Jalan-Jalan Pulau Jerejak 2020
Hasrat hendak
menjejakkan kaki ke Pulau Jerejak adalah sebab utama den dan member ofis
lajakkan 2 hari di Georgetown selepas tamat aktiviti lawatan teknikal. Ini
adalah sebab utamanya sebab memandangkan Pulau Jerejak sepintas lalu hanyalah
tempat untuk OOTD, memang la tak sesuai untuk den bawa kiddos ke sini sebab
diaorang pastinya akan bosan gila lalu mungkin merosakkan agenda untuk bergambar
ria di sini hehehehehe. Tempat macam ini untuk den hanya sesuai untuk
berjalan-jalan dengan kawan-kawan sebab tiada aktiviti menarik yang boleh
menarik perhatian anak-anak den yang berumur 6 dan 10 tahun tuh.
Den kongsikan
beberapa keping gambar kitaorang yang tidak mengambilkira kedudukan cahaya
matahari, mata terpejam ke tidak, etc untuk kenangan.
Kalau sebut Pulau Jerejak, perkara pertama yang terbayang di minda kebanyakan orang adalah pulau yang pernah menjadi penjara pada pesalah suatu ketika dulu. Den tak pernah tahu pun Pulau Jerejak pernah menjadi penempatan kepada pesakit kusta.
Waktu Perjalanan Feri ke Pulau Jerejak
Berdasarkan jadual perjalanan feri yang boleh dilihat di , perjalanan feri ke Pulau Jerejak dari Jeti Jerejak Resort, Bayan Lepas bermula seawal 6.30 pagi. Kekerapan feri adalah 1 jam sekali. Setiap perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke Jeti Pulau Jerejak. Feri terakhir dari Pulau Jerejak untuk ke Jeti Jerejak Resort, Bayan Lepas adalah pukul 11.30 malam.
Untuk jadual perjalanan feri ke Pulau Jerejak yang terkini, boleh tengok kemaskini yang terdapat di website ye.
Bila sampai di Pulau Jerejak terus ke kaunter tiket yang ada untuk booking terus tiket balik ke Jeti Jerejak Resort untuk pastikan feri yang korang dah target untuk balik tidak penuh. Kalau tak booking pun takpe je kalau orang tak ramai.
Harga Tiket Feri
Tiket feri ke Pulau Jerejak bagi perjalanan dua hala boleh dibeli di kaunter atau online tapi den cadangkan beli online sebab korang boleh pilih terus tiket untuk waktu yang korang hendak (mengelakkan tiket waktu yang korang dambakan habis) dan kadang-kadang sistem tiket di kaunter down yang mana menyebabkan akhirnya korang beli secara online juga akhirnya.
Harga tiket bot adalah RM20 seorang bagi perjalanan pergi balik ke Pulau Jerejak. Boleh beli tiket online ke Pulau Jerejak di http://jerejak.trip4asia.com
Kalau beli tiket di kaunter harganya RM22 seorang
Berapa Masa Diperlukan Untuk OOTD Sahaja
Ada lebih kurang 15 tempat menarik yang korang OOTD di sini. Ada tempat yang memang kena beratur panjang macam tangga putih menuju ke langit dan pintu di hujung tangga. Kalau ramai pengunjung memang lagi lama korang kena beratur untuk bergambar.
Walaupun kitaorang datang ke Pulau Jerejak ni pada hari Sabtu, disebabkan den dan member den bergambar ala kadar je, kitaorang tak pergi di semua tempat untuk OOTD dan setiap tempat kitaorang ambil gambar 2,3 keping tak sampai 5 minit pun setiap sorang, makanya 2 jam adalah masa yang mencukupi untuk kitaorang berposing di sini.
Kalau korang adalah spesies yang setiap tempat perlu ambil lebih 10 keping gambar, makanya lagi lama la korang kena bertapa di sini ye.
Den kongsikan
beberapa keping gambar kitaorang yang tidak mengambilkira kedudukan cahaya
matahari, mata terpejam ke tidak, etc untuk kenangan.

Super love this photo

0 Comments