D’Kayangan Steamboat BBQ Buffet Pilihan Untuk Menjamu Selera Pada Harga Mampu Milik
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perkara yang kadang-kadang menjadi dilemma adalah hendak di mana hendak makan sedap tapi harganya tidak bisa bikin jantung tercopot?
Kalau korang masih tercari-cari restoran yang berkonsepkan 2 dalam 1 (steamboat dan grill di dalam satu restoran) di Shah Alam untuk menjamu selera bersama keluarga atau rakan-rakan pada harga yang tidak mengoyakkan dompet, D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat adalah tempatnya.
Den berpeluang untuk makan sampai segah perut di restoran ini baru-baru ini.
Restoran HALAL Steamboat & Grilled yang pertama di Shah Alam dan Lembah Klang ini menawarkan harga mampu milik untuk setiap pelanggan. Dengan hashtag #makansampaikenyang dan #takkenyangtakbolehbalik memberikan pelanggan peluang menikmati pelbagai hidangan yang disediakan tanpa berkira-kira dengan kos yang perlu dikeluarkan.
Bila bercakap tentang kepelbagaian makanan, perumpamaannya adalah sama seperti kepelbagaian biologi (biodiversity) sebab memang banyak sungguh spesies makanannya.
Untuk grilled, disediakan pelbagai spesies makanan laut (samada diperap atau tidak) seperti udang, sotong, ikan, etc dan makanan darat (daging lembu, ayam dan lamb yang diperap).
Untuk steamboat, ada pelbagai spesies bercangkerang seperti lala, kerang, kepah, fishballs dan fishcakes, etc. Ada pelbagai jenis mee untuk steamboat ini.Kita boleh pilih samada hendak sup ayam atau tomyam bagi kuah steamboat.
Kalau ada kawan-kawan yang vegetarian atau dalam fasa diet, boleh pilih sayur-sayuran yang boleh tahan pilihannya (ada salad, bendi, bayam, sawi, kobis, etc).
Biasanya orang Malaysia ni kalau tiada makanan berat memang tidak sah kan jadinya jangan risau sebab ada nasi goreng, bihun goreng, char keaw tiau, nasi lemak, kari ayam dan keropok.
Desserts juga menarik dengan ais kacang, ais krim, kek dan rojak buah.
Disediakan juga pelbagai jenis sos dan perasa untuk diserasikan bersama semua makanan yang ada di sini.
Pasti korang tertanya-tanya berapa harga setiap seorang bagi menikmati buffet macam-macam jenis makanan ini kan?
In sya Allah harga mampu milik bagi setiap orang:
Dewasa: RM29.90/orang
Kanak-kanak (7 – 11 tahun): RM14.90/orang
Warga emas (60 tahun ke atas), pelajar IPTA dan IPTS: RM 24.90/orang
Orang Kelainan Upaya (OKU): RM15.00/orang
Betul kan harganya in sya Allah mampu milik?
Kalau harga sebegini macam mana pula rasanya? In sya Allah walaupun harga mampu milik, kualiti rasa tidak dikompromi. Rasa semua makanan yang den sempat makan adalah sedap untuk tekak den sampai den terlupa hendak ambil gambar bersama makanan yang den makan huhuhuhuhu. Jarang sekali dalam hidup den tidak bergambar dengan makanan hehehehehe.
In sya Allah den hendak kembali ke D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat pada hari Sabtu kerana setiap Sabtu, terdapat persembahan live busking daripada The Flame yang akan menghiburkan setiap pelanggan yang menjamu selera. Menikmati makanan ada rasa pada harga mampu milik sambil diiringi alunan muzik live, memang one of my kind of happiness in life.
Waktu operasi D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat:
Isnin - Jumaat: 4 petang - 11 malam
Sabtu dan Ahad: 3 petang - 12 malam
In sya Allah di samping kepelbagaian makanan yang mempunyai rasa pada harga mampu milik, restorannya yang selesa, layanan pekerja juga membuat kita rasa senang untuk menjamu selera. Kemungkinan untuk datang kembali bagi menikmati hidangan di sini memang ada.
Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan boleh Whatsapp 0122971091
Lokasi: No. 1 Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
https://g.page/dkayangansteamboat?share
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari:
Facebook: https://www.facebook.com/dkayangansteamboat/
Instagram: https://www.instagram.com/dkayangansteamboat
Selamat menjamu selera semua.
0 Comments