Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau tidak kerana kawan-kawan mengajak den minum petang di Zalynz Oven yang terletak lebih kurang 10 minit sahaja dari ofis den, memang den tidak tahu pun tentang kewujudan café hipster bertemakan merah jambu dan putih ini.

Café yang sangat girly ini menjual pelbagai jenis desserts daripada pelbagai jenis kek dan pastri.

Suasana café yang paling best sebenarnya sebab terasa macam berada dalam princesses Disney movies, dikelilingi bunga dan perhiasan lain yang berwarna pink dan putih.

Pinggan, teko dan cawan untuk menghidangkan desserts, pastries dan teh pun warna pink dan putih. Memang girly sungguh but the sweet kind of girly begitu.

Dua kali den melepak bersama konco-konco di situ tidak lagi bertembung dengan jejaka baik sado atau tidak sado minum petang di situ. Hanya ada gegadis sahaja minum petang sambil bersembang dan selfie di sana sini.

Café yang menarik untuk catch up bersama teman-teman sambil menikmati hidangan minum petang yang manis-manis pada harga yang mampu milik serta mengambil gambar berlatarbelakangkan warna yang manis juga.

Waktu operasi : 10 pagi - 8 malam (Selasa - Ahad)

Boleh juga tengok FB dan IC mereka untuk melihat pelbagai desserts dan pastries yang disediakan di café comel ini ye.

https://www.facebook.com/zalynzoven

https://www.instagram.com/zalynz_oven

0 Comments