MY DEAR FRIENDS (2016) KDrama Warga Emas, Persahabatan dan Keluarga: KDrama Review
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
KDrama yang wajib tengok. Period. Truly amazing drama yet underrated.
Bagi diri den, My Dear Friends adalah antara KDrama yang terbaik yang den pernah tengok sebab ianya adalah tentang kisah hidup warga emas rakyat marhaein yang kita boleh hubungkan dengan kehidupan harian kita. Setiap episode memberikan banyak pengajaran yang kita boleh ambil sebagai pedoman.
Kalau kriteria korang memilih sesuatu KDrama adalah berdasarkan hero yang handsome (ke cantik?) dan heroine yang cantik macam anak patung serta jalan cerita cinta meleret-leret yang pandang memandang sampai 3 minit, ini bukanlah drama untuk korang sebab 90% pelakonnya terdiri daripada pelakon-pelakon veteran Korea yang legendary di mana lakonan mereka begitu mantap dan ampuh sekali.
Tapi kalau hendak tengok drama tentang kehidupan orang biasa yang mengharungi cabaran di dalam kehidupan dan berusaha untuk meneruskan hidup sedaya mungkin sehingga akhir hayat, ini adalah dramanya.
Sinopsis
Drama 16 episod yang ditayangkan pada 2016 ini mengisahkan Park Wan, seorang penulis yang diheret dan dipaksa oleh ibunya, Nan-hee untuk menulis tentang kehidupan tujuh (7) orang kawan-kawan ibunya yang mempunyai pelbagai kisah hidup. Mereka telah melalui pelbagai suka duka sepanjang persahabatan daripada kecil sehingga mereka berumur 60an dan 70an.
Park Wan pada mulanya merasa jengkel berada di sekeliling orang-orang tua yang pada pendapat beliau “apa la yang hendak diceritakan tentang orang-orang tua yang menunggu masa untuk mati ni”. Tapi bila Park Wan membuka hati dan minda beliau semasa menghabiskan masa bersama kawan-kawan ibunya, dia mendapati “warga emas mempunyai pelbagai cerita di dalam tabir hidup mereka dan setiap seorang daripada mereka tetap berprinsip untuk live life to the fullest dan bukan sekadar menunggu ajal datang menjemput”.
5 Sebab Kenapa Perlu Tonton My Dear Friends
Den senaraikan 5 sebab kenapa korang perlu tengok My Dear Friends KDrama ini ye.
1. Jalan Cerita Unik, Menarik dan Refreshing
Den daripada dulu-dulu lagi memang suka tengok cerita yang dekat dengan kehidupan masyarakat. Bila mencecah umur 40an ni, den semakin tertarik dengan jalan cerita realiti kehidupan rakyat marhaein sebab den boleh relate kan dengan kehidupan den dan orang di sekeliling den. Biasanya banyak pengajaran yang kita boleh belajar daripada jalan cerita sebegini.
Sejenis cerita yang daripada episod pertama membuatkan kita berhenti sejenak dan berfikir tentang kehidupan yang telah kita lalui (the past), kehidupan yang kita lalui sekarang (the present) dan kehidupan yang kita harapkan kita dapat jalani di masa hadapan (the future). Walaupun diselang selikan dengan scenes yang bisa mengundang senyuman tapi sebenarnya tetap ada pengajaran. Contohnya macam dalam episode pertama apabila ada dua orang kawan yang tidak dapat dihubungi untuk reunion, kesimpulannya adalah mereka telah meninggal dunia. Itu hakikat kehidupan kita semua di dunia ini lagi-lagi bila kita telah mencapai umur warga emas. Antara soalan yang bermain di bibir adalah “eh adakah si polan masih hidup atau telah meninggal dunia”
Ada banyak scenes yang akan buat kita menahan rasa sebak di dada, berharap agar ada kesudahan yang menggembirakan dan sebagainya.
Jalan cerita yang tidak memerlukan hero yang kacak walaupun kelibat Jo In-sung dan Daniel Henney sebagai ala-ala special appearance bisa mengundang rasa ahhhhhhh macam tuh hehehehehhehe.
Kisah hubungan kawan-kawan di usia warga emas, hubungan anak-anak dan ibu bapa, hubungan suami dan isteri, hubungan nenek dan cucu, hubungan kekasih dan hubungan rakan sekerja menjadikan drama ini unik dan menyentuh hati.
2. Tema Realiti Kehidupan Warga Emas
Apakah kehidupan warga emas yang ideal?
Jawapannya adalah di setiap peringkat umur termasuklah warga emas, cabaran dan isu dalam hidup kita berbeza-beza.
Ada yang hidupnya mencukupi dan anak-anak berjaya tetapi perlu menghadapi kehidupan sebagai seorang yang berada di dalam fasa dementia.
Ada warga emas yang daripada remaja sehingga ke usia warga emas perlu berusaha keras bekerja demi survival hidup.
Ada yang berjaya dalam kerjaya tetapi dibelenggu dengan penyakit kanser.
