Tempat Menarik di Pulau Pinang Entopia by Penang Butterfly Farm Bukan Sekadar Taman Rama-Rama
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini memang post yang termasuk di dalam kategori major throwback tetapi memandangkan tempat ini merupakan tempat yang sangat menarik bukan sahaja untuk keluarga membawa anak-anak tetapi den merasakan orang dewasa pun akan teruja, makanya den cuba mencari-cari maklumat di dalam minda goldfish memory den ini untuk den abadikan kenangan di sini.
Sebagaimana tajuk post ini sememangnya Entopia bukan sekadar Taman Rama-Rama sejak ianya diberi nafas baru pada 8 Julai 2016. Untuk pengetahuan semua, Taman Rama-Rama yang terletak di Teluk, Bahang, Georgetown ini mula dibangunkan pada 1985.
Kali terakhir den datang ke Taman Rama-Rama adalah pada tahun 2012 bersama anak sulung den yang pada ketika itu berumur 3 tahun. Memang den tidak pernah tahu pun Taman Rama-Rama ini telah dibangunkan semula dengan begitu unik, kreatif, berinformasi dan cantik sangat. Kalau tidak kerana lawatan teknikal berkaitan pelancongan Negeri Selangor, memang den tidak tahu sampai bila-bila kewujudan Entopia ini.
Entopia
Entopia merupakan gabungan perkataan Entomologi (kajian serangga) dan Utopia (dunia khayalan yang cantik).
Entopia ini sememangnya sesuai untuk seisi keluarga. Anak-anak pasti akan gembira dapat tengok banyak jenis serangga dan haiwan reptilia di sini. Den yang telah masuk dalam kategori warga hampir emas ini pun teruja melihat pelbagai spesies serangga dan haiwan reptilia di sini. Lagi kan pula budak-budak, mereka pasti lebih teruja.
Kawasan Entopia ini dibahagikan kepada dua ruang pameran utama iaitu Natureland Entrance dan Indoor Discovery Centre Cocoon menempatkan lebih kurang 150 spesies fauna dan 200 spesies flora.
Disebabkan kami hanya diberikan masa lebih kurang 1 jam 30 minit di sini makanya memang ada tempat yang den tidak sempat hendak lawat pun. Ada tempat yang sempat dilawat pun hanya sekadar sepintas lalu, tidak sempat hendak benar-benar menghayati dan melihat semua serangga dan specimen yang ada. Hendak membaca informasi pada setiap tempat memang lagi tidak berkesempatan huhuhuhuhu. Bila datang atas urusan rasmi begini la situasinya selalu. Perlu datang sendiri juga untuk lebih puas hati sebab we can take our own sweet time begitu.
Natureland Entrance
Natureland Entrance adalah kawasan yang mempunyai enam (6) bahagian yang memfokuskan kepada alam semulajadi yang kebanyakkannya bertumpu di kawasan terbuka.
Enam kawasan di dalam Natureland Entrance adalah seperti di dalam gambar di bawah.
Den kongsikan gambar-gambar yang sempat den ambil di sini. Bila hendak tulis entry ini baru den perasan yang tidak pasti samada den pergi kesemua enam kawasan ini huhuhuhu.
Gua Misteri (Mystery Cave)
Gua ini dipenuhi dengan serangga dan haiwan reptilia seperti ular, katak, kala jengking, lipan, labah-labah, tarantula dan lain-lain. Memang den tengok sepintas lalu di sini.
Air Terjun Harimau (Tiger Fall)
Berehat sambil memandang air terjun harimau lagi-lagi disulam dengan melihat ikan-ikan berenang di dalam dasar kolam sememangnya mengasyikkan, memberikan ketenangan dan bisa membuatkan kita terlupa jejak masa sebab seolah-olah di hypnotize oleh deruan dan jatuhan air terjun itu.
Pokok Kehidupan (Home Tree)
Kalau dibiarkan den keseorangan di sini, pastinya den boleh berangan tidak tahu sampai ke mana sebab suasana di sekitarnya membuatkan kita seolah-olah berada di dalam magical and mystic garden seperti di kawasan penempatan Elves dalam Lord of The Rings, Narnia atau Pan Labyrinth. Bab berangan memang serahkan sahaja kepada den. Bermimpi itu percuma kan?
Laluan Naga (Dragon Path)
Kawasan ini didedikasikan kepada haiwan reptilia yang dikategorikan sebagai spesies seumpama naga iaitu cicak, iguana dan lain-lain. Boleh terapi mata di sini sebab kena fokus di mana la semua reptiles ini bila berselindung di sebalik daun dan batang pokok.
Jejak Bau-Bauan (Aroma Trails)
Memang bau wangi dan manis bila berjalan di kawasan ini sebab penuh dengan pokok bunga. Den sebenarnya tidak perasan sangat kawasan ini sebab sibuk fokus hendak tengok rama-rama.
Taman David (David’s Garden)
Yang pastinya den banyak habiskan masa di tapak asal Taman Rama-Rama iaitu di Taman David yang menempatkan pelbagai spesies rama-rama. Tidak pasti perasaan den ke apa tetapi rasanya macam tidak banyak pula rama-rama berterbangan dan hinggap di bunga-bunga yang ada di taman ini kalau hendak dibandingkan semasa den datang pada 2012 yang lepas tapi seperti den katakan, den ini memang sejenis spesies yang ada goldfish memory makanya mungkin ada maklumat yang memang tidak didaftarkan di kotak minda den ini.
Kalau ikutkan maklumat di laman sesawang Entopia, terdapat 60 spesies rama-rama di sini.
