Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Cehhhh tiba-tiba macam perasan ramai yang baca blog den nih ha gitu hehehhehehehe. Den doakan semua yang tersinggah ke blog den ini dikurniakan kesihatan yang terbaik, dimurahkan rezeki yang barokah dan sentiasa dirahmati Allah. Dah kenapa kan ayat tiba-tiba macam hendak tazkirah ye.

Untuk Negeri Selangor dan beberapa Negeri lain di Malaysia dilanjutkan PKPB sehingga 14 April 2021. Pergerakan merentas Negeri masih tidak dibenarkan. Permulaan Ramadhan dalam PKPB la kita nampaknya untuk orang Selangor ye.

Den rasa untuk umat Islam seantero dunia, tarikh April 2021 yang dinanti-nantikan adalah pada 13 April iaitu hari pertama Ramadhan. Semoga Allah kurniakan kita rezeki untuk menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun 2021 ini sebagai Ramadhan yang terbaik buat kita semua. In sya Allah. Eh sebut pasal puasa ni, semua dah habis ganti puasa ke tuh (ini pertanyaan untuk diri den juga hehehehehehe).

Tiba-tiba terasa macam hendak kena tengok cerita 15 Puasa, 16 Puasa dan 17 Puasa hehehehehehehe.

April 2021 dimulakan dengan macam-macam program yang bisa bikin kepala pusing hehehehehehe tetapi bak kata pepatah yang den tidak ingat di mana den jumpa,

I never said life is going to be easy but I promised that life is maybe worth it

makanya marilah kita sedaya upaya menghayati perjalanan kehidupan selagi mana diberikan peluang kerana

life is a journey, not a destination

gitu atau kehidupan boleh juga digambarkan seperti

life is like a roller coaster. Sometimes you close your eyes and hold on in shear terror and other times you just have to raise your hands ups in the air and enjoy the ride”.

Kemain ye satu perenggan sampai 3 kata-kata pujangga. Dasar hendak membangga diri gitu hehehehehe.

Sesi membaca buku pada Mac 2021 agak terbantut sedikit, harapnya ada sinar di hujung terowong untuk den cuba kembali membaca dengan jayanya di bulan April ini. In sya Allah.

Jika Mac 2021 adalah bulan untuk den mula beradaptasi dengan perubahan besar yang berlaku di dalam hidup den yang kadang kala menyebabkan samada kadang-kadang den tertidur selepas Maghrib, kadang-kadang terjaga pada pukul 4 pagi, hati rasa hendak pecah dan sebagainya, in sya Allah bulan April 2021 adalah kesinambungan adaptasi yang perlu dilakukan demi kelangsungan hidup. Kalau tidak boleh berjalan, kita cuba merangkak. Kalau lelah merangkak, kita cuba mengesot. Kalau penat mengesot, kita berehat sebentar sebelum menyambung langkah. It’s never easy when change happened in our life but we must keep on going no matter what. In sya Allah.

Semoga bulan April 2021 akan menjadi lebih baik dari bulan Mac 2021 untuk semua ye.

Jaga diri semua. Stay safe dan patuhi SOP (tetiba).

0 Comments