Movie Review: Godzilla VS Kong
"Our home is being together"
Ini cerita untuk anak-anak den sebab depa memang suka la kisah binatang, raksasa, dinosaurs dan seangkatan dengannya.
Okay je jalan ceritanya. Babak pertempuran antara Godzilla dan Kong pun menarik, bisa menyebabkan anak-anak den fokus tengok tanpa berkelip mata.
Disebabkan dah lama tak buat movie review sejak panggung wayang semua ditutup akibat penangan Covid19, makanya den ulas la sedikit pasal movie nih ye.
Tua benar nampak si Kong tuh ha, macam ada uban pun iya. Udah den teringat pada Seorang Tua di Kaki Gunung.
Kenapa agaknya movie ini tak pilih Malaysia sebagai satu lokasi penggambaran. Kenapa pilih Hong Kong? Adakah sebab Kuala Lumpur banyak sangat bangunan tak siap dan jalan berlubang. Tak cantik la kan kalau Godzilla tengah bertempur dengan Kong, nampak plak kelibat kren, konkrit, berdebu sakan, etc. Tak pun masa depa dok bergasak, udah terpelecok si Kong/Godzilla sebab jalan raya kita banyak berlubang di sana sini.
Kalau hero la kan tak cedera sokmo walaupun terkena tempias kuasa supersonik ke apa masa ala-ala nak CPR kan si Kong tuh. Kalau awak yang rakyat marhaein ni pegang kertas A4 pun boleh terluka jari. Itu belum luka di hati tiada siapa yang tahu. Eh tetiber.
Alexander Skarsgàrd mungkin tidak semengenceskan seperti Idris Elba dan Charlie Hunnam dalam Pacific Rim (movie terkait ala-ala Godzilla juga iaitu Kaiju) tapi boleh la buat mencuci mata walaupun dah kenapa eye bag nya bersungguh-sungguh naw.
Masa Kong jumpa kapak daripada spike Godzilla dan duduk di atas singgahsana, dah macam Aragorn jumpa pedang Anduril dalam Lord of The Ring.
Keseluruhan jalan ceritanya dah tentu tak logik tapi scenes yang paling tidak logik dan tidak dapat diterima akal adalah macam mana seorang pekerja Apex + 2 orang budak sekolah menengah boleh menyelinap masuk ke pusat penyelidikan Apex tanpa dikesan oleh sesiapa. Siap sampai ke Hong Kong, masuk ke kawasan testing ground lagi. Takde sebarang seketul cctv ke? Takde guard bertugas jaga di setiap pintu masuk pod canggih yang ada spesimen adik-beradik Godzilla tuh ye? Cikai naw sistem keselamatan korang ye tak?
Molek lagi sistem keselamatan di bangunan kerajaan kat Malaysia ni rasanya kalau begitu. Belum apa-apa hal udah ditahan dek pak guard di pintu masuk gitu.
Lepas tuh macam tau je nak bergerak ke mana 3 orang tuh masa sampai di stesen penyelidikan di Hong Kong nun ha dalam keadaan pertama kali sampai, panik sebab terjebak di kawasan testing ground, password untuk masuk ke bilik rahsia senang nak diteka, etc.
Kalau awak tuh, pergi hospital pun boleh sesat barat sebab banyak naw selekoh, bangunan, etc. Tak ingat letak kereta di mana di MidValley pun boleh ke hulu ke hilir mencari mano la keretanya. Kalau den lagi la happening, cari jalan guna google map pun boleh kantoi. Haish. Password nak bayar bil telco secara online pun boleh tersalah kadang-kadang tuh kita ni.
Kesimpulannya, cerita untuk anak-anak dan keluarga yang dah lama tidak tengok wayang bersama begitu.
Pertama kali di dalam hidup den, hanya kami 4 beranak di dalam panggung wayang tuh ha.
0 Comments