Ini antara itinerary jatuh dalam kategori wajib apabila pertama kali ke Kundasang yang mana Desa Dairy Farm dikhabarkan sebagai pengalaman seolah-olah berada di New Zealand gitu. Disebabkan den tidak pernah sampai lagi ke New Zealand, makanya den terima je la pernyataan itu ye hehehehehe.

Kami tiba di pintu masuk Desa Dairy Farm dalam pukul 7.45 pagi. Itu pun telah banyak kereta yang beratur menunggu giliran untuk masuk ke Desa Dairy Farm yang memulakan operasi seawall 8 pagi.

Disebabkan cuaca berkabus teruk diiiringi dengan hujan renyai-renyai makanya sesi ber OOTD di sekitar kawasan Desa Dairy Farm ini tidaklah dapat menyerlahkan keindahan alam yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu sebab memang tidak kelihatan secebis pun gunungnya akibat dilitupi dengan kabus tebal. Rasanya memang kena datang lagi ke sini bila cuaca cantik pada suatu hari yang tidak tahu bila tuh.

Still disebabkan kawasan ini memang mempunyai pemandangan yang menghijau dan cantik, tetap la juga berbaloi kunjungan ke sini walaupun tidak nampak kelibat Gunung Kinabalu.

Kitaorang cuma berehat-rehat di sini mengambil gambar di sana sini sambil makan aiskrim dan minum susu. Walaupun cuaca sejuk tetapi gagahkan juga makan aiskrim semua perisa yang ada sebab bila lagi kan hendak ke sini hehehehehe.

Kitaorang tak joint sebarang aktiviti yang ada di sini macam tengok aktiviti lembu makan, perah susu, pemprosesan dan pembungkusan susu bagai sebab memang tidak berminat.


Disebabkan tidak joint mana-mana aktiviti memang santai je la mengambil gambar di sekitar kawasan Desa Dairy Farm ni. Gigih ye walaupun hujan renyai-renyai melanda. Sempat la juga den bergambar dengan lembu-lembu yang ala-ala seperti di New Zealand gitu.

Den geram betul tengok pokok Rosemary yang ada di Desa Dairy Farm ni sebab merimbun macam belukar. Memang meriah disebabkan cuaca sejuk di sini. Pokok Rosemary yang den tanam sendiri sudah 10 kali mati sampai den give up dah nak tanam huhuhuhuhu.


Kepada sesiapa yang berhasrat untuk datang ke Desa Dairy Farm mungkin boleh tengok sekali ramalan cuaca agar boleh datang semasa cuaca terang benderang. Bukan sahaja boleh dapat capture gambar Gunung Kinabalu tetapi juga lebih selesa hendak berjalan-jalan.

Make sure berada di pintu masuk ke Desa Dairy Farm dalam pukul 7.45 pagi agar dapat menjadi antara kumpulan yang pertama dapat berjimba di sini.

Orang memang ramai sangat walaupun keadaan berkabus dan hujan renyai. Makanya sentiasa berlapang dada dan bersabar untuk mengambil gambar di port yang memang instagramable ye.

Waktu operasi dan harga tiket adalah seperti yang dinyatakan di bawah ye.

Sekarang PKPB semua ni tempat ni masih ditutup daripada menerima pelawat.

Untuk sebarang keterangan lanjut tentang Desa Dairy Farm, boleh layari:

Website: http://www.desaplus.com/

Facebook: https://www.facebook.com/desadairyfarm

Instagram: https://www.instagram.com/desadairyfarm

Telefon: 088-889562

0 Comments