Antara perkara yang den sarankan kita semua buat bila berjimbaan adalah menginap di tempat yang unik dan istimewa, lain dari yang lain apabila ada kesempatan. Mungkin mahal sikit tapi in sya Allah berbaloi. Bila berjimbaan kita patut cuba benda di luar kebiasaan kita to give a bit of ummphhh in the trip. Taking chances in life gitu.

Contohnya seperti menginap 1 malam ala-ala glamping di UMEA Glam Kundasang. Dalam trip kali ni penginapan yang 1 malam ini adalah lebih mahal sedikit iaitu RM250/malam eh ke RM280/malam den dah lupa, tapi bila dibahagi tiga orang memang okay sangat harganya. Pengalaman pertama kali tidur glamping adalah priceless. Pengalaman lari daripada ayam di dalam khemah glamping tuh double priceless hehehehehehe. Nanti den cerita nanti ye.

Perjalanan ke UMEA Glam

Dari Sabah Tea Plantation ke UMEA Glam Kundasang mengambil masa 1 jam.

Alhamdulillah kitaorang berjaya check in di UMEA Glam Kundasang just nice sebelum gelap. Kalau tidak memang mampuih ada harapan tak jumpa jalan nak masuk ke UMEA Glam tuh sebab ianya melalukan kawasan ala-ala belukar yang tidak mengerikan bila waktu siang tapi bila waktu malam memang agak ngeri sebab kalau takde momok pun, kemungkinan kita akan jatuh tergolek sebab tersadung akar pokok tuh adalah sangat tinggi.

Dari jalan utama (tempat kami letakkan kereta) ambil masa lebih kurang 10 minit untuk menyampaikan ke UMEA Glam. Kebetulannya hujan renyai masa kitaorang sampai tuh, jadinya laluan di belukar tuh agak licin. Jadinya kena berhati-hati lebih sikit.

Tapi bila sampai je ke kawasan UMEA Glam tuh rasa berbaloi sangat perjalanan merentasi kawasan belukar tuh sebab pemandangannya cantik dan khemah tuh sendiri memang comel dan awesome sangat. Just nice untuk kitaorang bertiga. Memang terbaik. Cozy, serene dan sangat welcoming gitu vibes nya baik dari segi pemandangan, persekitaran dan khemah tuh sendiri.

Khemah Glamping

Pengalaman pertama kali untuk kitaorang bertiga glamping ni.

Suka sangat dengan khemah glamping di UMEA Glamping sebab ianya adalah just perfect untuk kitaorang.

Kitaorang menginap di khemah Narvik yang tersedia untuk 2 orang. Kitaorang request tambah lagi 1 tilam masa booking. Letak 3 tilam pun just nice sebab ruang dalam khemah yang luas dan selesa.

Hiasan dan perkakasan di dalam khemah tuh adalah sangat comel ala-ala kaison dan daiso sangat hehehehehe. Siap dengan kata-kata hikmah. Memang kena dengan mood untuk berehat dan bersantai.

Suasana dalam khemah tuh memang sesuai sangat untuk switch off the phone dan melepak tanpa buat apa-apa ala-ala dolce far niente (sweetness of doing nothing).

Siap dengan kusyen comel-comel. Susunan kerusi dan buaian yang menghadap ke pemandangan luar memang sangat sajak untuk minum kopi/teh panas sambil melihat matahari terbenam dan terbit. Being present and enjoy the moment gitu.

Mana-mana penginapan yang ada sediakan buku memang den bagi markah lebih. UMEA Glam termasuk dalam kategori mendapat markah lebih sebab sediakan beberapa buah buku yang simple di dalam khemahnya. Tempat macam ni memang sesuai baca buku santai macam buku romance. Kalau baca buku berat macam kepincangan ekonomi dunia ke apa kat sini memang kind of kill the mood je la untuk den hehehehhehe. Tapi kalau udah berjalan dengan konco-konco memang la tak sempat nak MEMBAca sebab sibuk sangat MEMBAwang. One of the best perks when travelling with your konco-konco.

Seronok tidur dekat UMEA Glam ni sebab malamnya memang sejuk gedi nak mati. First time dalam hidup tidur dalam sleeping bag. Dah tidur dalam sleeping bag, tidur pula atas tilam. Memang cozy tak boleh nak explain macam mana. Kena cuba sendiri k. Antara pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan.

Kitaorang tidur nyenyak je sebab kepenatan berjalan-jalan siangnya. Nak pula suasana sejuk dan nyaman, memang lagi sakan mengerekot dalam sleeping bag tuh.

Perkakasan dan Peralatan dalam Khemah

Semuanya serba cukup di khemah UMEA Glam ni. Ada extention wayar untuk caj segala mak nenek yang perlu dicaj. Ada cerek dan cawan semua. Heaven sangat makan maggi in cup dan minum milo sambil cicah biskut. A perfect getaway for the 3 of us.

Memang tiada televisyen disediakan sebab temanya berehat-rehat dengan jayanya, catch up with your buddies or families dan menghayati bunyi dari alam semulajadi.

