Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekiranya korang tercari-cari drama Korea yang sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga, contohnya bagi keluarga den empat beranak dengan 2 orang anak lelaki berumur 6 dan 10 tahun, korang boleh tengok KDrama Kingdom kerana temanya sesuai untuk semua iaitu zombies ditambah pula dengan episod yang tidak banyak.

Season 1: 6 episod

Season 2: 6 episod

Kingdom mengisahkan Putera Mahkota Joseon yang berusaha memerangi wabak zombie yang menyerang Korea di samping cuba membongkar plot jahat Perdana Menteri yang hendak merampas takhta Maharaja dengan mengekalkan Maharaja di dalam keadaan zombie supaya beliau mendapat masa yang mencukupi untuk merealisasikan rancangan jahatnya memfitnah Puteri Mahkota atas tuduhan khianat terhadap Maharaja dan berkomplot dengan anaknya supaya melahirkan seorang putera sebagai galang ganti kepada Putera Mahkota sedia ada.

6 Sebab Kenapa Perlu Tonton Kingdom

Den senaraikan 6 sebab kenapa korang perlu tengok Kingdom KDrama ini ye.

1. Tema Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Rasanya sejak filem Train To Busan, ramai sangat yang terpesona dengan cerita bertemakan zombie. Ini adalah satu-satunya drama Korea yang menyebabkan anak-anak den terpaku tengok dan tidak bergelinjangan sepanjang drama ini ditayangkan.

Memang ada adegan yang mengerikan bila zombies mengganas tapi cerita zombie mana yang tidak menakutkan iya tak? Sememangnya ada adegan yang menyebabkan budak-budak ini menutup mata tetapi untuk den adalah sesuai yang sangat bermakna bila dapat menonton cerita yang satu keluarga boleh fokus dan menghayati cerita tersebut selain daripada cerita kartun (pengsan dah tengok kartun selama 10 tahun ni hehehehehehe).

Untuk den, Kingdom setakat ini adalah satu-satunya cerita yang membuatkan kami anak-beranak seolah-olah tengok wayang di panggung sambil mengunyah pelbagai jenis jajan yang ada di rumah. Aktiviti ini penting memandangkan budak-budak telah tidak keluar dari rumah hampir setahun sejak pandemic Covid19 melanda Malaysia dan dunia.

2. Zombies di dalam Setiap Episod

Kadang-kadang ada cerita yang tajuknya ada menyebut zombie tapi zombie muncul tidak sampai 30% di dalam jalan cerita.

Tapi Kingdom in sya Allah tidak akan menghampakan daripada segi penampakan zombies.

Kingdom adalah sebuah cerita yang daripada episod pertama akan membuatkan korang terpana sebab Episod pertama Season 1 je telah muncul zombies berterbaran dan membuat onar di sana sini. Ini penting untuk menambat hati anak-anak yang memang hanya akan beri lebih perhatian bila ada kemunculan zombies je hehehehehehe.

Setiap episod baik dalam Season 1 dan Season 2 memang ada zombies yang bukan sengaja ditepek-tepekkan zombies nya asal wujud di dalam setiap episod tetapi sememangnya kemunculan zombies adalah selari dengan jalan cerita drama tersebut.

3. Jalan Cerita Unik, Menarik dan Refreshing

Sejenis cerita yang daripada episod pertama membuatkan kita berdebar-debar dan meneka-neka apa yang akan terjadi selanjutnya. Ada adegan yang menyebabkan kita secara tidak sengaja tertahan nafas sebab mendebarkan sangat.

Biasanya jalan cerita drama Korea berlatarbelakangkan sageuk (sejarah) ini cerita pasal perebutan kuasa antara menteri, plot menjatuhkan Maharaja, kisah cinta gundik, permaisuri, etc tetapi Kingdom merupakan drama Korea pertama mengisahkan tentang zombies digunakan untuk merampas pemerintahan yang mana akhirnya zombies tidak terkawal lalu menyebabkan huru hara yang mengorbankan nyawa ramai rakyat jelata.

