Imbas Kembali 2020 Kelas Mengaji dan Tajwid
Alhamdulillah tahun 2020 den ada rezeki meneruskan pembelajaran di kelas mengaji dan tajwid yang bermula pada pertengahan 2019 walaupun setiap kali kelas berlangsung, tahap kemalasan hendak pergi ke kelas selalunya adalah di tahap yang paling tinggi huhuhuhuhu. Walhal kelasnya seminggu sekali sahaja pun.
Tahun ini menyaksikan kelas mengaji dan tajwid ini bertukar 3 orang ustazah.
Benarlah kata pepatah, belajar ini adalah sepanjang zaman dan seumur hidup sebab setiap kali kelas mengaji dan tajwid ini, mesti akan belajar perkara baru. Kalau minggu ini sebutan makraj ‘ha’ yang ustazah betulkan, minggu depan huruf ‘sin’ pula yang sangkut hehehehehehehe.
Minggu ini sangkut qhalqalah kecil, minggu depan tersangkut di qhalqalah besar.
Teringat pesanan Ustazah kita perlu belajar tajwid supaya dapat membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul sepertimana ianya diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah melalui malaikat Jibril.
Ustazah juga pesan jangan berputus asa belajar tajwid kerana yang penting adalah kita berusaha belajar memperbaiki tajwid tetapi rezeki untuk berjaya membaca dengan tajwid yang betul adalah daripada Allah SWT.
Terdapat 5 peringkat tajwid:
1. memahami ilmu tajwid;
2. mendefinasikan bunyi mengikut mulut dan susunan gigi kita sendiri (in our own words);
3. rasakan bunyi tersebut (feel the sound);
4. menyesuaikan bunyi (adjust the sound); dan
5. menghasilkan bunyi yang betul dan mencukupi (produce the right and sufficient sound).
Kelas mengaji dan tajwid ini bukan sahaja banyak membantu den memperbaiki bacaan Al-Quran den tapi di sini juga terwujudnya persahabatan dan silaturahim (I found the unexpected friendship here), lawatan ke tempat ilmiah yang kalau mengharapkan den hendak cari tempat-tempat macam ini memang tiada harapan (Nuzul Quran dan Rehlah AnNabawiyah), disebabkan PKPB kelas dilaksanakan di rumah seorang ahli mengaji yang bermurah hati bukan sahaja menyediakan tempat untuk kami mengaji tetapi juga menyediakan makanan yang enak-enak setiap kali kelas (makanya bergembira la segala lemak yang ada huhuhuhuhu), kalau kelas mengaji di bilik bacaan pula, kami akan ada sesi makan minum selepas kelas (ada sekali tuh siap hasut Ustazah sertai sekali hehehehe), etc.
Rezeki sangat dapat 4 kelas setiap minggu dengan bayaran hanya RM50. Ustazah pula datang ke apartment. Belajar ala-ala one to one. Jadinya seperti tafsiran surah Ar-Rahman yang diulang sebanyak 31 kali iaitu “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan”.
Kelas mengaji dan tajwid pada tahun 2020 ini sememangnya antara perkara yang den bersyukur sangat.
0 Comments