Assalamualaikum dan salam sejahtera.

In sya Allah rakyat Malaysia buat sekian kalinya akan melalui PKP 3.0 dari 1 - 14 Jun 2021 yang berdasarkan pembacaan den secara sepintas lalu adalah tidak seperti PKP 1.0.

Saban hari kes Covid19 semakin meningkat, jumlah kematian pun semakin naik, frontliners telah terlalu penat, program vaksinasi terlalu banyak yang perlu diperbaiki, rakyat semakin terbeban dan lelah, terlalu banyak berita yang meruntun hati, dsb.

It’s a very challenging time for all walaupun tahap cabaran kepada setiap orang adalah berbeza. 

Apa lagi yang kita boleh buat selain be kind to each other always. Semoga kita semua dapat melalui PKP 3.0 dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

1 Jun 2021 pada pukul 7.20 pagi, den dikejutkan dengan notifikasi daripada bank yang mengatakan kad kredit den telah dicaj untuk penggunaan bagi pembelian di FB.

Makanya dengan mata yang terpisat-pisat dan tak sempat gosok gigi, den berurusan dengan bank untuk block kad kredit den tersebut dan perlu melalui beberapa urusan lain selanjutnya nanti kena isi borang dispute, scan dan email borang, siasatan yang akan mengambil masa 3 bulan, penggantian kad, etc.

What a great day to start the first day of June eh?

1st June 2021, hari ini merupakan hari ulang tahun ke 20 tahun den berkhidmat di tempat kerja sekarang. Kena bersyukur dah pasti sebab di kala ramai orang tidak mempunyai pekerjaan sejak Covid19 melanda dunia pada Mac 2020, den masih mempunyai kerja.

Alhamdulillah.

Tengok nanti den rajin tak hendak mencoretkan sepatah dua kata tentang 20 tahun anniversary ini. Hmmmmm.

In sya Allah den juga akan Bekerja Dari Rumah sehingga 14 June dengan memo daripada pejabat agar bersedia bila-bila masa untuk masuk ke pejabat.

Kena coretkan tarikh-tarikh mesyuarat atas talian yang telah berjujuk-jujuk beratur supaya tidak berlaku lagi kejadian seperti minggu lepas di mana den perlu menghadiri mesyuarat berkenaan pembinaan jambatan pada 2.45 petang hari Jumaat.

Den terlupa langsung sampai la hari Ahad, masa den melepak dan berehat membaca buku, den terbaca satu perenggan di dalam buku tersebut yang menceritakan tentang hantu yang merayau-rayau di jambatan di London.

Langsung baru teringat pada mesyuarat jambatan yang perlu den hadiri.

Tapi nak diapakan ye tak sebab memang terlupa langsung.

Makanya berhuhuhuhu je la lepas kesedaran diri tuh.

Tunggu je la nanti kena tindakan tatatertib sebab tidak hadir mesyuarat tanpa sebab musabab yang munasabah huhuhuhuhu.

Ada 2 laporan berkenaan 2 buah sungai di mana setiap satu laporannya mempunyai 171 muka surat yang den perlu baca dan ulas dalam minggu ini.

Wish me luck okay.

Disebabkan di hari pertama Jun ini hati terasa agak mellow, den kongsikan lagu yang den asyik dengar berulang-kali sejak semalam, One More Light daripada Linkin Park. Den mula-mula kenal depa ni masa den di UKM melalui album Hybrid Theory.

There are things that we can have, but can't keep

Just 'cause you can't see it, doesn't mean it, isn't there

If they say
Who cares if one more light goes out?
In a sky of a million stars
It flickers, flickers
Who cares when someone's time runs out?
If a moment is all we are
We're quicker, quicker
Who cares if one more light goes out?
Well I do

One More Light, Linkin Park

Semoga bulan Jun 2021 ini bulan yang terbaik untuk kita semua.

2 Comments

  1. Selamat memasuki penggal kedua 2021 sis, tak sabar nak baca sis mencoretkan sepatah dua kata tentang 20 tahun anniversary :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita sama-sama dapat mengharungi penggal kedua 2021 sebaiknya. Tak tau la rajin ke tak nak cerita pasal 20 tahun tuh hehehhehehehe

      Delete