Bila nak menaip post tentang UMEA Glam ni baru den perasan den takde ambil sekeping gambar pun bilik airnya. Adoi la. Keterlupaan sungguh. Bilik air dia ringkas dan okay, disediakan shower cream dan syampoo cuma memang la tiada water heater. Makanya memang la sejuk gedi. Nak gosok gigi dan ambil wuduk pun bercinta sangat. Hulur tangan kena dekat air tarik balik lepas tuh hulur balik, lepas tuh pejam mata macam tuh la keadaannya hehehehehehe.

Nak mandi tuh memang lagi parah hehehehehehe. The first time the cold water touch your skin memang boleh melompat sebab sejuk sangat. Dia punya sejuk tuh memang tak boleh bawa berbincang. Menusuk ke tulang. Menggigil-gigil. Eh malam kita sampai tuh ada sorang yang tak mandi kan sebab kesejukan sangat? Hmmmm siapa la tuh ye hehehhehehehe.

Pemandangan dan Persekitaran

Ini yang paling mahal sebenarnya.

Tengok matahari terbit diselubungi dengan kabus adalah pemandangan yang membuatkan den rasa ‘wow…I definitely could do this, watching the view everyday for the rest of my life’ gitu. Den cuma ambil gambar tak sampai 5 shots masa tengok sunrise. Selebihnya den memang cuba to be there, being present and just enjoying the breathtaking view. The peaceful and serene surrounding did make it more melancholy lagi-lagi bila teringat pada arwah Uda, kawan den yang memang suka tengok view macam ni.

Menaip ni pun masih boleh terbayang-bayang keindahan pemandangan dan memang wajar la gamaknya lepas covid19 tamat, den perlu usahakan untuk kembali ke sini.

Di luar khemah disediakan kerusi dan meja untuk kita minum sambil menghayati panorama indah.

Ada banyak spesies flora pelbagai rupa dan warna di sini. Gambar semua tumbuhan di sini adalah dari lensa Kak Noris. Dia memang suka ambil gambar nature. Nak pula dia memang ada seni mengambil gambar jadinya memang comel-comel gambar flora yang dicapture oleh Kak Noris ni.

Masa kitaorang lepas mandi keesokan paginya sebelum check out tuh, tak tau macam mana seekor ayam ni boleh termasuk dalam khemah kitaorang hehehehehe. Nak menghalau dia keluar tuh dah satu hal. Budak bertuah dua orang yang dok berlari daripada ayam tuh another story. Sakan tau depa berdua tuh lari daripada ayam tuh padahal kitaorang semua orang kampung kot dulu-dulu.

Memang sakit perut den gelak tengok Kak Noris dan Atiqah lari dari ayam tuh. Sayang tak sempat nak ambil video because I have to be the superhero dan menghalau ayam tuh keluar daripada khemah kitaorang tuh. Not all superheroes wear capes, ada superhero yang pakai baju kelawar yang baru dibeli di Pekan Nabalu gitu.

Adoi la sayang betul tak dapat rakam kejadian ni. Memang gelihati kalau dikenang-kenang semula.

Sedikit Panduan

1. Pastikan sampai untuk check in sebelum waktu gelap kerana perlu berjalan melalui kawasan belukar.

2. Wajib bawa bag pack/beg galas. Beg tarik beroda adalah tidak digalakkan sama sekali kerana keadaan jalan di kawasan belukar yang tidak rata. Roda beg pastinya akan tersangkut pada akar-akar pokok yang ada di situ.

3. Flat shoes please. Jenuh kalau nak fefeling Kim Kadarshian berkasut tinggi bagai. Harapan untuk jatuh tergolek tersadung akar pokok adalah agak tinggi.

4. Tempat letak kereta adalah samada di tepi jalan atau di kawasan resort lain yang akan dimaklumkan oleh owner UMEA Glamping. Sila letak kereta molek-molek ye.

5. Sila tapau makanan sebelum datang ke sini sebab kedai makan terdekat yang beroperasi masa kitaorang ke sini adalah hampir dengan pekan. So dicadangkan sangat supaya tapau makanan supaya once dah check in tak perlu keluar lagi sehingga check out nanti.

Lokasi https://g.page/umeaglamkundasang?share

Boleh den katakan pengalaman bermalam di UMEA Glam ini antara kenangan manis di dalam hidup den. Bukan sahaja sebab khemah glamping tu serba selesa dan mencukupi tapi pengalaman berada di persekitaran yang back to nature dan superb breathtaking view itu yang paling best sekali.

Kalau ada perancangan ke Kundasang, boleh menginap di UMEA Glam ni ye. Tak jauh pun dari sini nak ke Desa Dairy Farm.

Boleh sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh layari:

Website: https://umeaglam-kundasang.com/

Facebook: https://www.facebook.com/umeaglamkundasang/

Instagram: https://www.instagram.com/umeaglam.kundasang/

Email: umeaglamkundasang@gmail.com

2 Comments

  1. Tengok gambar pun dah rasa tenang, what more being there. Subhanallah cantiknya tempat ni. Habis PKP ni kita terbang ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah memang banyak tempat nature yang comel dan tenang kan. Jom menabung untuk ke sana

      Delete