Assalamualaikum dan salam sejahtera.

In sya Allah tinggal 2 hari lagi kita akan menyambut Syawal kan? Walaupun kita akan menyambut Syawal dalam keadaan serba sederhana sebab masih belum menang menangani wabak Covid19, kita cuba ceriakan Aidilfitri kita dengan Fanbo, set penjagaan kulit muka dan tatarias wajah pada harga mampu milik.

Memilih produk penjagaan dan kosmetik yang betul-betul sesuai dengan kulit kita sangat penting. Lagi-lagi dengan keadaan persekitaran di Malaysia yang panas dan kering dan kini dengan penjarakan sosial serta pelbagai tekanan lain, perlu dipastikan bahawa sebarang produk yang digunakan pada kulit kita dapat bertahan, serta dapat membuat kita berasa kekal segar dan bersemangat sebagaimana semasa mula memakainya.

Dengan warisan Fanbo yang menyerlahkan kehebatan setiap wanita menerusi produknya, supaya mereka dapat tampil dengan versi yang terbaik diri mereka, produk penjagaan kulit yang mempunyai reputasi yang baik serta boleh diharap ini kini dibawakan untuk wanita pada semua peringkat umur.

Terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi, Fanbo kini bersedia untuk menawarkan produk-produk berkualiti kepada wanita Malaysia, sebagaimana yang sudah dinikmati oleh wanita di negara jiran, Indonesia selama berdekad lamanya.

Bagaimanapun, ‘jenama nostalgia’ ini masih kekal kontemporari dengan adanya penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan bahawa rangkaian lengkap produk-produknya mengikuti perkembangan terkini.

Inspirasi daripada Pokok Sakura

Keanggunan dan kelembutan pokok Sakura mengingatkan kita bahawa keindahan ada di mana-mana sahaja di sekeliling kita, yang menyerlah dengan caranya yang tersendiri. Fanbo membawakan falsafah ini menerusi produk penjagaan kulit dan kecantikan jenama tersebut, demi memastikan bahawa kaum wanita mempunyai pilihan yang elegan dan mudah didapati untuk menyerlahkan seri semula jadi mereka menerusi cara yang mencerminkan alam semula jadi.

Penggunaan ekstrak Sakura membawakan pelbagai manfaat untuk kulit:

1. menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi;

2. mengurangkan pengoksidaan;

3. mengecilkan pori-pori wajah;

4. mengurangkan kemerahan kulit, dan antiradang.

Ia bukan sahaja lembut dan halus, tetapi juga menyerlahkan kecantikan dan seri semula jadi kulit.

Keistimewaan produk Fanbo

Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat:

1. membantu menyihatkan dan melindungi kulit kita;

2. membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya kulit kita mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta sendiri;

3. mesra wuduk. Ini memang okay sangat sebab kita tidak perlu memperbaharui solekan selepas membersihkan muka;

4. formulasi yang tahan lama, ringan dan mudah diserap memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya; dan

5. memfokuskan pada penyediaan dan asas yang berkualiti supaya kita dapat menyerlahkan gaya semula jadi diri sendiri.

Precious White: Rangkaian Precious White

Rangkaian Precious White yang mana semuanya diformulasi dengan ekstrak Sakura terdiri daripada milk cleanser, face toner, facial foam dan moisturizer yang mudah digunakan untuk disesuaikan dengan jenis kulit dan cara pemakaian kita. Ianya:

1. melembapkan kult supaya tampak sihat dan segar;

2. ringan dan mudah diserap;

3. menghilangkan kotoran, benda asing, dan mekap dengan mudah; dan

4. mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah (dengan formulasi provitamin dan ekstrak Sakura).

Pancake Powder

Compact powder ini dihasilkan supaya sesuai dengan semua jenis kulit dan didatangkan dalam bentuk warna kulit tempatan.

Tepung jagung menyerap minyak yang berlebihan pada kulit, dan zink oksida melindungi kulit daripada UVA dan UVB. Ini ideal bagi iklim kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya matahari terutamanya untuk kulit den yang selalu terdedah pada pancaran mentari bila pergi ke site visit.

Pensel Kening

Pensel kening ni membantu kita menyerlahkan kening supaya tampak lebih natural. Produk yang halal dan mesra wuduk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga tahan lama.

Menurut jurucakap Fanbo, Anastasia Gracia, Pengarah Fanbo Malaysia, “Fanbo berbesar hati untuk mengongsikan rangkaian produknya dengan Malaysia. Kami mengenali jenis-jenis kulit di Malaysia, dan kami berasa gembira kerana dapat membantu semua wanita Malaysia untuk menyerlahkan seri wajah mereka dengan produk-produk yang dihasilkan khusus untuk kulit Asia, serta yang mengambil kira faktor iklim dan gaya hidup tempatan. Seperti juga keanggunan pokok Sakura, ia dibawakan untuk memberikan sokongan dan asas yang lembut supaya semua wanita merasakan diri mereka istimewa”.

Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut:

LAZADA

https://www.lazada.com.my/shop/fanbo-cosmetic-malaysia-store/

SHOPEE

https://shopee.com.my/fanbocosmetics.os

PG MALL

https://pgmall.my/seller_store_product/Fanbo-Cosmetic-1

Untuk maklumat lanjut tentang produk Fanbo, korang boleh layari:

FB: https://www.facebook.com/Fanbo.my

IG: https://www.instagram.com/fanbo

Selamat kelihatan anggun dan menawan di pagi Syawal.

3 Comments

  1. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dengar produk Fanbo ni. Product sakura based ni menarik pada saya. Mungkin tertarik dengan packaging warna pink bunga sakura. Tak dinafikan, sakura extract memang banyak digunakan dalam produk kecantikan :)

    ReplyDelete