Jalan Jalan Minum Teh di Sabah Tea Garden Ranau Sabah 2020
Perjalanan dari Kundasang hendak ke Sabah Tea Plantation di Ranau memang agak mencabar walaupun jaraknya dalam 34 km je tapi disebabkan jalan agak penuh berliku ditambah dengan kabus menyebabkan masa yang diambil dalam 1 jam untuk sampai ke destinasi (termasuk la ikut google map yang bagi jalan yang entah apa-apa hehehehehee. Ada satu jalan tuh memang buat tercopot jantung la. Adoi la).
Walaupun hujan renyai-renyai dalam perjalanan ke Sabah Tea Garden sampai la kami bergambar ria di situ sehingga perjalanan balik ke Kundasang, tetap la juga kami gembira. Gerimis mengundang tidak bisa menggugat rasa kegembiraan untuk berjimba dan bergambar gitu.
Aktiviti-aktiviti di Sabah Tea Garden
Ada banyak aktiviti sebenarnya yang kita boleh buat di sini kalau nak diikutkan macam memetik daun teh, melawat kilang the dan belajar cara memproses teh, berbasikal, mencanting batik, etc tapi disebabkan kami hanya singgah sebentar sahaja, jadinya aktiviti yang kitaorang sempat buat adalah bergambar di sekitar ladang teh, naik ke tree house dan minum petang di Sabah Tea Restaurant sebelum shopping teh di Tea Shop.
Kalau hendak buat majlis kahwin ala-ala garden wedding pun boleh di sini. Sesiapa yang ada banyak masa terluang boleh pertimbangkan untuk bermalam di Sabah Tea Resort dan mengambil kesempatan untuk tengok sunset dan sunrise di sini.
Boss juga boleh pertimbangkan untuk bawa anak-anak buah team building, berbengkel dan berseminar di tempat sejuk ini. Confirm semua orang akan terpaksa sertai setiap aktiviti sebab tak boleh lari ke mana hahahhahahaa.
Bergambar di Sekitar Ladang Teh
Bergantung kepada tahap kerajinan nak berjalan di kawasan ladang teh yang ada ini, banyak tempat menarik untuk bergambar di sini termasuklah Sabah Tea Love Teapot.
Walaupun kami semua telah agak kepenatan tetapi tetap la juga bergambar sakan di sana sini. This is one of perk when berjimbaan with your girls, they have no problem to take a lot of photos hehehehhehe.
Tree House and Canopy Walk
Dengan bayaran RM5 den rasa berbaloi je berjalan-jalan di rumah pokok dan laluan kanopi yang terdapat di sini. Siap dapat bergambar dengan telefon antik lagi. Comel je rumah pokoknya tapi tetap tersedia kawasan yang sesuai untuk bergambar.
Snap A Shot With Mount Kinabalu
Kalau cuaca terang dan tidak berkabus, memang cantik la bergambar kat sini berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu tapi sayangnya disebabkan masa kami sampai hujan gerimis dan keadaan berkabus memang tak nampak langsung kelibat Gunung Kinabalu.
Tetap juga gambar diabadikan di sini sebab entah bila lagi kan nak berkunjung tiba di masa akan datang.
Sabah Tea Restaurant
Setelah penat berjalan-jalan dan bergambar di sekitar kawasan ladang teh, memang best sangat dapat menghirup teh panas sambil makan lempeng teh (tea pancake) di kala hujan gerimis. Minum air panas dalam cuaca sejuk adalah antara one of the small joy thing in my life.
Kitaorang masing-masing ambil teh perisa berbeza-beza supaya boleh rasa different flavour. Lempeng tuh yang special sebab ianya adalah lempeng daun teh. Memang ada rasa teh pada lempeng tuh tapi very mild so sedap je la lempeng tuh untuk tekak den.
Ada banyak menu di sini tapi disebabkan tema kitaorang adalah minum petang sekadar untuk memanaskan badan, hence we choose the simple menu.
Sabah Tea Shop
In sya Allah memang akan rambang mata nak pilih teh mana untuk dijadikan souvenirs sebab ada macam-macam jenis the dalam packaging yang sangat menarik. Kemungkinan untuk memilih teh berdasarkan kecomelan bungkusannya adalah sangat tinggi ye. Jadi sila jangan terlepa apabila membeli belah teh di sini ye hehehehehehe.
Selain daripada kita boleh dapatkan pelbagai spesies teh di sini, kita boleh beli pelbagai jenis kopi termasuk kopi Tenom, buku-buku berkaitan Sabah, etc. Kalau ada banyak masa terluang, memang akan berlama-lamaan di sini sebab souvenirs yang berwarna-warni memang adalah sesuatu yang bisa menggoda jiwa.
Lokasi Sabah Tea Garden adalah di https://goo.gl/maps/3TtMnfBZ7QmYwpns5
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Sabah Tea Garden atau Sabah Tea Resort Sdn Bhd di:Website: http://www.sabahtea.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/sabahtea
Instagram: https://www.instagram.com/sabahtea
Email: Info@sabahtea.net
Telefon: +6088-440882/876611
Sabah Tea Garden nih memang comel sangat-sangat keluasan tempatnya kalau hendak dibandingkan dengan Cameron Highland tetapi kalau alang-alang sampai ke Sabah, moh la singgah ke sini, once in a lifetime experience gitu.
Dalam 1 jam lebih juga kitaorang bergambar ria di Sabah Tea Garden ni siap shopping teh Sabah dengan jayanya dan minum petang sekali. Seronok kalau boleh luangkan lebih banyak masa tapi disebabkan kami nak mengejarkan nak check in di UMEA Glam Kundasang sebelum gelap dengan tak tau jalan bagai makanya tak boleh la berlama-lamaan di sini.
0 Comments