Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Walaupun kes Covid19 semakin meningkat di Malaysia telah mencecah 4 angka setiap hari, tetap la juga kita mencari the silver lining atau hikmah di atas setiap perkara yang berlaku. Life must go on walau sesukar mana pun sesuatu situasi. Baca pasal kehidupan semasa Covid19 telah cukup mendebarkan. Bila  dibaca sekali bersama beberapa maklumat daripada eksatologi (kajian ilmu akhir zaman), memang akan jadi bertambah stress. Ditambah lagi dengan berita kematian saudara dan teman-teman. Kadang-kadang memang ada rasa nak duduk diam-diam tak nak buat apa-apa. Tapi nak tak nak kena teruskan juga kehidupan walaupun kadang-kadang ada rasa haishhhh caca merba nya hidup den nih hehehhehehehe.

Rasanya in sya Allah PKPB akan disambung lagi untuk Negeri Selangor berdasarkan peningkatan kes dalam minggu ini. Kalau ini berlaku, makanya memang akan ada jadual bagi bekerja di rumah. Den suka je kerja di rumah ni. Tahap peratusan berapa banyak kerja yang berjaya dilaksanakan bila duduk rumah tuh agak payah untuk dikekalkan prestasinya hehehhehehehe. Kalau kata Kerajaan, keroje la di rumah sampai hujung tahun pun, kita layankan aje ye sebab kami kakitangan gomen ni memang telah tertanam doktrin SYMP (saya yang menurut perintah).

Walaupun PKPB ke apa ke sebenarnya kerja ada je. Saban hari menerima whatsapp daripada boss tanya update pasal terma rujukan la, mesyuarat la, perbincangan la, etc hehehehehehehe. Den nih kan patut la tak pernahnya nak dapat Anugerah Pekerja Cemerlang ke apa sebab sokmo la terpleot bila buat kerja.

Semoga bulan November ini tiada langsung isu pencemaran air yang membawa kepada penutupan loji yang seterusnya memberi impak kepada ketiadaan bekalan air yang akhirnya menganggu gugat kesejahteraan kehidupan rakyat jelata yang memang telah sedia trauma akibat penularan wabak Covid19 yang sangat bermaharajalela sejak-sejak berakhirnya PRN Sabah hari tu.

Kesian sangat budak-budak sebenarnya bila PKPB, etc ni kan sebab mereka adalah sejenis makhluk yang suka bergelinjangan dan melompat di sana sini tapi disebabkan mereka terkurung di rumah je, mereka pun dah jadi blur. Sampai satu tahap akan jadi boring sangat nak main game, main kejar-kejar, tengok kartun, etc. Depa mengharapkan dapat menjejakkan kaki keluar rumah tapi itu la, selagi mana masih ada kes Covid19 ni, terpaksalah beradaptasi dengan keboringan daripada kompromi isu kesihatan dan keselamatan gitu.

Kalau nak diikutkan banyak perkara yang den boleh update di blog den ni ha kan lagi-lagi pasal kisah berjimbaan ke Kota Kinabalu dan Kundasang yang tidak lagi selesai huhuhuhuhu. Buku-buku yang den dah habis baca banyak yang tidak direview lagi tapi itu la kan, entah apa la yang diklebet dan dibuat sampai tidak terupdate blog ke, FB ke, IG ke huhuhuhuhuhu.

Semoga kehidupan kita semua di bulan November 2020 akan lebih dirahmati dan diberkati. Semoga kita sama-sama bertabah hati menempuh dugaan Covid19 ini. Jom kita usaha sama-sama untuk putuskan rantaian Covid19 nih ye.

Semoga November kita semua yang positif-positif aje.


6 Comments

  1. PKPB, kesian kat anak-anak, kesian kat mak-mak juga. Anak stress, mak pun stress. Haha. Harap Covid19 ni hilanglah selama-lamanya. Semoga semuanya baik-baik sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha fakta ini memang betul. Bila budak-budak stress mama pun tumpang ikut stress sekali hehehehehehe

      Delete
  2. Rasa benda yang sama sebab kes sekarang bukan 3 angka dah. Risau tu tahap tak boleh dibendung dah. Seremban pun dah PKPB macam selangor juga. Harap tak melarat di tempat lain. Kena duduk diam-diam je lah kat rumah nampaknya. Tumpang bersedih dan simpat juga dengan warga Selangor dengan masalah air lagi nak kena hadap. Ujian Allah. Semoga buat kita lagi sabar dan kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga fasa covid19 ni segera berlalu agar kehidupan kita semua dapat kembali ke jadual dan rutin biasa

      Delete
  3. angka makin hari makin merisaukan :/ kesian kat semua yang terjejas, lagi2 yg kena buang kerja.. entahlah bila covid nak habis, banyak benda tertangguh, banyak plan yg nak dibuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang macam dah kekal 4 angka pula ye. Adoi la. PKPB pun sambung sehingga 6 December 2020. 2020 definitely is a gone case altogether. Semoga semua rakyat Malaysia dan penduduk dunia dapat melalui dugaan Covid19 ini dengan tabah.

      Delete