"Everyone joins a band in this life but only some of them play music"

Muzik merupakan penglipur lara atau narrator kepada kehidupan Frankie Presto, seorang pemain gitar yang terbaik di era 50an hingga 60an bermula daripada beliau mula dilahirkan sehingga beliau membuat persembahan terakhir di dalam hidupnya.

Enam (6) tali gitar beliau yang sebenarnya dihadiahkan oleh ibu dan ayahnya tanpa beliau sedari adalah tali gitar magis yang akan bertukar menjadi warna biru sekiranya beliau mengubah takdir hidup seseorang terutamanya apabila beliau secara tidak sengaja menyelamatkan orang tersebut. Bagi Frankie Presto, hadiah tali gitar magis ini juga merupakan seolah sumpahan kerana beliau tidak tahu bagaimana tali gitar magis ini memilih siapa yang hendak diubah takdirnya (the gift that a same time is a curse).

Kehidupan Frankie Presto yang sangat berbakat tetapi penuh berliku ini menemukan beliau dengan ramai lagenda di dalam arena muzik seperti Django Reinhardt, Duke Ellington, Tony Bennet, Elvis Presley, Jimi Hendrix, Hank Williams, The Beatles, dan lain-lain.

Pertembungan dan penglibatan kehidupan Frankie Presto yang mengubah dunia dengan nota dan irama muziknya daripada genre klasik, jazz, rock and roll dan lain-lain bersama nama-nama besar lain di dalam muzik membawa pembaca seolah-olah berada bersama mereka pada zaman tersebut.

Pembaca akan terpesona dan menggoyangkan kaki dan pinggul seolah-olah berada di dalam konsert Elvis Presley yang rancak dan bertenaga. Mungkin juga pembaca menjadi salah seorang peminat yang menjeritkan nama Paul, John, George dan Ringo dan semasa berada di konsert The Beatles (mungkin juga salah seorang peminat perempuan yang pengsan sebab terlalu gembira dapat bersua muka dengan mereka).

Pembaca akan menggeleng-gelengkan kepala seperti tidak percaya Django Dienhart mampu menggoncang jiwa dengan petikan gitar walaupun hanya menggunakan dua jari (jari yang lain cedera akibat kebakaran). Pembaca akan turut merasa kesedihan apabila Ritchie Valens, penyanyi kelahiran Venezuala yang lagu popular La Bamba meninggal dunia di dalam kecelakaan kapal terbang pada Februari 1959 yang disebut oleh pelbagai sumber media sebagai ‘the day when the music died’.

Apabila Frankie Presto berada di puncak kegemilangan sebagai penyanyi dan meninggalkan muzik sebenar di hatinya iaitu sebagai pemain gitar, beliau kehilangan the love of his life, Aurora kerana beliau terpengaruh dengan warna warni kehidupan glamour penuh kemusnahan iaitu bergelumang dengan najis dadah, arak, wanita dan sebagainya sehinggalah akhirnya di dalam keadaan khayal dan separa sedar, beliau telah melukakan jari jemari tangan kirinya (jari jemari yang menggoncang dunia dengan petikan gitar yang hebat pada suatu ketika dulu).

Frankie Presto terus menghilangkan diri daripada pentas muzik dan berkampung di kawasan yang tiada siapa pun mengenali beliau bersama Aurora dan hanya bermain gitar dengan mengalunkan lagu-lagu dari hati. Dengan pujukan Aurora agar seni muzik beliau tidak berkubur begitu sahaja, beliau akhirnya mengajarkan seni gitar kepada penduduk tempatan dengan nama samaran agar tiada siapa mengenali beliau sebagai Frankie Presto.

Mereka yang pernah bersua atau bekerjasama dengan Frankie Presto kebanyakannya memberitahu bahawa muzik Frankie Presto mengubah hidup mereka menjadi lebih baik dan beliau merupakan seorang yang sangat ikhlas dan baik hati.

Buku ini bukan sahaja memperkenalkan pembaca kepada pemuzik, penggubah lagu dan penyanyi yang hebat dan terbaik di zaman kegemilangan masing-masing sejak zaman 1880an tetapi juga memperkenalkan pembaca kepada muzik dan lagu yang digubah serta alat muzik yang terdapat pada zaman tersebut.

Selepas membaca buku ini, den google sebahagian ahli muzik dan lagu yang dibicarakan di dalam buku ini terutamanya Francisco Tàrrega, Spanish brilliant guitarist (the father of classical guitar) yang memberi pengaruh besar kepada Frankie Presto di dalam perjalanan muziknya di dalam buku ini. The Làrigma (teardrop) digubah oleh beliau pada 1881.

Terdapat lima (5) buah muzik dan lagu yang menyentuh hati yang baru dikenali selepas membaca buku ini. Disarankan pembaca memberikan sedikit ruang masa untuk mendengar muzik:

1) Tràumerei (Daydream) - Robert Schumann (1838) - alunan piano yang sangat mengasyikkan sebagai halwa telinga;

2) Parlez Moi d' Armour (French Classic) -1930

3) Night on Bald Mountain (Modest Mussorgsky, 1867)

4) Billets Doux (Django Reinhardt, 1947); dan

5) Maalaalo Mo Kaya (Will You Remember) - Constancio de Guzman.

"You wil never know all there is to know. You will learn until your final days. Then you will inspire someone else. This is what an artist does".

Sebuah buku yang membawa den kembali ke zaman kegemilangan arena muzik pada tahun 50an, 60an dan 70an.

Mitch Albom adalah pengarang yang mana buku-bukunya adalah berkisarkan tentang kematian, magis dan pengajaran di dalam kehidupan, kemaafan dan peluang untuk memperbaiki kehidupan. Membaca semua buku-buku beliau termasuklah The Magic Strings of Frankie Presto sentiasa mengingatkan bahawa kehidupan dan kebahagian adalah perjalanan kehidupan, bukannya kita akan berjumpa di akhir garisan (happiness and life is a journey, not a destination).

Ini adalah salah satu buku yang daripada mukasurat pertama menarik perhatian den untuk terus membacanya sehingga mukasurat terakhir dalam satu masa. Den habiskan 489 mukasurat buku ini sekali baca selama lima (5) jam, tidak perasan langsung masa berlalu.

Den akhiri ulasan buku ini dengan petikan kata-kata yang ringkas tetapi memberi maksud mendalam daripada buku ini:

Everyone joins a band in this life;

But only some of them play music;

Some are by accident;

Sometimes they are in the wrong ones;

Sometimes just to be brave;

Sometimes they reunite;

Some of them break your heart;

One way or another, the bands break up;

And what you play always affect someone.


4 Comments

  1. Replies
    1. buku ni memang one of its kind. Memang menarik

      Delete
  2. Terima kasih untuk review buku ni. Please review banyak2 lagi .. ehhehe .. take care ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku Mitch Albom jarang yang tak best kan

      Delete