Pengalaman Menginap di The Heritage Hotel Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masa den ada satu tugasan blogger di kawasan Kuala Lumpur sebelum pandemic Covid19 menghantui hidup kita semua, den memilih untuk menginap di The Heritage Hotel kerana lokasinya yang berdekatan dengan tempat event yang perlu pergi serta harganya yang berpatutan.
Kalau siapa yang biasa membaca blog den pasti akan memahami trademark den bila menginap di hotel bersama keluarga dan rakan-rakan di mana den selalu akan memilih hotel bajet yang menawarkan harga mampu milik tetapi bilik hotelnya tetap selesa untuk kita berehat dan melelapkan mata.
Den suka konsep The Heritage Hotel yang minimalis dan moden. Den memang suka benda yang simple yet just nice.
Pada den biliknya simple, kemas dan bersih dengan keluasan yang memadai untuk kami empat beranak. Tidak besar tetapi tidak terlalu kecil, sedang elok untuk kami sekeluarga.
Kemudahan asas yang biasa dijumpai di mana-mana hotel bajet seperti televisyen dan juga air mineral serta cerek tersedia. Siap disediakan 2 bath robes lagi.
Den rasa okay ni tapi buong cakap biliknya macam tidak siap sebab dindingnya tidak diplaster walaupun den dah cakap memang konsepnya bilik ini adalah ala-ala industrial concept (nampak batu bata pada dinding yang tidak diplaster).
Ruang lobi adalah sangat ringkas dan disediakan ruang menunggu yang cukup cozy. Hiasan yang terdapat di dinding di laluan untuk pergi ke bilik juga unik dan menarik.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanah di Kuala Lumpur adalah sangat bernilai jadinya hotel ini hanya dapat menyediakan ruang parkir yang sangat terhad. Jadinya bila kereta kita terpaksa block kereta orang lain yang mendapat petak parkir, kita terpaksa memberikan kunci kereta kepada pekerja hotel untuk mengalihkan kereta kita apabila diperlukan.
4 Comments
Industrial design, nampak menarik.
ReplyDeletemenarik dan cozy juga untuk berehat-rehat
Deletecoolnya interior dia
ReplyDeleteKan....simple yet nice
Delete