Ada yang masih tidak dapat melupakan kisah kecurangan pasangan yang berlaku 30 tahun lepas dan tidak dapat membuka hati untuk berjumpa dengan teman baru.
Ada yang perlu bergolok bergadai menjaga sanak saudara sehingga tidak berkahwin.
Ada yang masih perlu berkebun dan menjaga anak yang tidak sihat.
Ada yang tidak tahu cara hendak meluahkan rasa kerana terlalu sibuk bekerja demi sesuap nasi.
Pengajaran penting di dalam setiap cerita adalah setiap orang mempunyai cabaran hidup yang tersendiri dan apa yang paling penting adalah tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupan sebaik mungkin tidak kira apa yang berlaku.
3. Kisah dan isu yang dekat di hati
Tiada sekelumit pun adegan di dalam drama ini yang membosankan atau diwujudkan semata-mata hendak memanjangkan jalan cerita. Semua adegan sememangnya adalah perlu bagi membuatkan penonton faham kenapa ianya jadi sebegitu. Setiap adegan tidak terkelembap dan dragging.
Apa isu yang biasanya membelenggu kehidupan golongan pertengahan umur dan warga emas?
Kerisauan tentang keadaan kewangan apabila bersara nanti.
Kesunyian selepas pasangan meninggal dunia dan anak-anak mempunyai kehidupan sendiri.
Masalah kesihatan yang semakin bertambah saban tahun. Risau apabila kesihatan semakin merosot dan memerlukan bantuan.
Harap mati dengan cepat dan tidak menyusahkan sesiapa termasuk anak-anak. Buat persediaan awal sekiranya perlu untuk masuk ke pusat jagaan orang-orang tua terutamanya jika nyanyuk.
Risau kehidupan anak-anak yang melalui pelbagai cabaran dalam hidup.
Kesedihan kehilangan orang tersayang dan mereka yang rapat dengan kita.
Suami melebihkan keluarga sendiri daripada fokus kepada isteri dan anak-anak.
Isu-isu yang dekat di hati ini digarap dengan begitu berkesan pastinya akan membuatkan kita terfikir-fikir tentang kehidupan kita.
4. Persahabatan
Apa yang paling den jealous dalam cerita ini adalah persahabatan di antara mereka yang terjalin daripada mereka di zaman persekolahan sehingga mereka berada dalam fasa warga emas.
Den tak tau korang macam mana tapi berapa ramai sebenarnya kawan yang betul-betul kita boleh panggil sahabat di dalam hidup kita?
Berapa ramai sahabat yang kita ada yang sanggup bersusah payah dengan kita?
Persahabatan tidak semuanya manis dan happy sepanjang masa. Persahabatan yang terbaik adalah saling menyokong di dalam perkara kebaikan dan keadaan yang memerlukan, sound setepek kalau ada benda yang tidak betul, dsb.
Dalam drama ni siap ada adegan tarik rambut bagai tapi bila keadaan genting macam bila ada kawan sakit dan hendak mulakan hidup baru, depa letak tepi rasa salah faham dan tidak puas hati dan bagi sokongan supaya kawannya dapat melalui fasa yang sukar itu.
Harapnya den akan ada kawan-kawan yang sudi hendak pergi road trip bersama bila telah mencapai umur warga emas yang tinggal beberapa tahun sahaja lagi ni.
5. Cinematografi yang Cantik dan OST yang Menusuk Jiwa
Cantik gila babeng Slovenia rupanya. Setiap kali ada scenes di sini walaupun sekejap je sebab kisah cinta Park Wan dan Yeon-ha hanya sebagai perencah rasa kepada drama ini, den memang terpesona habis tengok pemandangan di sini.
OST KDrama biasanya memang selalu menyentuh hati. Den paling suka OST I Want To Be Free.
Drama ini ada banyak quotes yang menarik tapi den paling suka dengan quotes yang ini.
The road you can go back and the road you cant.
We are all wanderers on this road called life. And that road is split between a road you can turn back on, and a road you can never go back on.
There are roads you can always trail back if you put your mind to it, even if you passed. They can become your excitement or even your happiness. They could also become your hope for a shiny, new beginning.
Whereas, some roads, you've either come too far or maybe the way back has been blocked. It becomes a road where you cant go back even if you want to.
What roads are we on? Can we go back or must we stop?
Bila den tengok drama ini dengan buong dan lepas member den tengok drama ni lepas den suruh hehhehehehe, soalan pertama yang menerjah fikiran kitaorang adalah kenapa drama Malaysia tidak dapat menghasilkan drama yang berkualiti seperti My Dear Friends ini. Warga emas kalau dalam drama dan filem Melayu biasanya samada kepochi melampau, suka mengumpat, suka mendera menantu perempuan, dibuli anak menantu, dsb. Mungkin den tidak tengok drama Melayu sangat tetapi ada ke drama Melayu yang memang jalan ceritanya berkisarkan kehidupan warga emas yang bersemangat dan tidak berputus asa?
0 Comments