Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sediakan tenaga dan perkukuhkan kuda-kuda kaki untuk berjalan-jalan di sekitar Muar Mural Street kerana lukisan mural yang viral terletak di beberapa kawasan di sini. Dengan ruang petak letak kereta yang agak terhad bermakna apabila ada rezeki berjumpa tempat parkir, kita perlu terus letakkan kereta di situ dan bersedia membuat perjalanan di sana sini ye.

Kami hanya singgah di beberapa mural sahaja. Ada mural yang viral tetapi kami tidak singgah pun samada kami tidak jumpa cari atau kami telah kepenatan.

Dalam pada tidak pergi ke semua mural pun kami habiskan masa lebih kurang satu (1) jam di sini. 

Bukan sahaja mural yang menarik di sini. Bangunan-bangunan lama klasik di Muar ini juga memang cantik-cantik untuk diabadikan sebagai kenangan.

Den kongsikan gambar-gambar kami bertiga di beberapa mural yang sempat kami abadikan untuk kenangan.

0 Comments