Marvellous May
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan hari yang ke 19.
Sekejap je kan dah masuk bulan Mei 2021 dan kita semua telah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan memasuki hari ke 19.
Ramadhan 2021
In sya Allah permulaan bulan Mei ini memang marvellous sebab in sya Allah malam ini merupakan malam ke 20 Ramadhan yang membawa kita kepada 10 terakhir yang paling dinanti-nantikan oleh semua dengan doa dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
In sya Allah semoga dalam masa 11 hari Ramadhan yang masih berbaki ini kita dikurniakan rezeki dan kesempatan untuk melaksanakan semua ibadah yang kita dah rancang tidak kisah samada hendak membayar zakat fitrah, fidyah (eh siapa tuh ye yang kena bayar fidyah tuh heehehhehee), khatam Quran, bersedekah, solat Terawih, etc.
Walaupun ada banyak perbezaan Ramadhan kali ini jika dibandingkan dengan Ramadhan sebelum-sebelum ini kerana den sedang beradaptasi dengan perubahan besar di dalam kehidupan den, Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki untuk den to keep on moving no matter how terpleot I am. Banyak perkara yang den perlu bersyukur dan muhasabah diri.
Covid19
Penghujung April sehingga ke hari ini, statistik wabak Covid19 di kebanyakan Negara seluruh dunia menunjukkan peningkatan yang memang mengundang rasa gundah gulana di hati kita. Ngeri baca kisah Covid19 gelombang kedua di India. Statistik Covid19 di Malaysia pun saban hari semakin meningkat dengan angka terakhir kes baru semalam adalah 3,788 kes di mana Selangor sahaja mencatat 1,265. Kalau ikut kira-kira rakyat marhaein macam den nih ha, peluang dan harapan untuk merentas Negeri bagi meraikan Aidilfitri yang in sya Allah kita akan sambut pada 13 Mei macam tipis, suram dan kelam je ye. Haishhhh.
Persiapan Aidilfitri
Sejak dahulu kala den memang tidak beriya membuat persiapan Aidilfitri sebab den memang sejenis pemalas begitu.
Semalam den suruh budak-budak ni cuba baju Melayu tahun-tahun lepas, macam okay je nampaknya walaupun senteng di sana sini, kira boleh la tuh kan pakai raya nanti muhahahahahahaha. Dasar mama yang asal boleh begitu la hehehehehehe. Den tiba-tiba terada baju raya sebab kawan sepejabat jual baju raya, jadinya kita support bisnes kawan-kawan begitu. Kasut raya den pun tiba-tiba ada sebab kasut den yang dah pakai setahun lebih ke hulu ke hilir siap terpakai masa pergi site visit bagai telah lunyai begitu maka terpaksa la beli kasut baru.
Tahun ini den terajin sedikit makanya den buat tart nenas bentuk buah-buahan dan biskut cornflakes (sebab cornflakes nya dah nak luput tarikh bulan Jun nanti makanya terpaksa la den buat biskut raya muahahhahaha). Macam tak rajin pula nak buat Florentine biscuit tahun ni.
Kuih-kuih raya lain den tempah daripada kengkawan bagi menyokong bisnes mereka. Takde la banyak mana pun sebab den tempah kuih raya yang den makan je. Dalam tak banyak tuh ada la juga beberapa jenis macam popia simpul, almond London, chocolate chip, mazola, brownies biscuit dan tart nenas. Semuanya sebalang je pun kecuali almond London sebab anak bujang den yang sulung tuh tak suka almond, makanya kena tempah almond London tanpa almond, so jadinya kuih London je la kot ye. Kalau den tak tempah macam tuh nanti jadi keroje den kena gigit pisahkan almond tuh daripada London nya. Nanti mengganggu konsentrasi den hendak makan kuih raya lain dengan jayanya hehehehehehe.
Persiapan yang paling mengerikan adalah menyediakan duit raya huhuhuhuhu. Ngeri ooooooo.
Oh pencapaian persiapan raya adalah semalam berjaya burn semua lagu raya yang den suka di dalam cd muhahhahahaha. Iyo…kereta den versi lama yang radionya tuh pakai cd makanya gigih ye den tahun ni pergi cari kedai mana yang masih jual cd. Walaupun tahun ini in sya Allah tidak ke mana-mana disebabkan covid19, den akan rasa happy cd lagu raya tersedia dalam kereta tuh ha. Kot kena pergi isi minyak kereta ke nanti, boleh je la layan lagu raya sekupang dua walaupun jarak rumah dengan stesen minyak tak sampai 5 minit driving pun hehehehhehehe. Small stuff like this do make me happy.
Reading Slump
Semoga berkat hendak memasuki 10 Ramadhan yang terakhir mulai esok, reading slump yang bermula dari Mac dan berlarutan sehingga April ini berakhir la hendaknya sebab sedih sangat hati untuk seorang pembaca buku tegar bila terjebak di fasa reading slump ni huhuhuhuhuhu. Kesedihan yang tidak dapat hendak digambarkan. Haishhh.
Hati Yang Terkilan
Tajuk mengundang sangat kan hehehehehehe.
Semalam ada berita yang menyebabkan hati agak terkilan dari pejabat. Di kala orang lain sibuk menghidang makanan untuk berbuka puasa, den dok kalut berwhatsapp di sana sini cuba memujuk hati mereka yang terlibat, trying to salvage whatever that can be save, trying to minimize the damage, etc. In sya Allah kita semua kena percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya cumanya sometimes your heart needs more time to accept what your mind already knows.
Oh terlupa langsung den hari ini adalah Hari Pekerja (1 Mei 2021) sebab ianya jatuh pada hari cuti umum hehehehehe.
So den akhiri coretan pertama di bulan Mei ini dengan tiga perkara berikut (gomen sungguh ayat ni hehehehehehe):
Selamat Hari Pekerja kepada semua.
Selamat melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang berbaki 11 hari lagi. Semoga kita semua berpeluang bertemu dengan malam Lailatul Qadar in sya Allah.
Semoga ada miracle kita semua dapat merentas Negeri untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti in sya Allah.
Semoga Mei 2021 adalah Mei yang terbaik untuk kita semua. In sya Allah.
2 Comments
Pejam celik hari ni dah 19 ramadhan
ReplyDeleteSekejap je kan
Delete