Tapak Ramsar - Jambatan Gantung Tamparuli - Pekan Nabalu - Kundasang - Sayap Ayam Madu Wak Ali - Sabah Tea Plantation - UMEA Glam Kundasang

Kisah sesi berjimbaan tiga orang geng mengaji ni ke Kota Kinabalu dan Kundasang berlangsung 4 hari 3 malam pada 10-13 Januari 2020. Yang tragisnya selepas satu Negara PKP pada bulan Mac dan Selangor PKPB pada pertengahan Oktober, kisah berjimbaan sakan ini tidak siap-siap juga. Memang tragis sungguh.

Boleh juga dikatakan kekerapan den mengupdate blog turut PKP bersama tuannya yang kengerian sungguh tahap kemalasannya itu.

In sya Allah den akan cuba habiskan cerita berjimbaan 4 Hari 3 Malam ni sebelum berakhir Oktober 2020 ni ye bagi meminimakan kisah Tragedi Oktober yang telah berlaku sepanjang Oktober ni ye.

Hari kedua sesi berjimbaan kami dimulakan dengan check out dari Hotel Gaia 95 selepas Subuh. Kami terus je breakfast soto di kedai makan yang terletak berhadapan dengan hotel (terlupa sudah hotel tuh nama apa huhuhuhuhu. Ini la akibatnya bila 10 bulan selepas kejadian berlalu baru nak cerita hehehehehe).

Tema baju hari kedua adalah biru.

Lepas breakfast kami terus bergerak ke Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site yang terletak 3 km dari bandar Kota Kinabalu (lebih kurang 6 minit je naik kereta). Kitaorang habiskan masa lebih kurang 1 jam di sini sebelum bergerak ke Jambatan Gantung Tamparuli.

Dalam 1 jam juga nak menyampaikan ke Jambatan Gantung Tamparuli tuh. Dekat sini kitaorang spent dalam 20 minit mengambil gambar sambil menari bersama adik-adik manis yang bertugas di situ.

Perjalanan diteruskan ke Pekan Nabalu dalam 60 km yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit sebab perlu memandu berhati-hati dalam keadaan kabus yang boleh tahan tebal (langsung teringat movie The Fog – movie yang gagal walaupun Tom Welling, hero Smallville berlakon) dengan hujan renyai-renyai lagi.

Kitaorang sempat mengambil gambar sekupang dua bila berhenti untuk ke toilet. Tujuan asal ke tandas tak sampai 5 minit, sesi mengambil gambar yang sampai 15 minit hehehehehehehe.

Sampai di Pekan Nabalu survey souvenirs dan sempat shopping baju kelawar. Singgah di pasar beli buah-buahan untuk makan di UMEA Glam nanti. Siap beli beras wangi (padi huma) lagi. Disebabkan Kak Noris kata beras wangi Kundasang memang special, den pun ikut beli sekali. Pengaruh rakan sebaya sungguh ni.

Den cadangkan kepada sesiapa yang singgah di Pekan Nabalu (lokasinya sebelah kiri jalan kalau kita dari Kota Kinabalu, jadinya senang kita tak perlu melintas), terus je beli semua souvenirs di sini sebab harga yang memang okay. Boleh je nak beli masa balik dari Kundasang menghala ke Kota Kinabalu cuma kena berhati-hati bila keretanya nak melintas sebab jalannya berliku dan agak berkabus. Sedikit bahaya di situ.

Selesai membeli belah di Pekan Nabalu kitaorang drive dalam 30 minit untuk makan Sayap Ayam Madu Wak Ali. Memang makan bersungguh-sungguh sebab kelaparan sangat ni. Nanti den share gambar kemudian ye.

Perjalanan yang mencabar adalah dari Kundasang nak ke Sabah Tea Plantation di Ranau. Jaraknya dalam 34 km je tapi disebabkan jalan agak penuh berliku ditambah dengan kabus menyebabkan masa yang diambil dalam 1 jam (termasuk la ikut google map yang bagi jalan yang entah apa-apa hehehehehee).

Sempat kitaorang singgah solat di masjid apa langsung la den tak ingat sudah huhuhuhuhu (collateral damage bila 10 bulan berlalu engkau baru nak bercerita. Udah la memang malas nak mengambil nota kan. Makanya padan la muka ye).

Dalam 1 jam lebih juga kitaorang bergambar ria di Sabah Tea Plantation ni siap shopping teh Sabah dengan jayanya dan minum petang sekali. Seronok kalau boleh spend lebih banyak masa tapi disebabkan kami nak mengejarkan nak check in di UMEA Glam Kundasang sebelum gelap dengan tak tau jalan bagai makanya tak boleh la berlama-lamaan di sini.

Dari Sabah Tea Plantation ke UMEA Glam Kundasang mengambil masa 1 jam.

Alhamdulillah kitaorang berjaya check in di UMEA Glam Kundasang just nice sebelum gelap. Kalau tidak memang mampuih ada harapan tak jumpa jalan nak masuk ke UMEA Glam tuh sebab ianya melalukan kawasan tepi golf resort, ala-ala hutan sekunder yang tidak mengerikan bila waktu siang tapi bila waktu malam memang agak ngeri sebab kalau takde momok pun, kemungkinan kita akan jatuh tergolek sebab tersadung akar pokok tuh adalah sangat tinggi.

So itu cerita kami pada hari kedua sesi berjimbaan ke Kota Kinabalu dan Kundasang. In sya Allah nanti den cerita pasal setiap tempat yang kitaorang pergi tuh dalam entry yang akan datang ye.

4 Comments

  1. Salam ziarah & salam kenal :)

    Seronoknya road trip di Sabah. Banyak tempat menarik & pemandangan cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ha Sabah memang salah satu destinasi pelancongan yang best kat Malaysia ni. Harus diulang pergi bila ada kesempatan perasaannya

      Delete
  2. tempat menginap tuuuu antara dalam wishlist saya !! cantiknyaa..
    nanti plan nak bawa mak kesana tidur situ hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....tunggu nanti KSarie update pasal Umea Glam yang entah bila tuh ye hehehehehehe. In sya Allah memang berbaloi menginap di sini

      Delete