Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah throwback yang hampir setahun berlalu. Tahun 2020 memang tahun sendu sungguh bagi den untuk mengupdate blog. Patutnya bila ada banyak masa terluang untuk update blog makin banyak cerita yang dikongsikan tetapi den jadi terpesona pula dengan KDrama, angau yang tidak diselamatkan huhuhuhuhuhu. Jadinya ini cerita pada 8 Februari 2020. Tidak pasti kawasan ini masih kekal tersedia sebagai untuk hiking atau telah dibangunkan oleh pemaju.

Den dan sebarang aktiviti outdoor termasuklah hiking sememangnya tiada chemistry di antara kami sejak zaman den muda belia sehinggalah umur den hampir setengah abad ini.

Jadinya bila Kelab Sukan dan Kebajikan ofis menganjurkan sesi hiking santai ini, den tidak terasa hendak ikut serta tetapi disebabkan oleh pujukan kawan-kawan sepejabat yang pernah hiking di sini yang mengatakan ‘senang je trail dia. Kalau budak-budak pun boleh hiking, sure KSarie boleh je la. Memang track untuk beginner ini’, makanya den kuatkan semangat dan hati melayan kawan-kawan ini.

Hiking memanjat bukit melayang terdapat di Setia Alam Community Trail ini sememangnya bukan my cup of tea. Walaupun laluan denainya dikhabarkan sebagai a track for a beginner, tetap la juga den termengah-mengah untuk menyampaikan ke puncak yang telah ditetapkan. Rasanya kalau tidak silap 1 jam juga diperlukan untuk sampai ke puncak ini. 

Untuk den, hiking memanjat bukit agak okay kalau hendak dibandingkan dengan aktiviti menuruni bukit kerana biasanya di sini den perlu lebih berhati-hati memandangkan kalau tersalah langkah, terlicin dan sebagainya memang akan mengundang peristiwa tergolek dog.

Memandangkan lutut den pula adalah dalam kategori separuh jiwaku pergi seperti kata Anang, makanya aktiviti menuruni bukit den lakukan dengan bantuan kawan-kawan untuk den berpegang dan berpaut bagi meminimakan kemungkinan untuk tergelincir. Hampir 1 jam juga diperlukan untuk turun dari puncak tertinggi di mana kami mengambil gambar dengan agak jayanya.

Alhamdulillah akhirnya aktiviti hiking santai ini den lalui dengan selamat.

Memang tidak ada gambar denai yang den ambil sebab den tidak keluarkan telefon pun sebab bersungguh-sungguh memerhatikan di mana langkah kaki den hendak letakkan di denai yang dilalui.

Bagi den, in sya Allah kepada sesiapa yang baru mula hendak berjinak-jinak dengan aktiviti hiking, boleh cuba hiking di sini kerana ianya tidak begitu mengerikan.

Semasa aktiviti hiking ini dibuat memang ada je berjumpa dengan orang lain termasuk warga emas yang mendaki. Jadinya kalau tidak datang di dalam kumpulan yang ramai pun, tidak takut untuk hiking di sini kerana ada sahaja orang lain yang hiking bersama.

Seperti mana-mana aktiviti outdoor yang lain, pastikan memakai pakaian, kasut dan topi yang bersesuaian. Sila bawa beg kecil bagi mengisi air mineral, roti, tuala kecil dan insect repellent.

Adakah den akan hiking lagi di Setia Alam Community Trail ini sekiranya kesihatan mengizinkan di masa akan datang? In sya Allah sekiranya kumpulan yang sudi membawa den hiking itu faham tahap stamina dan kemampuan den yang naik tangga dari tingkat 12 ke 13 pun termengah-mengah hehehehehe.

Apabila ada aktiviti outdoor yang melibatkan kumpulan, den seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan ahli kumpulan sebab den tahu tahap kemampuan den macam mana. Kalau terjatuh, tercedera bagai sudah terpaksa menyusahkan orang. Ini yang seboleh-bolehnya den hendak elakkan.

In sya Allah selepas ini ada dua lagi pengalaman aktiviti outdoor den akan cuba kongsikan iaitu di Santuari Kelah Sungai Chiling dan Bukit Larut. Doakan den ada kelapangan dan rajin hendak mengarang ye.

0 Comments