Desa Dairy Farm - Pekan Nabalu - Lokan Kak Tini - Mari Mari Cultural Village - Pasar Filipina - Seafood Dinner - Movie Underwater

Nampaknya coretan sesi berjimbaan tiga orang geng mengaji ni ke Kota Kinabalu dan Kundasang berlangsung 4 hari 3 malam pada 11-14 Januari 2020 tidak sempat disiapkan walaupun dah masuk pertengahan Disember 2020. Haru sungguh la kan hehehehehhee.

In sya Allah den akan cuba habiskan cerita berjimbaan 4 Hari 3 Malam ni sebelum berakhir kita celebrate tahun baru 2021. Entah berjaya ke idok tak tau la huhuhuhuhu.

Hari ketiga sesi berjimbaan kami dimulakan dengan sesi mengejar ayam keluar daripada khemah glamping di UMEA Glam hehehehehe. Lepas check out dari UMEA Glam seawal pagi yang sempat, kami terus je ke Desa Fairy Farm tak sampai dalam 15 minit pun dari UMEA Glam.

Dalam 1 jam lebih juga kitaorang berjalan-jalan di Desa Fairy Farm walaupun keadaan penuh berkabus dengan hujan renyai-renyainya. Memang tak nampak la pemandangan Gunung Kinabalu bila bergambar. Asbab untuk mengulang ke Kundasang bila keadaan mengizinkan barangkali.

Singgah sekejap breakfast di Pekan Kundasang sebelum meneruskan perjalanan diteruskan ke Pekan Nabalu membeli beg mengkuang sorang satu. Mungkin dah 40an ni kan berkenan sungguh dekat beg mengkuang ni. Pengaruh rakan tidak sebaya pun satu hal juga hehehehehehe.

Habis je shopping terus gerak ke Lokan Kak Tini dalam 54 km yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit sebab perlu memandu berhati-hati dalam keadaan kabus yang boleh tahan tebal.

Lepas lunch makan lokan fresh sambil minum air kelapa, terus je gerak ke Mari Mari Cultural Village sejauh 26 km dengan masa lebih kurang 45 minit sebab hujan renyai-renyai.

Hampir 2 jam di Mari Mari Cultural Village walaupun gambar semuanya kurang cantik sebab pakai baju hujan dek kerana bersungguh-sungguh hujan renyai-renyai tuh huhuhuhuhu.

Habis je meronda di Mari Mari Cultural Village, kami terus check in semula di Hotel Gaia 95.

Kalau udah sampai ke Kota Kinabalu, kalau tidak singgah ke Pasar Filipina memang macam tidak lengkap sesi berjimbaan ke Kota Kinabalu kan. Sakan lagi kitaorang window shopping di sini tengok mutiara bagai mencuci mata. Kitaorang beli ikan masin sorang sedikit sebelum dinner seafood di kedai lapik kain kuning.

Memang terbaik seafood dia. Den dah pesan dekat Kak Noris dan Atiqah jangan pesan macam-macam tapi depa rambang mata tengok banyak fresh seafood lalu terlupa daratan. Macam-macam depa order sampai kena bagi food tuh pada meja sebelah sebab dah tak dapat nak makan lagi huhuhuhuhu.

Kenyang perut kitaorang pergi tengok movie Underwater lakonan Kristen Stewart melayankan Kak Noris. Kalau den memang la tak akan nak tengok movie genre macam ni tapi itu la the things you do for your friends hehehehehe.

So itu cerita kami pada hari ketiga sesi berjimbaan ke Kota Kinabalu dan. In sya Allah nanti den cerita pasal setiap tempat yang kitaorang pergi tuh dalam entry yang akan datang ye.

0 Comments