Pengalaman Dua Hari Satu Malam di Hotel De Art Seksyen 19 Shah Alam
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masa den menginap di Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam pada November lepas, den memang berangan nak menginap di cawangan Hotel De Art yang lain samada di Seksyen 7, Seksyen 19, i-City dan USJ21.
Benarlah bagai dikata, rezeki tidak pernah salah alamat. Dalam ada restriction pergerakan semasa PKPB dilaksanakan di Selangor ni, den berpeluang menginap di Hotel De Art Seksyen 19 Shah Alam yang terletak sepelaung je dari rumah den hehehehehehe.
Den nak ceritakan pengalaman den bermalam di Hotel De Art Seksyen 19 Shah Alam baru-baru ini. Butik hotel yang menarik dengan lukisan mural yang pelbagai dan berwarna-warni.
Hotel De Art Seksyen 19 Shah Alam merupakan cawangan kedua Hotel De Art ini mula dibuka pada November 2015. Hotel berkonsepkan butik ini tidak terkecuali dari sorotan seni yang cukup menarik.
Mengetengahkan tema 3D, setiap lukisan mural yang bermula dari luar bangunan, lobby, koridor dan bilik, semuanya dilatari dengan sentuhan jemari pelukis mural professional.
Istimewanya, setiap ruang bilik mempamerkan lukisan 3D yang berlainan sekaligus membuatkan penginap boleh memilih tema dan corak yang diinginkan menggunakan i-pad yang disediakan di ruang kaunter lobi.
Antara bilik yang menjadi kegemaran ialah The Horse and The Barn, Leaning Tower Of Pisa, Harry Porter's Night Out, dan banyak lagi!
Den terlupa langsung nak request duduk bilik dengan tema Harry Potter huhuhuhuhu. Adakah bermakna den perlu repeat lagi sekali duduk di hotel ini hehehehehehe.
Konsep Hotel Butik Mural Unik
Terdapat 34 buah bilik di hotel butik ini dengan hiasan lukisan yang unik setiap satunya. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas mencukupi bagi memastikan kita dapat beristirehat di bilik tersebut dengan tenang. Terdapat 7 kategori bilik yang kita boleh pilih untuk bermalam yang harganya bermula dari RM88 hingga RM218 semalam:
Art Single
Art Queen
Art Queen Deluxe
Art Twin
Art Twin Deluxe
Art King Deluxe
Art Family Deluxe
Art King Deluxe
Den menginap di bilik Art King Deluxe yang memang mengundang untuk tidur tak nak bangun-bangun sebab katilnya awesome dengan 4 biji bantal yang empuk. Memang terlajak tidur sebab best sangat heheheheehe.
Bilik Art King Deluxe Ruang dengan tema Santorini ni memang buat den rasa fefeling sedang bercuti gitu. Ruang bilik sederhana besar. Kemudahan yang simple disediakan tetapi memadai. Bilik memang selesa, kemas dan bersih.
Den tak sempat nak layan movie apa pun sebab walaupun ada channels best sebab teruja nak bergolek-golek di katil king tuh heheheheehe.
Kemudahan untuk menggosok baju dan air panas serta sejuk disediakan di ruang guna sama.
Banyak Ruang Untuk OOTD
Boleh dikatakan setiap pelusuk hotel ini dari luar hotel, lobi sehinggalah dalam lif pun memang mengundang untuk bergambar sakan sebab penuh dengan lukisan mural. Den rajin je la nak berposing di sana sini. Yang tak rajinnya tukang mengambil gambar tuh hehehheehhee.
Laluan koridor untuk ke bilik penuh dengan lukisan dinding yang akan membuatkan kita akan end up masuk bilik lambat sebab sakan nak bergambar.
Lokasi Strategik
Hotel De Art Seksyen 19 Shah Alam ni lokasinya sangat strategik sebab dikelilingi dengan pelbagai kemudahan macam kedai makan, kedai serbaneka, stesen minyak, etc. Kalau menginap di sini hari Sabtu, boleh jalan-jalan cari makan di pasar malam yang sepelaung sungguh dari hotel tuh. Jangan lupa beli breakfast nasi lemak sedap di gerai bawah pencawang elektrik yang terletak di seberang jalan dari hotel ye.
Hotel De Art Seksyen 19 juga terletak tidak jauh dari beberapa lokasi pelancongan popular seperti I-City Waterpark, I-City Central, Kompleks Sukan Shah Alam, Extreme Park, Bukit Cahaya Taman Pertanian dan Wet World Shah Alam.
In sya Allah ruang untuk meletak kereta awam tersedia di sekitar kawasan hotel.
Untuk maklumat lanjut tentang Hotel De Art Seksyen 19 Shah Alam termasuk tempahan, boleh layari dan hubungi:
Website: http://section19.hoteldeart.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/hoteldeart/
Instagram: https://www.instagram.com/hoteldeart
Email: info19@hoteldeart.com.my
Telefon: 03-58887090
Alamat: 2, Jalan Nelayan D 19/D, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor
Lokasi: https://goo.gl/maps/VMZrzGtEKrzWTZ2H9
Shah Alam sebenarnya ada banyak sangat hotel yang menarik yang boleh kita pilih untuk berehat bersama keluarga dan kawan-kawan. Selamat bercuti dan berehat di Hotel De Art yang memang cantik dan berwarna warni dengan pelbagai tema ni ye. In sya Allah memang kalau tengah jiwa kacau pun akan terjadi tenang dan ceria bila menginap dekat mana-mana cawangan Hotel De Art ni.
Nanti in sya Allah den nak menginap di 3 lagi Hotel De Art Seksyen bagi melengkapkan bucketlist den untuk menginap di semua cawangan Hotel De Art yang terdapat di Selangor ni.
Boleh
baca Pengalaman Dua Hari Satu Malam di Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam di http://www.dinohauz.com/2020/10/pengalaman-dua-hari-satu-malam-di-hotel.html
0 Comments