Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berhabuk-habuk blog nan satu ini tidak ber update hampir dua minggu sebab tuan punya badan tidak produktif begitu. 

Mood terjunam ke laut dalam begitu.

Hantu kubur betul alasannya kan tapi itu yang sebenarnya.

 

PKP 3.0 yang ala-ala tidak PKP dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021.

Tak tau nak cakap apa lagi dah ye.

Kalau dibaca di mana-mana media sosial,

rakyat semakin tertekan,

people are getting more desperate and helpless,

cikgu, ibu bapa dan murid-murid pening-pening lalat dengan PdPr,

ramai kehilangan pekerjaan,

banyak perniagaan terpaksa gulung tikar,

ramai kehilangan kaum keluarga dan sahabat handai kerana kematian akibat covid19,

program vaksinasi yang macam-macam kisah, dsb.

Bila difikirkan banyak perkara akibat covid19 ini boleh end up jadi overthinking dan jiwa kacau.

 

Den masih bekerja dari rumah dan pergi ke pejabat apabila perlu.

Mesyuarat online agak berjujuk-jujuk.

Reports pun banyak juga yang hendak dibaca sampai berpinar-pinar dan juling biji mata.

Baca reports beratus muka surat di laptop memang berbeza ya dengan baca reports fizikal (ini untuk den la).

Sebab tuh den sampai sekarang kantoi nak baca e-books sebab buku fizikal ni feeling nya tuh lebih awesome bila membaca.

Nasib baik tiada isu kecemasan sumber air setakat ini.

Harapnya perkara ini berkekalan sehingga sampai hujung tahun.

 

Disebabkan tidak dapat masuk ke pejabat, makanya tidak sempat hendak buat farewell party dan parti buih kepada seorang anak buah yang paling lama bertugas di unit kitaorang.

Dia yang terpaling senior.

Hampir 8 tahun di unit kami.

Den pun baru 5 tahun di unit ini.

Tidak sempat juga hendak berjumpa dengan ahli unit kitaorang yang terbaru.

Sebab masa patutnya beliau lapor diri, kita semua PKP 3.0.

Semoga ada rezeki berjumpa nanti.

 

Sebenarnya bila duduk rumah ada banyak je kerja yang boleh dibuat tapi mood itu agak ke laut dalam yang terpaling dalam.

Macam tiada mood serba serbi.

 

Membantu anak-anak PdPr sememangnya menguji kesabaran huhuhuhuhu.

Kadang-kadang kuiz yang den tolong jawabkan pun tidak dapat markah penuh.

Susah sungguh subjek sekarang ini.

Ada kerja yang cikgu suruh rekodkan video.

Bila ada beberapa video yang perlu direkodkan udah tersalah hantar ke cikgu bagai sampai cikgu tanya ‘anaknya ni baca mukasurat yang mana satu nih ye’ hehehehehehehe.

 

Reading slump yang berlangsung dengan jayanya sejak Mac 2021 masih berterusan dengan cemerlang sehingga post ini ditulis.

Telah cuba baca buku-buku favourite den tetapi den masih di fasa ini.

Dapat baca sebuah buku sebulan pun dah kira pencapaian hebat dah bila di fasa reading slump ni ha.

Sempat baca 2 buah e-books tapi kedua-dua buku sad ending.

Haishhhh.

Udah la reading slump kan, bila dapat baca buku, ending nya tragis pula.

Kan sedih tuh huhuhuhuhu.

 

Aktiviti menonton KDrama diteruskan dengan begitu perlahan sekali.

Masa zaman rajin melayan KDrama, 16 episod boleh habis dalam masa 2 hari.

Tapi sekarang 16 episod nak dihabiskan dalam masa seminggu pun jenuh sangat rasanya.

Den baru habis tengok KDrama Signal (2016) dan 365: Repeat The Year.

Dua-dua KDrama ni best sangat untuk kategori penyiasatan dan thriller.

Den juga baru habis tengok KDrama The Sound of Your Heart.

KDrama Lee Kwang-soo berlakon ni memang sejenis KDrama lawak yang bengong.

Den paling suka scene bapa dia jadi extra untuk drama perang Korea.

Scene ni memang paling sakit perut den gelak.

Esok-esok kalau rajin den review ye KDrama yang den dah tengok ni.

Ada je KDrama yang den tengok 1 episod je lepas tuh give up sebab rasa macam mehhhh sangat.

Ada 1 KDrama ni den berkenan dooh dekat hero dia tapi sayang jalan cerita tidak menarik makanya selamat jalan romeo begitu.

 

Kelmarin tengok KMovie lama tajuk Hearty Paws pasal abang dan adik yang ditinggalkan oleh ibunya terpaksa survive sendirian.

Selama setahun depa duduk berdua ditemani oleh anjing bernama Hearty.

Sedih nak mati cerita ni, tak sangka sedih sangat.

Plot twist yang pertama sudah buat patah hati.

Plot twist yang kedua pun bikin jiwa kacau.

Kurang sesuai cerita macam ni tengok waktu PKP 3.0 ni.

 

Lepas tuh tengok pula dokumentari pasal kadar bunuh diri yang meningkat di Thailand sejak Covid19 melanda dunia.

Memang sedih la.

Lepas tengok dokumentari ni terus den makan maggi pukul 11 malam sebab rasa macam haishhhhh.

Lepas tuh musykil kan kenapa beratnya mengerikan padahal dok melantak sampai malam.

 

Blogging pun ala-ala ke laut dalam.

Review pun ada beberapa yang den tolak sebab macam tak sampai hati kalau buat kerja separuh hati.

Ada banyak je cerita.

Tapi rasa nak mengarang tuh takde.

 

In sya Allah den akan cuba berusaha keluar dari mood di laut dalam ini sebab bak kata Andy Dufresne dalam The Shawshank Redemption (antara movie terbaik bagi den) “either you get busy living or get busy dying”.

Lets try our best yar because this is our only shot at this stuff called life.

 

Semoga kita semua diberikan ketabahan hati, kesabaran yang tinggi dan seangkatan dengannya untuk terus melalui hari-hari yang mendatang di dalam fasa Covid19 seperti bak kata lirik salah satu lagu kartun Among Us iaitu Good To Be Alive.

 

It's good to be alive

It's good to be alive

I'm happy to survive

So, so good

 

0 Comments