Fabulous February
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Walaupun dunia dan Malaysia masih lagi berjuang menentang wabak Covid19 dengan angka kes setiap hari di Malaysia sejak 3 hari ini telah mencecah lebih 5,7++, apa lagi yang kita boleh lakukan selain mengamalkan SOP yang telah ditetapkan apabila kita perlu keluar rumah apabila perlu tidak kisah samada pelaksanaan PKP ke PKPB ke.
Penghujung Januari lepas, memang kelam kabut sikit bila pembelajaran dari rumah dimulakan sebab dengan line internetnya yang semacam biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tidak, dengan mamanya yang blur siap suruh anak buat homework Pendidikan Moral bagai, aplikasi Telegram tidak boleh download, dsb. Ada sekali tuh tugasan untuk darjah 1 adalah mengenali lagu Negeri. Tiba-tiba mama dan papa yang excited lebih pergi search habis lagu semua Negeri di Malaysia. Dah kenapa pun tak tau la hehehehehehe.
Memang serious macam-macam drama heheehehehhe.
Den cuba ambil pendekatan apa yang kita boleh buat, kita buat sedaya upaya. Yang mana terlepas pandang, tidak tersempat, dsb kita berlapang dada sahaja, hendak diapakan lagi ye tak.
Bulan Januari juga menyaksikan ofis den terpaksa ditutup beberapa hari untuk kerja-kerja sanitasi selepas dua orang kakitangan disahkan positif Covid19.
Banyak program berkaitan kerja di bulan Januari yang ditunda ke bulan Februari tapi tidak tahu la dapat ke tidak dilaksanakan memandangkan angka kes Covid19 menunjukkan peningkatan yang sangat significant.
31 Januari adalah hari terakhir Pengarah di pejabat den. Doa dan harapannya adalah semoga Pengarah baru akan cepat masuk ke pejabat.
Rasanya antara perkara positif yang berlaku pada Januari lepas adalah den berjaya membaca 17 buah buku. Ini adalah satu milestone untuk diri den setelah mengalami fasa reading slump yang sangat teruk pada 2020 di mana hanya lebih kurang 25 buah buku je dibaca sepanjang tahun. Harapnya semangat mari membaca ini dapat diteruskan di bulan Februari ini. Jangan terpesona teruk dengan KDrama sudah la huhuhuhuhuhu. Penangan KDrama pada tahun 2020 juga salah satu penyumbang reading slump den hehehehehehee.
Harapan yang paling utama untuk Februari adalah berlaku penurunan kes positif Covid19 di Malaysia. Kehidupan memang pastinya akan berubah tapi at least kalau economy can be revive itu adalah satu perkara yang sangat memberangsangkan. Travel definitely has to take a back seat. I am talking more about surviving and trying to pick up the pieces to keep on living.
Semoga den dapat beradaptasi dengan pembelajaran dari rumah di bulan Februari ini. Harapnya peratusan kerja sekolah yang tercicir dan terlepas pandang, kelas googlemeet yang terlupa hendak masuk, dsb dapat dikurangkan.
Bagi kerja pula, harapnya kerja-kerja yang tidak urgent boleh ditangguhkan terlebih dahulu. Ini kata den ye tak, ikut boss la ye macam mana hehehehheehe.
Semoga semangat den untuk berkongsi cerita di dalam blog ini walaupun kebanyakannya adalah throwback sebelum Covid19 berleluasa dapat diteruskan.
Den doakan semoga Februari ini lebih baik untuk kita semua, in sya Allah.
0 Comments