Assalamualaikum dan salam sejahtera.

This life, it doesn’t always go your way

Things fall apart

But what matters is how you choose to keep moving forward

What matters is that you keep going

For the people who need you most

That’s the promise we make every day we get

That despite all the hardships

You never give up

 

Ini adalah antara dialog di dalam siri drama animasi

Jurassic World Camp Cretaceous, Episode 4, Season 1.

Kata-kata ini sesuai je pada bila-bila masa.

Tetapi lebih terkesan di hati sekarang.

Sebab kita masih lagi berperang dengan Covid19.

Bermula sejak Mac 2020 sehingga hari ini.

Macam samar-samar begitu.

Hendak berjumpa dengan cahaya di hujung terowong.

Tidak pasti sampai bila Malaysia begini.

 

Jurassic World Camp Cretaceous.

Ada Season 1 hingga Season 3.

Siri yang satu keluarga tengok pada Jun lepas.

Memang best ye cerita dinosaur ni.

Walaupun jalan ceritanya adalah sama je.

Survival dan menyelamatkan diri daripada dimakan dinosaur.

Tetapi tetap la juga setiap episod menarik dan mendebarkan.

Jarang cerita yang kalau penerbitnya Steven Spielberg tak best kan?

 

Hampir seluruh Selangor akan terlibat dengan PKPD.

Bermula 3 - 16 Julai 2021.

Better late than never la kot ye.

Malaysia kena speed up the vaccination programme.

So that we can develop herd immunity.

Bukan untuk berjimba.

Tapi untuk tingkatkan kadar survival.

Untuk teruskan kehidupan.

Patah hati baca pasal kadar suicide yang meningkat.

Tumpang sedih baca tentang business yang gulung tikar.

Penuh cerita meruntun jiwa.

Di hampir semua media sosial.

It seems like 2021 is going to be another gone year.

 

Den masih bekerja dari rumah.

Layan mesyuarat online.

Baca laporan-laporan dalam laptop.

Tengok draf surat, laporan tapak, minit mesyuarat, etc.

Mujurnya setakat ini tiada isu penutupan loji air.

Ini paling bersyukur sangat.

Rasanya bila kena bekerja penuh nanti,

kena pergi check mata.

Sebab lain macam rabunnya sekarang.

Rasa power cermin mata naik mencanak-canak.

Baik untuk rabun jauh dan rabun dekat.

I am so old.

 

Kisah PdPR den ceritakan dalam satu post lain nanti ye.

Banyak coretan PdPR ni

yang bisa membuat pening kepala bagai huhuhuhu.

 

Den berjaya membaca dua (2) buah buku pada Jun.

Masih dalam fasa reading slump.

Nak baca e-book tapi keadaan mata tidak mengizinkan.

Haishhhh.

 

Berjaya habiskan Sweet Home.

Memang terbaik KDrama yang satu ini.

Kisah penduduk apartment menjadi monster

sekiranya perasaan negatif menyelubungi diri

terutamanya kalau berputus asa dengan hidup.

Fast pace dan setiap episod ada monster.

KDrama sesuai untuk seisi keluarga.

Anak-anak den suka betul cerita ni.

Dua orang heroes dalam KDrama ini.

Bakal jadi hero pelapis bagi industri seni Korea

sebab lakonan mantap, easy on eyes dan muda banget.

 

Sesi tengok Korean Movies dengan jayanya.

Ulang tengok Extreme Job buat sekian kalinya.

Budak-budak cakap nak buka restoran jual ayam goreng

lepas tengok movie ni.

A feel good movie.

 

Berjaya siapkan 200 pieces puzzles

dalam tempoh 2 jam dengan budak-budak.

Mungkin kena beli 1000 pieces puzzles pula.

 

Setelah 10 tahun duduk di apartment ni,

baru den perasan boleh nampak komuter dari balkoni.

Den patut lepak selalu di balkoni

menghayati pemandangan,

menikmati tiupan angin, etc.

 

Masih sedang berusaha untuk mencoret di blog.

Bila nak mula jengah semula Instagram kan?

Lama juga rasanya berhibernasi dari Facebook.

 

Semoga Julai 2021 lebih awesome untuk kita semua. In sya Allah.


 

2 Comments

  1. Semoga bulan julai ni dilalui dengan tenang bersama keluarga tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah...semoga Julai lebih bahagia untuk kita semua

      Delete