Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita sambung semula cerita sesi berjimbaan ke Johor yang berlangsung hampir 9 bulan lepas ye.

Kita ala-ala walk down the memory lane je la ye sebab bukan sahaja kita tidak tahu lagi bila kita boleh berjimbaan ke hulu ke hilir seperti dahulu tetapi hendak pergi kerja pun masih in limbo lagi ni huhuhuhuhu.

Taman Negara Johor Pulau Kukup (Ramsar Site) - Taman Negara Tanjung Piai - BookXcess Sunway Big Box Johor Bharu - Glex Hotel Signature - Seafood dinner di Tepian Tebrau

Hari kedua dimulakan dengan mencari breakfast.

Tidak ingat di mana kami breakfast sebab tidak jumpa cari gambarnya huhuhuhu.

Begitu la bila mengambil masa yang panjang untuk mencoret di blog ini, makanya banyak maklumat yang terlupa.

Kami pergi ke dua tempat yang memang den hendak pergi sangat dalam sesi berjimbaan kali ini iaitu Taman Negara Johor Pulau Kukup (Ramsar Site) dan Taman Negara Tanjung Piai.

Kedua tempat ini sememangnya adalah aktiviti going back to the nature dan mohon sediakan tenaga yang secukupnya sebab memang jauh perjalanan menerokai alam sekitar memang bisa membuatkan kaki lenguh hehehehe.

Kitaorang pergi ke satu kedai buku di Johor Bharu (lupa dah nama apa) tapi sayangnya kedai ini telah ditutup operasinya akibat penangan Covid19. 


Lepas berjalan-jalan melihat keindahan kehijauan alam semulajadi, kami terus bergerak ke BookXcess Sunway Big Box Johor Bharu.

Untuk ulat buku macam den dan Kak Noris tempat sebegini memang heaven.

Tiqah pun terikut sudah ke kedai buku sebab kitaorang suka heret dia hehehehehhe.

Lepas check in di Glex Hotel Signature dan berehat sekupang dua, kitaorang terus je pergi makan malam seafood di Tepian Tebrau, Johor Bharu.

Nasib baik kali ni budak berdua tuh mendengar kata dan pesan makanan ngam-ngam sesuai je untuk kitaorang bertiga makan.

Den masih trauma depa lupa daratan pesan makanan masa kitaorang di Kota Kinabalu Januari 2020 lepas hehehehehehe.

Lepas makan kenyang kitaorang pergi supper dekat Restoran Banafee Village sambil dengar live band sebelum balik ke hotel.

 

Hari kedua yang memang awesome di dalam sesi berjimbaan kali ini.

0 Comments