Indoor Discovery Centre Cocoon
Siapa sangka siapa menduga Indoor Discovery Centre Cocoon yang mengandungi lapan (8) bahagian ini sangat menarik, inovatif, interaktif dan penuh dengan pelbagai maklumat. Pada pendapat peribadi den, ini adalah antara discovery centre yang terbaik yang den pernah jumpa. Serious sangat mengujakan sebab bahan pamerannya mempunyai maklumat padat tetapi dipersembahkan dalam bentuk berwarna-warni yang tidak akan membosankan.
Den tidak pasti den pergi ke tidak ke lapan bahagian ini sebab mengejar masa tetapi yang pastinya den memang melepak lama di kawasan Metamorphosis dan Lumino City. Den kongsikan gambar-gambar sepanjang den berjalan-jalan di Indoor Discovery Centre Cocoon ini ye.
Pandora Forest
Terasa berada di dalam magical world dengan sinaran lampu biru. Maklumat di sini agak heavy tentang klasifikasi taxonomy dan sebagainya tapi disebabkan suasanya sangat welcoming di sini, makanya boleh baca maklumat secara santai je.
Metamorphosis
Den habiskan masa paling lama di sini sebab tempat berwarna-warni ini yang dilengkapi pelbagai maklumat ini terlalu comel untuk den.
Kebetulan pula warna baju den pada hari itu (pink dan purple) ala-ala sedondon dengan warna di satu kawasan maklumat tentang rama-rama. Jadinya sesi bergambar sakan di sini hehehehhehe.
Den tidak masuk ke kawasan Cinerama rasanya.
Breeding Ground
Di sini kita boleh tengok kawasan penternakan rama-rama terutamanya kepompong. Tiba-tiba teringat lagu ‘dari ulat jadi kepompong, duduk diam dalam kelongsong’.
Lumino City
Bahagian ini menceritakan dengan agak terperinci tentang kisah kelip-kelip termasuklah kitaran hidup kelip-kelip dan siput yang menjadi makanan larva kelip-kelip.
Downtown Entopia, Underground Mysteries dan Understory Tales
Seterusnya den melawat ke kawasan yang den pun tidak pasti yang mana satu Downtown Entopia, yang mana satu Underground Mysteries dan yang mana satu Understory Tales.
Ada kawasan gua yang bercahaya yang terdapat lukisan pada dinding gua yang menceritakan tentang maklumat serangga.
Lama juga den melepak di kawasan ulat sutera sambil mendengar penerangan daripada pekerja yang sangat passionate bercerita tentang ulat sutera. Kalau ada masa boleh sertai silk spinning session yang ditetapkan pada dua masa.
Terasa nak beli kepompong dalam aktiviti adopt a pupa tetapi memandangkan macam fragile je kan kepompong tuh makanya den batalkan je la hasrat hati. Karang den terlupa pasal kepompong tuh sebab ada goldfish memory, udah mati pula rama-rama tuh karang. Elok-elok hendak menjadi sebahagian daripada kehidupan rama-rama langsung terbunuh pula rama-rama tuh nanti.
Ada banyak ruang di sini macam Hopper’s Library, lebah, mentadak, dsb tetapi disebabkan masa terlalu suntuk den tidak sempat menjelajah ke ruang ini semua.
Ada satu kawasan yang menempatkan serangga yang unik macam Malayan Jungle Nymph yang bila diaorang kumpul beramai-ramai macam geli pula tengok hehehehhehe.
Akhir sekali jangan lupa membaca sejarah penubuhan Taman Rama-Rama dari tahun 1985 sehingga ianya dijenamakan semula sebagai Entopia pada 2016. There is always something we can learn from history.
Kita pastinya akan melalui kedai cenderahati sebelum keluar dari sini. Ada macam-macam dijual, tepuk dada dan tanya hati apa yang sesuai untuk dijadikan kenangan. Masa pergi hari itu den cuma beli fridge magnet.
Aktiviti
Aktiviti yang ditawarkan di sini bukan sahaja kepada pengunjung yang terdiri daripada kalangan ibu bapa dan anak-anak tetapi juga tersedia aktiviti untuk kumpulan yang lain seperti maklumat di dalam gambar di bawah.
Kemudahan
Tersedia di sini surau, tandas, bilik penyusuan, kaunter informasi, dewan serba guna, café dan lain-lain.
Paling Kurang Setengah Hari
Sekiranya hendak membaca setiap baris maklumat yang terdapat di Entopia, mengambil gambar pelbagai spesies serangga dan haiwan reptilia, menyertai aktiviti seperti silk spinning session, bermain sambil belajar di video interaktif, tengok tayangan filem berkaitan serangga dan sebagainya, bersantai makan dan minum di café serta berjalan-jalan di kedai cenderahati bagi memilih barang yang berkenan untuk dibuat kenangan, paling tidak memang kena habiskan masa setengah hari di sini.
Harga Tiket dan Waktu Operasi
Waktu Operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang (setiap hari).
Waktu masuk terakhir: 5.00
petang
Harga Tiket: Perlu tengok di website kerana kadang-kadang ada promosi seperti 10% discount kalau beli secara online dan sebagainya.
In sya Allah bila Malaysia telah bebas Covid19 dan dikurniakan rezeki, den berhasrat hendak membawa anak-anak den ke Entopia sebab sebagaimana namanya, tempat ini sememangnya seolah-olah kita berada di dalam dunia khayalan.
Lokasi: https://g.page/Entopia?share
Untuk maklumat lanjut tentang Entopia, boleh layari:
Website: www.entopia.com
Facebook: https://www.facebook.com/myentopia/
0 Comments