Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semasa pandemic Covid19 reda sekejap di Malaysia (sebelum PRN Sabah) dan kita semua dibenarkan travel dalam Negara, den dan kawan sepejabat yang juga merupakan travel buddy den sejak beberapa tahun kebelakangan ini melepak sebentar di Georgetown selepas habis lawatan teknikal anjuran pejabat.

Kami sempat mencuba makanan barat di Café Takdak Nama yang terletak di Bayan Lepas.

Menu Makanan dan Minuman

Terdapat banyak pilihan makanan barat berdasarkan menunya.

Harga makanan dan minuman boleh dikategorikan sebagai harga mampu milik.

Apa Kami Makan

Kami ordered Mix Grill dengan Nasi Goreng Chicken Grill.

Rasa makanannya untuk tekak kitaorang okay, rasa makanan barat macam tuh la. Daging dan ayam dimasak elok, perasa dan perencah semua cukup, gravy cukup likat, dsb.

Portion mix grill memang sedang elok untuk 2 orang makan tapi disebabkan kitaorang ada ordered Nasi Goreng Chicken Grill makanya tersegah-segah la perut hendak menghabiskan semuanya hehehhhehehehe.

Asbab hendak makan di sini adalah hendak duduk di tempat duduknya yang unik hehehehehehe. 

Kalau jalan-jalan cari makan di Georgetown boleh masukkan café ini untuk diterjah sekali ye.

Waktu Operasi: 5 petang - 12 tengah malam (Selasa - Ahad)

Lokasi: https://g.page/cafe-takdak-nama?share

2A, Persiaran Mahsuri 2, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

2 Comments

  1. oh ini lah restoran yang viral hari tu dalam instagram.. nasib baik nama je takda nama.. takut order tak da makanan hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe simple nama kedainya senang nak ingat

      Delete