Pilihan makanan yang lazat dan savouri, dengan ramuan semula jadi dan pemakanan yang sesuai untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

NESTLÉ telah melancarkan produk terkininya, CERELAC® Citarasa Ibu™, membolehkan Si Manja beralih ke pengalaman pemakanan mereka yang seterusnya, daripada makanan puri kepada makanan bertekstur lebih keras dengan rasa savouri – seperti hidangan untuk sekeluarga. Dihasilkan khas untuk kanak-kanak berusia 12 bulan dan ke atas, pilihan makanan savouri ini mempunyai tekstur seakan bubur dengan “empingan nasi” sebenar, membolehkan Si Manja berasa seperti mereka juga sedang menikmati makanan pejal yang sama seperti hidangan dewasa yang dinikmati oleh ibu bapa.

Penawaran terkini dari CERELAC® ini mempunyai dua varian yang lazat - Bubur Ayam dan Bubur Sayur-Sayuran. Diilhamkan dari dapur ibu, CERELAC® Citarasa Ibu™ diperbuat dengan ramuan semula jadi seperti kepingan dan empingan lobak merah, empingan bawang dan empingan campuran sayur-sayuran yang dipilih khas agar sesuai untuk pengambilan Si Manja.

Dilancarkan secara maya melalui Facebook Live, para penonton telah mendapat perkongsian dari rakan-rakan ibu – Ika Nabella, seorang selebriti dan usahawan yang merupakan ibu kepada seorang anak berusia satu tahun, dan Dahlia Shazwan, seorang pengacara dan ibu. Kedua-duanya berkongsi tip dan helah untuk menjadikan pengalaman Si Manja makan bersama keluarga lebih menarik dengan CERELAC® Citarasa Ibu™ sepanjang sesi tersebut.

Bertemakan Semangkuk Nutrisi, Penuh Kebaikan, NESTLÉ CERELAC® Citarasa Ibu™ adalah bubur savouri yang tinggi dalam protein, kalsium dan zat besi serta mengandungi 15 vitamin dan mineral. Kesemua nutrien ini menyokong pertumbuhan dan perkembangan Si Manja untuk memasuki fasa pembesaran seterusnya. Dalam proses pembesaran, nutrien-nutrien ini penting untuk memastikan perkembangan yang baik dari segi mental dan fizikal untuk Si Manja.




“Dengan membolehkan Si Manja duduk bersama ahli keluarga lain di meja makan, mereka akan membentuk ikatan fizikal dan sosial yang

lebih baik dengan ibu bapa, dan ini akan membantu memupuk keyakinan diri dalam situasi sosial,” kata Jasmin L. Estacio, Pengurus Perniagaan NESTLÉ Nutrition Malaysia. “NESTLÉ CERELAC® ingin terus menjadi perintis dalam makanan bayi dan menawarkan pilihan savouri yang menyelerakan dengan pelancaran produk baharu ini, CERELAC® Citarasa Ibu™ adalah untuk peralihan Si Manja memasuki alam kanak-kanak.”

 



Untuk menyediakan CERELAC® Citarasa Ibu™, hanya masukkan 75ml air mendidih ke dalam mangkuk dan tambahkan 25g atau 3 sudu besar rata CERELAC® Citarasa Ibu™, gaul sebati dan biarkan selama 3 minit sebelum dihidang. Semasa sesi Facebook Live tersebut, Ika dan Dahlia menunjukkan konsistensi seakan bubur tersebut, yang sesuai untuk Si Manja berusia 12 bulan dan ke atas dalam perjalanan meneroka pengalaman pemakanan baharu. Aroma dan rasa savouri daripada ramuan semula jadi juga ditekankan semasa penyediaan, menjelaskan sekali lagi kebaikannya demi manfaat Si Manja

 

CERELAC® Citarasa Ibu™ boleh didapati di pasaraya di seluruh negara dengan harga jualan yang dicadangkan sebanyak RM9.50. Untuk mendapatkan sampel, layari

 

https://www.startwell.nestle.com.my/ms/sampel-percuma-cerelac-citarasa-ibu

0 Comments