Jalan-Jalan di Jambatan Gantung Tamparuli Sabah 2020
Kata ketua kumpulan sesi
berjimbaan ke Kota Kinabalu dan Kundasang, kami akan singgah untuk menyusuri
Jambatan Gantung Tamparuli sambil mengambil gambar ria di dalam perjalanan
hendak ke Kundasang. Jadinya sebagai comrade yang taat setia, den dan Atiqah setuju
sahaja sebab memang dari awal Bismillah merancang hendak ke Kota Kinabalu dan
Kundasang, Kak Noris yang sediakan itinerari. Rajin sangat minah seorang ni. Den
yang dah tentu-tentu malas ni, bagi sokongan padu kepada setiap agenda kakak
yang seorang ini.
Jambatan Gantung Tamparuli yang asal dibina oleh seorang Jurutera British pada tahun 1930an. Ada cerita di sebalik jambatan asal ni. Korang kena cari sendiri ye. Jambatan Gantung Tamparuli sedia ada sekarang adalah jambatan yang telah diberi nafas baru dan dinobatkan sebagai Ikon Pelancongan bermula dari 1 September 2019.
Tempat meletakkan kenderaan di seberang jalan dari Jambatan Gantung Tamparuli ini terhad ye tapi masa kami sampai hanya ada 2,3 buah kenderaan jadinya memang rezeki kami nak bergambar sakan di Jambatan Gantung Tamparuli ni.
Masa kami sampai di sini hujan renyai-renyai tetapi misi bergambar di Jambatan Gantung Tamparuli tetap diteruskan sebab tak pasti bila lagi ada rezeki nak sampai ke sini kan. Air Sungai Kiulu pun nampak tinggi dari atas jambatan sebab hujan. Berdebar tengok kenderaan yang lalu lalang di jambatan di sebelah bawah tuh sebab paras air sungai yang nampak tinggi.
Siapa yang memang kaki bergambar, Jambatan Gantung Tamparuli akan memberikan gambar yang cantik sebab ada pokok yang rendang menaungi permulaan jambatan dan tiang berwarna kuning terang. Kombinasi warna jambatan kayu + warna tiang kuning + warna pokok hijau memang sangat menarik untuk bidikan lensa kamera. Cumanya nak kena bersabar untuk pastikan tiada orang di jambatan masa hendak bergambar kerana jambatan ini memang merupakan laluan penduduk tempatan.
Seiring dengan penjenamaan semula Jambatan Gantung Tamparuli sebagai Ikon Pelancongan, sukarelawan Persatuan Seni Budaya Tuaran diberikan kepercayaan bagi mempromosikan pelancongan di kawasan Jambatan Gantung Tamparuli dengan sokongan daripada Sabah Tourism Board dan Persatuan Pelancongan Kiulu.
Sebenarnya kita boleh memakai baju kebudayaan yang disediakan di tapak Jambatan Gantung Tamparuli tetapi kami lebih teruja nak menari tarian kebudayaan diiringi dengan alunan muzik daripada buluh dan gamelan bersama adik-adik manis hehehhheheehe. Adik-adik manis dah tentunya lemah lembut gemalai rentak tarinya. Den yang memang ala-ala spesies dinosaur ni jelas kelihatan keras ketungnya tapi yang penting kita enjoy gitu ye hehehehehehe.
Selepas menari dan mengambil gambar bersama adik-adik manis dan anak-anak ikan, jangan lupa ye masukkan sedikit sumbangan ke dalam donation box yang disediakan sebagai penghargaan kepada sukarelawan yang sudi melayan soalan-soalan makcik-makcik nih ha.
Kalau hendak datang bergambar di Jambatan Gantung Tamparuli ni, seeloknya dari 7 pagi hingga 5 petang ye.
Lokasinya di sini ye Jalan Bontoi, Tamparuli, 89250 Tamparuli, Sabah
4 Comments
Memang cantik kalau ambil gambar kat sini. Seronok tu naik jambatan gantung bawah sungai. Tapi takut gayat dan seram juga tengok bawah air sungai banyak tu.
ReplyDeleteHa memang berdebar-debar tengok air sungai tuh. Kalau baca kisah di sini katanya memang pernah ada kereta hanyut di bawa arus
Deleteair sungaiii tu wow sangat.. semeriah teh tarik hehehe..
ReplyDeletedulu saya p umur saya 11 tahun.. tapi tak singgah sini sbb ujan rasanya..
Nanti kalau nak menginap di UMEA Glam boleh singgah ambil gambar sekejap di sini.
Delete