Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Shah Alam sebenarnya ada banyak sangat hotel yang menarik yang boleh kita pilih untuk berehat bersama keluarga dan kawan-kawan. Den nak ceritakan pengalaman den bermalam di Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam baru-baru ini. Butik hotel yang menarik dengan lukisan mural yang pelbagai dan berwarna-warni.

Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam merupakan cawangan kelima dalam rangkaian Hotel De Art di Selangor yang mula beroperasi pada Januari 2019. Hotel De Art yang lain terletak di Seksyen 7, Seksyen 19, i-City dan USJ21.

Bila dah menginap satu malam di Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam, hati terasa macam nak kena tidur di 4 cawangan Hotel De Art sebab hotelnya memang awesome. Tiba-tiba terwujud bucketlist nak menginap di semua cawangan Hotel De Art hehehehhehehee.

Konsep Hotel Butik Berwarna Warni

In sya Allah korang tak akan terlepas pandang Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam sebab bangunan tuh sendiri dihiasi dengan lukisan mural yang sangat berwarna warni. Memang dari jauh dah boleh nampak.

Setiap Hotel De Art mempunyai konsep yang tersendiri. Hotel De Art Seksyen 9 membawa tema Hope & Imagination di mana setiap bilik dihiasi dengan hasil lukisan tangan yang berbeza-beza.

Terdapat 23 buah bilik di hotel butik ini dengan hiasan lukisan yang unik setiap satunya.  Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas mencukupi bagi memastikan kita dapat beristirehat di bilik tersebut dengan tenang. Terdapat 6 kategori bilik yang kita boleh pilih untuk bermalam yang harganya bermula dari RM88 hingga RM248 semalam:

Art Queen

Art Queen Deluxe

Art Queen Premier

Art Twin Deluxe

Art Triple

Art Family Deluxe

Art Queen Premier

Den menginap di bilik Art Queen Premier yang just nice untuk couple. Kalau ada dua orang anak macam den boleh je duduk bilik ni cuma nanti ada yang terjatuh katil sebab katilnya Queen dan budak-budak tidur lasak hehehehehe.

Bilik memang selesa, kemas dan bersih.

Ruang bilik sederhana besar. Kemudahan yang simple disediakan tetapi memadai.

Yang best walaupun hanya 1 katil Queen, disertakan sekali dengan 4 biji bantal yang empuk. Ini memang paling best untuk den sebab den memang suka banyak bantal hehehehee. Itu tidur nyenyak sangat pukul 10.30 pagi baru bangun.

Siaran televisyen pun menarik sebab ada 2 channels movie (ini penting untuk orang yang suka tengok movie macam den nih ha) dan 1 channel NatGeo di samping channels yang biasa.

Kemudahan untuk menggosok baju dan air panas serta sejuk disediakan di ruang guna sama.

Den sharekan juga gambar di dua bilik Art Queen Premier yang den sempat singgah ye. Memang brightful colours semua lukisannya. Memang menarik.

Ruang Cantik Untuk Bergambar

Dari luar hotel lagi dah memang berwarna-warni untuk bergambar.

Lobi pun banyak sangat ruang comel ceria untuk berposing sakan. Tinggal rajin tak rajin je la nak mengambil gambar ceritanya hehehehehe.

Jangan risau kena menapak naik tangga ye sebab hotel comel ni mempunyai lif.

Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam ni strategic sangat lokasinya sebab dikelilingi dengan KFC, kedai makan, farmasi, kedai serbaneka, kedai dobi, etc. Tidak sampai sepelaung kita boleh nampak Plaza Shah Alam. Nak shopping di situ boleh berjalan kaki je.

Ruang letak kereta khas untuk mereka yang bermalam di hotel ini ada 5 sahaja tapi ada tempat kereta awam yang tersedia di sekitar kawasan hotel.

Untuk maklumat lanjut tentang Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam termasuk tempahan, boleh layari dan hubungi:

Website: http://section9.hoteldeart.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/hoteldeart/

Instagram: https://www.instagram.com/hoteldeart

Email: info9@hoteldeart.com.my

Telefon: 03-58887890

Alamat: 9/G, 26, Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Lokasi: https://goo.gl/maps/fajpn4d6TeXYmpxA8

Cawangan Hotel De Art di Selangor

Den senaraikan di sini 4 cawangan Hotel De Art di Selangor untuk korang timbang tara bila korang nak pilih Hotel De Art yang mana yang paling korang berkenan untuk menginap okay.

Hotel De Art Seksyen 7, Shah Alam

Website: http://section7.hoteldeart.com.my/

Lokasi: https://goo.gl/maps/1CbghJ2URtm2UUk66

Hotel De Art Seksyen 19, Shah Alam

Website: http://section19.hoteldeart.com.my/

Lokasi: https://goo.gl/maps/VMZrzGtEKrzWTZ2H9

Hotel De Art iCity, Shah Alam

Website: http://icity.hoteldeart.com.my/

Lokasi: https://goo.gl/maps/BbgNuvwbCcBVtpvs5

Hotel De Art USJ21

Website: http://usj21.hoteldeart.com.my/

Lokasi: https://goo.gl/maps/cmMuzXXMmcW8wA5t9

Selamat bercuti dan berehat di Hotel De Art yang memang cantik dan berwarna warni dengan pelbagai tema ni ye. In sya Allah memang kalau tengah jiwa kacau pun akan terjadi tenang dan ceria bila menginap dekat mana-mana cawangan Hotel De Art ni.

Nanti in sya Allah den nak menginap di Hotel De Art Seksyen 19 di bilik yang ada tema Harry Potter tuh. Jommmm Potterhead semua.

2 Comments

  1. Salam kenal & salam ziarah puan blog :)

    Menarik dan berwarna-warni hotel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan. Ha memang menarik sebab colourful sangat hotel ni:)

      Delete