Haishhhhh…..entah sempat ke tidak den nak menghabiskan cerita berjimbaan ke Kota Kinabalu dengan 4 hari je lagi ni di tahun 2020 huhuhuhuhuhu. Walaupun berangan dan berazam hendak update blog paling kurang 2 kali seminggu tapi tetap la juganya ada masanya terbabas dari landasan.

Kak Noris kata wajib datang ke Mari Mari Cultural Village paling kurang sekali seumur hidup kalau ke Sabah sebab ini peluang untuk kita belajar mengenali budaya etnik orang Sabah dalam tempoh yang singkat. Lebih kurang macam lebih baik dapat belajar sedikit dalam tempoh yang singkat daripada tidak tahu langsung macam tuh.

Kitaorang beli tiket ke Mari Mari Cultural Village online di https://marimariculturalvillage.my/ beberapa hari sebelum trip ke Sabah. Bayaran tiket RM100 seorang dewasa adalah termasuk sekali dengan pemandu pelancong yang akan menemani kita dan memberikan penerangan sepanjang perjalanan di Mari Mari Cultural Village + persembahan tarian dan nyanyian budaya oleh pelbagai etnik + minum petang yang sangat meriah.

Sesi pembelajaran di Mari Mari Cultural Village ini memang menarik cumanya cuaca agak kurang mengizinkan. Hujan renyai-renyai yang agak lebat menyebabkan perhentian di satu-satu tempat agak singkat. Pemakaian baju hujan juga menyebabkan gambar-gambar yang diabadikan di sini kurang menarik hehehhehehehe.

Kitaorang dibawa melawat ke rumah tradisional 5 etnik iaitu Kadazan-Dusun (pesawah padi), Rungus (rumah panjang), Lundayeh (pemburu dan nelayan), Bajau (gipsi laut dan cowboys of the east) dan Murut (headhunting tribe).


Di setiap rumah ada disediakan makanan tradisi dan aktiviti yang tersendiri. Ada aktiviti menyumpit, menyalakan api secara tradisi, kraftangan dari kulit pokok, etc. Di rumah etnik Murut kita boleh joint pahlawannya melompat dalam aktiviti lansaran. Den paling suka aktiviti ni. Berdebar ye nak melompat-lompat bila dah umur macam ni tapi rugi kalau tak layan sebab bila lagi nak datang ke sini kan.

Seronok je dapat belajar sedikit sebanyak tentang budaya etnik di Sabah sambil makan semua kuih tradisi yang disediakan di setiap rumah (lagi sedap makan sebab bila hujan renyai-renyai perut pun cepat lapar) dan berjumpa dengan anak-anak ikan yang sado eh hehehehehehe.

Persembahan budaya atau culture performance adalah the highlight of the tour bagi den sebab memang unik dan flawless gerak tari mereka yang membawakan irama budaya etnik masing-masing.

Sebelum persembahan dimulakan, sempat la den menyerahkan tangan untuk dilukiskan simple inai.

Boleh den katakan kebanyakan pekerja di Mari Mari Cultural Village ni memang berbakat besar sebab diaorang la yang masak kuih tradisi, yang menyumpit, etc dan mereka juga yang kita akan nampak di lantai tarian semasa persembahan budaya tuh. Memang multitasking sungguh depa ni.


Lepas habis persembahan, kitaorang dibawa untuk high tea. Memang meriah makanannya. Sakan makan sampai segah perut.

Kalau tidak pernah lagi berkunjung ke Mari Mari Cultural Village, den sarankan perlu datang paling kurang sekali seumur hidup seperti pesanan Kak Noris. In sya Allah memang berbaloi. Den tak sangka den enjoy semua aktiviti dari mula program sampai la ke akhirnya. Memang 5 bintang untuk den.

Setakat ini ada 2 je waktu lawatan ke sini iaitu 10 pagi dan 2 petang.

Makanya sebelum datang ke sini, sebaiknya dapatkan semua maklumat daripada sini ye:

Website: https://marimariculturalvillage.com/ atau https://marimariculturalvillage.my/

Instagram: https://www.instagram.com/mmcv.official/

Facebook: https://www.facebook.com/marimariculturalvillageborneo/

Email: mmcvinquiry@gmail.com atau tours@riverbug.asia

Telefon: +60138814921 atau +6016-821 1875

2 Comments

  1. ehem ehem.. ada sesuatu untuk anda disini :
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/12/top-commentators-2020-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhhhhhhh gembira di hati.Thank you Siti

      Delete