Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah den telah selamat menerima suntikan vaksin Sinovac dos kedua pada Khamis lepas.

Benda Yang Perlu Dibawa

Bagi vaksinasi dos kedua, pastikan semua benda di bawah ini dibawa semasa hari temujanji vaksin okay.

1. MyKad (Kad Pengenalan)

2. Kad temujanji vaksin (yang telah diberikan semasa selesai vaksin dos pertama yang lepas)

3. Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19 (yang telah kita lengkapkan semasa temujanji vaksin dos pertama yang lepas)

4. Pen

5. Handphone sebab kena guna MySejahtera (pastikan bateri penuh atau boleh juga standby power bank)

Proses Di Pusat Vaksinasi

Semasa den vaksin dos pertama pada 8 Julai 2021 lepas, prosesnya mengambil masa dalam 2 jam untuk selesai semuanya sebab ramai betul orang masa tu.

Bagi dos vaksin kedua ini, semua proses sehingga selesai mengambil masa lebih kurang 2 jam juga huhuhuhuhu.

Ini yang den lalu sepanjang proses vaksinasi dos kedua.

1. Kaunter 1

1. Pengesahan maklumat temujanji pada hari tersebut, kad temujanji vaksin dan Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19.

2. Ambil nombor giliran.

2. Kaunter 2 - Pengesahan maklumat berdasarkan MyKad di dalam sistem dan MySejahtera. Di sini petugas akan tanya tentang samada ada kesan sampingan atau tidak selepas cucuk vaksin dos pertama.

3. Vaccination Bay - dicucuk vaksin dos kedua.

4. Scan MySejahtera - pengesahan selesai dicucuk vaksin dos kedua.

5. Kaunter 3 - Serahan MyKad, kad temujanji vaksin dan Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19.

Petugas akan tunjukkan di mana hendak tengok kad vaksin digital dalam MySejahtera, pesanan untuk simpan kad vaksin hard copy (kad temujanji vaksin) – ini penting sekiranya MySejahtera yang dibangunkan dengan kos RM70juta tiba-tiba hang, etc. Petugas akan pulangkan MyKad, kad temujanji vaksin dan Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19.

Ini sijil vaksin digital yang ada di MySejahtera

Ini kena simpan molek sebab ini bukti kita telah divaksin sekiranya MySejahtera terpleot

6. Ruang pemerhatian - Rehat selama 15 minit dan sekiranya tiada simptom apa-apa boleh terus balik.

Sama seperti semasa cucuk vaksin dos pertama, den memang tidak ambil gambar apa pun sebab tiada rasa hendak mengambil gambar dan tersibuk kena mesyuarat online.

Ngeri Ke Tak Cucuk Vaksin

Disebabkan telah ada pengalaman cucuk vaksin dos pertama, makanya perasaan cuak itu berkurang sedikit cumanya kali ini petugas pastikan den tengok botol yang mengandungi vaksin Sinovac, jarum picagari yang digunakan, vaksin yang disedut guna picagari itu dan picagari yang kosong setelah vaksin dicucuk. Ini asbab kes viral cucuk air, picagari kosong hari gamaknya. Jadinya SOP semasa mencucuk vaksin telah jadi begitu.

Sebenarnya semasa cucuk vaksin dos pertama pun (sebelum ada kes cucuk air dan cucuk picagari kosong pun), petugas perubatan yang cucuk den pada masa itu tunjukkan vaksin Sinovac dalam botol 0.5 ml yang akan digunakan untuk cucuk den. Cuma masa beliau menggunakan picagari mengambil vaksin tersebut dari botol vaksin den tidak tengok sebab den dah pejam mata.

Kesan Sampingan Vaksin Sinovac Dos Kedua

Setiap orang mempunyai kesan sampingan yang berbeza-beza selepas mengambil suntikan vaksinasi.

Untuk den, Alhamdulillah sama macam cucuk dos pertama, tiada kesan sampingan selepas den mengambil suntikan vaksinasi Sinovac dos kedua cuma lengan yang dicucuk tuh rasa lenguh dan sengal sedikit selama 2 hari.

Sama seperti semasa cucuk vaksin dos pertama, den tidak makan apa-apa ubat dan supplement apa pun sebelum dan selepas divaksin. Lepas cucuk vaksin den tidak sapu minyak angin ke apa di bahagian yang dicucuk tuh.

Lepas divaksin, den buat rutin harian macam biasa. Cuma masa dok melayan kiddos boleh pula anak den yang sulung tuh pi tumbuk tempat yang divaksin tuh ha. Adoi la. Memang terpleot la sekejap sebab sakit huhuhuhuhuhu.

Ini untuk diri den la ye. Untuk orang lain, kesannya mungkin berbeza dan aktiviti selepas suntikan vaksin pun berbeza.

Boleh baca tentang kesan sampingan vaksin di poster yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti di dalam cerita den semasa Pengalaman Cucuk Vaksin Sinovac Dos Pertama dan Kesan Sampingan di SINI.

Apa Vaksin Yang Terbaik?

Ada pelbagai isu berkaitan vaksin ni yang kita boleh baca di pelbagai platform sosial media. Antaranya adalah antara semua vaksin yang berada di pasaran, yang mana vaksin yang terbaik daripada keberkesanan mencegah jangkitan Covid19?

Siap ada segelintir orang yang batalkan temujanji vaksin atau selamba tidak hadir ke pusat vaksinasi sebab diaorang hendakkan vaksin tertentu.

Bagi den, yang paling penting adalah kita dapatkan vaksin tidak kisah jenis yang mana satu. Ini penting untuk mempercepatkan ketersediaan herd immunity. Covid19 ini udahlah cepat bermutasi jadi bermacam-macam variant, jadinya elok la cepat kita dapat wujudkan herd immunity akan membolehkan kita meningkatkan tahap mandiri semua.

Macam den nih ha kalau hendak diikutkan telah lengkap 2 dos vaksinasi Sinovac tapi kalau esok-esok katanya perlu ambil dos ketiga atau tambahan booster ke apa, den layankan je la sebab nak diapakan lagi ye tak sebab kebanyakannya perkara masih di dalam kajian dan penyelidikan.

Jadinya kepada sesiapa yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, moh la kita sama-sama mendaftar ye.

Kepada sesiapa yang telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 tetapi masih belum mendapat tarikh temujanji, den doakan semuanya dipermudahkan dan semoga gilirannya akan sampai tidak lama lagi.

Alhamdulillah akhirnya lengkap 2 dos vaksinasi Covid19 dengan vaksin Sinovac. Harapnya tidak perlu la dos vaksin Sinovac ketiga ye huhuhuhuhu.

3 Comments

  1. Alhamdulillah selesai sudah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah lengkap sudah 2 dose vaksin. Semoga negara Malaysia ni cepatlah mencapai herd immunity.

    ReplyDelete