Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak rasa macam nak disconnect from everything and just sleep or watching KDramas all day long? Den selalu je rasa macam ni tapi tuh la berdasarkan realiti dan hakikat sebenar kehidupan memang tak dapat la nak buat macam ni kan sebab ada banyak tanggungjawab duniawi lagi-lagi untuk kemandirian hidup yang nak tak nak kena buat juga.

Jadinya macam mana pun selagi hayat dikandung badan, kita seharusnya sedaya upaya try our best to appreciate the journey sebab seperti kata buku yang den baru je habis baca ‘happiness is the lifelong journey not the destination’.

In sya Allah bulan September akan dimulakan dengan kerja di luar kawasan untuk 4 hari bermula esok.

Seterusnya den looking forward untuk aktiviti bersama team kecil den di ofis (6 orang je kami 1 pasukan). I am thinking of makan-makan yang akan diakhiri dengan kareografi karaoke lagu Blank Pink tapi depa dah merancang nak tengok keindahan alam pula. Jadinya kita ikut suara majority ye. Fefeling ala-ala nak menggeletis macam ulat nangka masa nyanyi lagu Kill This Love terpaksa ditunda ke satu masa yang lebih sesuai hehehehhehee.

After that in sya Allah den look forward for a short trip sesi berjimbaan bersama the ahjumma from the apartments hehehehehhe.  

Banyak pula program berjimbaan bulan September nih ye. In sya Allah harapnya semua dapat terlaksana seperti perancangan.

In sya Allah bulan September ni rasanya macam ada harapan untuk kembali membaca buku sebab walaupun demam KDrama masih ada, dah jumpa sedikit jalan pulang untuk kembali ke hobi pertama den iaitu membaca. Harapnya ada rezeki untuk baca lebih banyak buku untuk 4 bulan terakhir di 2020 ni setelah sakan khatam 38 buah KDrama dalam tempoh 6 bulan hehehehhehee. Berhantu kubur sungguh KDrama ni kan?

Ada banyak perkara duniawi yang den nak kena selesaikan bulan September ni lagi-lagi dalam usaha nak menyediakan persekitaran yang kondusif (ayat gomen habis ni) for my small family including my father and mother in law. Hal-hal berkaitan rumah ni tak pernahnya simple walaupun kita cuba sedaya upaya meringkaskannya. Semoga ada sinar harapan perkara ini dapat diselesaikan dengan sesecepat mungkin agar semua urusan dapat dipermudahkan sebaiknya.

Lets hope September will be fantastic and fascinating.

0 Comments