Kewujudan zombies di dalam jalan cerita drama ini macam bukan dibuat-buat dan tidak dipaksa-paksa macam it means to be like that. Ini yang membuatkan drama ini unik.

4. Fast Pace dan Plot Twist

Tiada sekelumit pun adegan di dalam drama ini yang membosankan atau diwujudkan semata-mata hendak memanjangkan jalan cerita. Semua adegan sememangnya adalah perlu bagi membuatkan penonton faham kenapa ianya jadi sebegitu. Setiap adegan tidak terkelembap dan dragging. Fast pace di dalam sesuatu penceritaan adalah penting kalau audience terdiri daripada kanak-kanak ribena macam anak-anak den yang cepat bosan, fokus cepat teralih dan suka bergelinjangan.

Sepanjang kitaorang tengok Kingdom, budak-budak ni langsung tidak menguit, ketenangan minda sungguh untuk den muhahahaha.

Plot twist di dalam drama ini bukan calang-calang. Tuan guru atau mentor yang diharapkan dapat membantu hero (Putera Mahkota) membanteras wabak zombie akhirnya menjadi zombie (oppsss spoiler sudah di situ hehehheehehe).

Banyak lagi plot twist yang membuatkan kitaorang rasa macam ‘lorrrrrr macam mana ni? Siapa yang tinggal nak tolong hero nanti’, ‘ala macam mana korang buat strategi ni, kenapa tiba-tiba macam terhilang arah tuju bila jadi macam ni’, dsb.

Fast Pace dan Plot Twist adalah dua resepi utama selepas jalan cerita yang unik untuk memastikan penonton kekal terpaku menonton setiap episod sehingga habis dan tidak sabar menantikan episode seterusnya.

5. Adegan Pertempuran Yang Mantap

Pertempuran dengan zombies tuh dah tentulah ada sebab cerita zombies kot kan? Aksi pertempuran dengan zombies memang one of its kind. Bisa bikin tercopot-copot jantung kita yang menengoknya. Adegan hero dan ayam-ayam tambatan yang hampir digigit zombies memang mengundang jiwa kacau.

Walaupun ceritanya berkisahkan zombies, tetap juga ada adegan berlawan pedang antara kumpulan orang baik dan orang jahat yang hendak merampas kuasa. Cerita sageuk mana yang tidak menarik bila melibatkan hero dalam traditional attire berlawan pedang. Tidak pernah tak best adegan macam ni. Bukan sebab hero tuh handsome (ini mungkin faktor kedua) tetapi kemahiran berlawan pedang tuh yang paling menarik perhatian. Swordsmen in action biasanya membuatkan hati menjadi ahhhhhhhhhh begitu hehehehe.

6. Lakonan Cemerlang

Walaupun tidak banyak KDrama dan KMovies yang den tengok, den boleh buat kesimpulan berdasarkan KDrama dan KMovies yang den dah tengok bahawa semua pelakon Korea memang sajak untuk setiap watak dibawa. Setakat ini den tidak berjumpa lagi dengan pelakon yang ‘kayu’ dan menggedik tidak tentu hala dalam cerita mereka.

Kingdom dibarisi oleh pelakon-pelakon utama yang kebanyakannya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sememangnya telah ada nama di Korea. Ju Ji-hoon, Bae Doona dan Ryu Seung-ryong antara pelakon drama ini.

Watak sokongan pun hebat-hebat belaka. Jadinya memang tiada adegan yang menyebabkan kita terdetik di dalam hati ‘dah kenapa kau macam ni? Macam mana la kau boleh berlakon watak ni?’

Kalau diikutkan pengakhiran episode terakhir Season 2, macam ada harapan Season 3 tapi setakat ni tiada desas desusnya lagi. Mohon dikembangkan watak Yeong Shin, pemburu harimau dari Selatan yang banyak sangat bantu hero dalam menentang zombies ni. A reluctant hero sememangnya watak yang bisa bikin hati bergetar.

Den jarang hendak buat KDrama review tapi kalau drama tuh memang den berkenan dooh, den memang cuba review sebab sharing is caring begitu kan.


0 Comments