Assalamualaikum dan salam sejahtera.

In sya Allah den akan berkongsi cerita tentang sesi berjimbaan ke Muar, Johor Bharu dan Kluang selama 4 hari 3 malam bersama konco-konco yang sama ke Kota Kinabalu dan Kundasang pada Januari 2020.

Sesi jalan jalan cari makan ini adalah pada 19 - 22 September 2020 semasa Malaysia berada di dalam fasa PKPB bagi menangani isu Covid19 di mana kita semua boleh merentas Negeri, melancong di dalam Negara dan hampir semua aktiviti dibenarkan dengan syarat mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.

Rancangan asal adalah 2 hari 1 malam tetapi berakhir dengan 4 hari 3 malam. Seperti biasa apabila berjalan dengan Kak Noris dan Tiqah, den hanya akan bagitau tempat yang den hendak pergi dan Kak Noris akan sediakan tentatif program termasuk tempat-tempat yang beliau telah siasat dan sesuai untuk kami singgah. Biasanya den dan Tiqah ikut je sebab dengan pengalaman Kak Noris selama 20 tahun bersama MAS bahagian pelancongan memang diterjemahkan dengan begitu cemerlang sekali di dalam penyediaan itinerari.

Untuk trip kali ini, den hanya teringin hendak pergi ke Pulau Kukup dan Tanjung Piai.

Kalau ikut tentatif sebenar, kami sebenarnya menyinggah atau melalukan ke sebelas (11) daerah dan tempat sebagaimana yang direkodkan oleh Kak Noris iaitu:

Muar - Pontian - Gelang Patah - Johor Bharu - Larkin - Tampoi - Skudai - Kulai - Kluang - Ayer Hitam - Nilai

Bila berjalan-jalan ni, kadang-kadang memang ada tempat yang tidak dapat kita pergi kerana ada kedai yang masih tutup akibat penangan Covid19, ada kedai yang berubah waktu operasinya, dsb. Terkilan juga hati tetapi ini memberikan kebarangkalian untuk kita cuba merancang lagi untuk berjalan ke sini supaya dapat pergi ke tempat-tempat yang kita tidak dapat pergi pada kali ini hehehehehehe.

Sepanjang 4 hari 3 malam, tentatif kami adalah seperti berikut:

Hari Pertama

Muar Mural Street (Muar Cultural Walk) - Hauslah Café - Foodcourt Maharani - Hotel Elite Muar

Hari Kedua

Taman Negara Johor Pulau Kukup (Ramsar Site) - Taman Negara Tanjung Piai - BookXcess Sunway Big Box Johor Bharu - Glex Hotel Signature - Seafood dinner di Tepian Tebrau

Hari Ketiga

Projek Buku - Stadium JDT - Asam Pedas Tepian Sungai - Kulai Mural Street - Kluang Container - Kluang Western Cafe 

Hari Keempat

Kluang Rail Coffee (Kluang Railway Coffee Station) - Ayer Hitam - Butik Roti Maria (Nilai)

Untuk trip kali ini, Kak Noris hadiahkan woven bag kepada den dan Tiqah. Tiqah pula bagi sunglasses holder kepada den dan Kak Noris. Den pula tidak bagi apa-apa pun pada diaorang. Bertuah betul perangai den nih kan?

Doakan den rajin hendak menulis ye sebab macam terasa-rasa aura kemalasan untuk buat apa-apa sudah mula menyapa aje ni. Bukan sahaja malas hendak mengupdate blog tetapi aura ala-ala malas membaca juga sudah mula menjengah huhuhuhuhu.

0 Comments