang ke laut dalam la perginya.

 

Den dah faham sedikit pasal present tense,

present continuous, etc

Channel youtube Cikgu Darrel memang awesome

untuk belajar Bahasa Inggeris.

Walaupun den masih keliru hendak guna such as dan like dalam ayat.

Cikgu English sekolah anak den garang ooo

Den turut terkujat sekali kalau dia bersuara di Telegram.

Hehehehehehe.

Den belajar tentang bahasa persuratan,

pengaruh Bahasa Belanda dalam Bahasa Melayu,

kuasa YDP Agong, etc dalam Sejarah.

Belajar tentang anggota badan buaya,

regangan otot trapezius dan gastrocnemius,

ikatan simpul manok dan ikatan lilit balak,

teknik ligat berputar (perasan ballet dancer sekejap di situ),

peta minda emosi, etc.

Dalam dok pantau tuh, sempat juga ditampalnya terbalik perkataan 'hidung' tuh
Rasanya dalam banyak-banyak subjek,

den paling suka subjek pendidikan seni visual

walaupun den tiada bakat seni.

Den suka tengok benda berwarna-warni

yang budak-budak ni kena buat.

Pendidikan Kesihatan dan Jasmani pun best juga

sebab kena buat aktiviti fizikal.

Menyol dah otak ni duduk terperap kat rumah.

Tapi disebabkan duduk rumah sarang merpati,

makanya kurang ruang untuk melompat sana sini.

 

Subjek yang paling mencabar bagi den

adalah hampir semua subjek sekolah KAFA

dan Pendidikan Islam sekolah Kebangsaan

lagi-lagi Bahasa Arab dan Sirah.

Den ni dah la zaman belajar di UKM dulu,

Subjek Tamadun Islam pun dapat C.

Siap cari jawapan di internet pun kadang-kadang terpleot juga.

Jadinya memang selalu kena buat pembetulan

bila budak-budak ni hantar homework yang berkaitan.

Sains juga agak memeningkan.

Den selalu blur bila belajar Sains ni.

Perangai tersalah hantar kerja sekolah masih berlaku.

Kerja Bahasa Melayu hantar pada cikgu Muzik.

 

Kalau ada kelas melalui Google Meet,

kita memang kena masuk kelas sekali.

Kalau tidak cikgunya beriya menerangkan,

pelajarnya dok klebet hujung baju la,

dok melukis kartun la dia,

dok menggigit pensel sambil staring at the space.

 

Budak-budak ni bila bermain,

kelajuan depa macam Usain Bolt.

Bergelinjangan macam nak runtuh rumah.

Selagi tidak tutup lampu,

depa boleh melompat sampai ke malam buta.

Bila buat kerja sekolah,

pergerakan depa mengalahkan siput babi yang cedera.

Lemah longlai macam 10 hari tak makan.

Buat satu ayat,

nak terkencing la dia,

lapar nak makan pula,

menguap 10 kali.

Lepas tu boleh pula depa berangan,

duduk statik tidak bergerak-gerak tak buat kerja sekolahnya.

Pantang kita leka, depa main dengan pensel pula.

Kalau tidak diketuk memang tak siap kerja sekolah.

Lepas tuh konsepnya adalah asal siap.

Salah betul belakang kira.

Ini yang paling menguji kesabaran den sebenarnya.

Yang sorang tuh dah kepala melekat ke buku tak tau la kenapa
Satu kerja sekolah boleh ambil masa 1 jam untuk disiapkan.

Hampir setiap hari habis buat kerja sekolah pagi

pada pukul 2 petang.

Lepas tuh habis buat homeworks KAFA

sebelum azan Maghrib.

Memang begitu jadualnya dari Isnin-Jumaat.

Ini tara den dok pantau.

Kalau tak pantau sampai Sabtu Ahad tak siap lagi homeworks.

Begitulah kehidupan PdPr.

 

Den siap termimpi-mimpi

siapkan kerja sekolah PdPr.

Begitulah penangan PdPr.

Orang lain mimpi indah jumpa oppa.

Den mimpi PdPr.

Tragis sangat kan hehehehe.

 

PdPR ni sememangnya sangat mencabar.

Baik untuk cikgu, pelajar dan juga parents.

Bukan sahaja kisah ilmu tidak dapat disampaikan

secara langsung dan bersemuka antara cikgu dan pelajar.

Ada macam-macam kisah lagi sebenarnya.

Anak-anak tidak dapat berjumpa kawan-kawan.

Tidak dapat tingkatkan social skills.

Tiada memori alam sekolah, etc.

 

Ini cerita PdPR den yang tiada masalah capaian internet,

yang ada laptop dan handphone,

yang ada semua kemudahan,

yang anak hanya dua orang.

Bagi mereka yang ada pelbagai kekangan,

sudah pastinya akan lebih mencabar.

 

Semoga Covid19 dapat ditangani secepatnya.

Agar anak-anak dapat kembali ke sekolah.

Berjumpa cikgu dan kawan-kawan.

Kembali ke pembelajaran tradisi secara bersemuka.

Semoga ada rezeki ini dalam masa terdekat.

In sya Allah.

0 Comments