Jom Tempah Pakej Aqiqah Mampu Milik di Mekah dengan AqiqahCentre.com secara Online
Assalamualaikum.
Kedua-dua orang anak lelaki den telah selesai ibadah aqiqah yang den tempah perkhidmatan aqiqahnya melalui atas talian pada tahun 2017 lagi. Den juga beberapa kali buat qurban melalui perkhidmatan yang sama.
Walaupun yang lebih afdal adalah kita menguruskan sendiri ibadah aqiqah tersebut, melihat sendiri sembelihannya, memasak serta menjamu masyarakat setempat, alternatif untuk membuat aqiqah secara atas talian boleh dipertimbangkan berdasarkan faktor yang tertentu.
Sekarang di masa kita masih berada di fasa PKP/PKPB/PKPD/PKPP bagi menangani wabak Covid19 yang memerlukan kepada pemakaian SOP seperti penjarakan sosial, pemakaian mask serta had kepada mereka yang boleh hadir ke majlis yang kita hendak buat termasuk aqiqah, memang agak sukar untuk melaksanakan aqiqah secara fizikal.
Bagi mereka yang duduk di rumah sarang burung merpati (apartment) seperti den ni ha, memang agak mencabar di situ untuk mencari tempat sesuai untuk laksanakan aqiqah. Tempat letak kereta untuk pelawat pun terhad sangat. Ada juga kos pengurusan aqiqah yang agak mahal dan bukan semua orang mampu lagi-lagi sejak wabak Covid19 melanda dunia, sememangnya kebanyakan orang terkesan daripada segi ekonomi.
Dalam keadaan sekarang ini kita seharusnya meminimakan risiko untuk kita hendak laksanakan ibadah aqiqah secara fizikal di tempat kita lagi-lagi kita masing-masing agak sibuk untuk survive. Belum cerita pasal hendak buat kenduri aqiqah lagi. Banyak juga persediaannya tuh. Buat masa sekarang, kita pastinya tidak mahu kenduri aqiqah yang kita buat berpotensi menjadi ‘kluster aqiqah’.
Kadang-kadang ada orang yang hendak buat aqiqah selepas 7, 14 atau 21 baby dilahirkan tetapi tidak sempat untuk berbuat demikian secara fizikal sebab ibu ada komplikasi selepas bersalian dan baby pula terkena sakit kuning dan sebagainya.
Macam den antara sebab lain den pilih tempahan aqiqah secara atas talian sebab perkhidmatan macam ini sangat memudahkan sebab den tidak perlu menguruskan sendiri aqiqahnya, kekangan masa dan den seorang introvert.
Jadinya, sebagai orang yang memang ada pengalaman menggunakan perkhidmatan atas talian bagi tempahan ibadah aqiqah, den hendak berkongsikan tentang perkhidmatan tempahan ibadah aqiqah dan secara atas talian oleh AqiqahCentre.com
Kenapa Perlu Pilih AqiqahCentre.com
Segala pengurusan ibadah aqiqah secara atas talian melalui AqiqahCentre.com sememangya mudah, cepat dan mampu milik kerana:
1. Perkhidmatan Pakej Aqiqah yang disediakan melalui pengurusan secara 100% online tanpa kita perlu keluar rumah bagi mereka yang mempunyai kekangan masa dan tempat.
2. Den rasa perkhidmatan Pakej Aqiqah Online 2021 adalah berbaloi sebab harga pakejnya adalah mampu milik untuk rakyat marhaein seperti kita ni.
3. Ibadah aqiqah dilaksanakan di Mekah dan diagihkan dengan baik kepada fakir miskin.
4. Semua urusan penyembelihan kambing di Mekah disertakan video beserta sebutan nama anak sebagai bukti di mana setiap sembelihan aqiqah, video rakaman sembelihan dengan sebutan nama anak/keluarga (khas untuk aqiqah sahaja) akan diberikan.
5. Penyembelihan dilakukan secara berkala setiap minggu. Kita boleh pilih tarikh sembelihan untuk mendapatkan tarikh hari ke-7, hari ke-14 selepas bayi dilahirkan.
6. Setiap ibadah aqiqah akan menerima sijil premium ukiran kayu sebagai cenderahati yang diletakkan dengan nama anak.
Aqiqah Centre telah menguruskan sebanyak 21,000 sembelihan sejak 2014.
Selain daripada itu, ramai peserta ibadah aqiqah termasuk artis-artis yang telah berurusan dengan Aqiqah Centre sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Daftar Aqiqah Online 2021 - 3 Langkah Penyertaan
Hanya perlu buat 3 langkah mudah semasa hendak mendaftar aqiqah online 2021 iaitu.
1. Isi maklumat peserta dan alamat penghantaran sijil dan seterusnya buat bayaran melalui sistem bayaran online banking yang disediakan.
2. Ibadah aqiqah dibuat setiap hari iaitu Isnin hingga Ahad.
3. Video akan dihantar selepas 2 hari berkerja dari hari sembelihan dan sijil dalam 3 minggu (dijangka akan ada kelewatan penghantaran di pihak courier sepanjang PKP).
Tempahan dan Pertanyaan Pakej Aqiqah Online 2021
Tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja!
Bagi sebarang tempahan atau pertanyaan tentang Pakej Aqiqah Online 2021 dengan Aqiqah Centre, bolehlah melayari:
Website : https://aqiqahcentre.com/pakej-qurban-mekah
Pertanyaan : https://aqiqahcentre.yzza.io/kl84m/
Untuk maklumat lain berkaitan aqiqah dan qurban oleh Aqiqah Centre, boleh layari:
Website: https://aqiqahcentre.com/
Instagram: https://www.instagram.com/aqiqahcentredotcom
So bagi sesiapa yang masih belum mendaftar ibadah aqiqah dan berhasrat hednak melakukan aqiqah dengan harga mampu milik bolehlah mendaftar di website Aqiqah Center ye.
Berapa Ekor Kambing Untuk Anak Lelaki?
Berapa Ekor Kambing Untuk Anak Perempuan?
Mama dan papa jangan lupa ye, bagi aqiqah
anak lelaki 2 ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing ye.
#Semua gambar den ambil daripada laman sesawang dan instagram Aqiqah Center.
0 Comments