Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Den makan di sini bersama-sama unit den di ofis pada suatu ketika dulu (ceh macam la lama sangat padahal seberapa ketika yang lepas je pun heheheheehhe) semasa meraikan seorang ahli kumpulan yang mendapat tawaran kerja yang lebih baik di tempat lain.

Kalau difikir-fikir semula, unit den terutamanya posisi yang satu itu memang macam tempat persinggahan sahaja. Pasti siapa yang duduk di tempat itu akan mendapat tawaran kerja yang lebih mantap di tempat lain. Mungkin juga den patut duduk di situ supaya den dapat tawaran kerja yang lain hehehehehheehe.

Okay kembali kepada sesi makan-makan di CRAVEAT yang terletak di Alam Impian ini. Ini kali pertama den makan di sini. Persekitaran café yang welcoming dan cozy memang sesuai untuk aktiviti farewell lunch untuk team member.

Pilihan Menu

Kita lihat dulu menu yang disediakan di café hipster ini.

Ada banyak pilihan menu makanan yang ditawarkan daripada pasta, ayam, daging, pelbagai side dishes, dsb.

Minuman juga tampak menarik dengan pelbagai nama yang bisa membuatkan den terus bercakap seolah-olah seperti Harry Potter begitu hehehehehe.

Harga semua makanan dan minuman di sini pada den adalah berpatutan. Café hipster di Shah Alam dengan harga yang mampu milik memang sangat mengujakan.

Untuk harga yang latest sila rujuk website mereka ye.

Apa Yang Kami Pesan

Ala terasa lapar pula bila tengok semula gambar-gambar makanan yang kami pesan ini huhuhuhuhu. Sila menjamu mata ye.

Fried mozzarella balls

Spaghetti Aglio Olio (Beef Brisket)

Grilled Lamb Chop

Craveat Arabic Rice Lamb Chop

Double Beef Burger

Skillet Chicken

Untuk tekak den, rasa semua makanan ini (sebab den rasa makanan semua team member muhahahahaha), in sya Allah sedap secukup rasa.

Waktu Operasi: 11.30 pagi - 9.30 malam (Isnin - Ahad). Jumaat tutup.

Untuk maklumat lanjut tentang café ini boleh layari:

Website: https://craveatofficial.business.site/

Facebook: https://www.facebook.com/craveat.official/

Instagram: https://www.instagram.com/craveat.offical

Lokasi café di sini ye: https://g.page/craveat?share

In sya Allah mari kita sama-sama berdoa semoga pandemik Covid19 ini segera berakhir dan kita dapat meneruskan hidup dengan lebih teratur. Semoga ada rezeki juga untuk kita semua mendapat ruang bagi bersama-sama menikmati makanan bersama keluarga dan rakan-rakan di tempat sebegini.

0 Comments