BookXcess Menderma 13,000 Buku Kepada Golongan Yang Memerlukan Bersempena Ulang Tahunnya Yang Ke-13
BookXcess mengukuhkan posisinya dalam landskap
pembacaan di Malaysia melalui kempen CSR. Bersempena ulang tahun ke-13 dan
sambutan hari Merdeka dan Hari Malaysia, BookXcess - kedai buku alternatif yang
terkemuka di Malaysia, melancarkan sebuah kempen bersama tiga organisasi bukan
kerajaan (NGO) dibawah cabang Tanggungjawab SosialmKorporat (CSR), Red
Readerhood, dari 18 Ogos 2020 hingga ke 18 November 2020.
Kempen CSR ini bertujuan untuk mengumpul dan
menderma 13,000 buah buku Bahasa Inggeris baharu kepadagolongan yang memerlukan
dalam usaha untuk memberikan kemudahan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
13,000 buah buku tersebut akan didermakan secara
sama rata kepada tiga NGO yang bekerjasamam dalam kempen ini. NGO tersebut
adalah:
1. The Book Effect - sebuah projek yang dikendalikan
oleh Friends to Mankind;
2. SOLS 24/7 - organisasi kemanusiaan terkemuka
yang diasaskan oleh RajRidvan Singh; dan
3. Buku Jalanan Chow Kit - sebuah organisasi yang
membantu kanak-kanak di kawasan Chow Kit untuk membebaskan diri mereka daripada
kitaran kemiskinan.
“Ulang tahun ke-13 kami ini menandakan satu
pencapaian yang bermakna buat kami, dan sebagai jenama Malaysia yang percaya
bahawa kita perlu mewujudkan akses kepada pengetahuan untuk semua orang, kami
ingin merainya dengan membantu golongan yang memerlukan melalui kolaborasi yang
strategik dengan tiga NGO terkenal ini. Bersesuaian dengan semangat Hari
Merdeka dan Hari Malaysia, kami berharap kempen ini akan membantu membuka
lembaran baharu untuk para pembaca di Malaysia dengan meneruskan usaha untuk
membantu Malaysia menjadi Negara Pembaca walaupun ketika dilanda pandemik,”
kata Andrew Yap, Pengasas Bersama BookXcess Sdn Bhd.
“Akses kepada pengetahuan akan mencetuskan semangat
dalam hati dan minda dalam kalangan yang memerlukan dan kami ingin membantu
membina generasi baharu yang terdiri daripada golongan intelek yang akan
mengambil alih tanggungjawab membina negara dan masyarakat yang lebih baik di
masa hadapan,” tambah beliau.
“Di BookXcess, misi kami adalah untuk menjadikan
buku mudah dimiliki oleh orang ramai, menyebarkan kegembiraan membaca dan
meningkatkan literasi Bahasa Inggeris di Malaysia. Red Readerhood percaya
bahawa semua orang tanpa mengira status patut mempunyai akses untuk memperoleh
pengetahuan melalui membaca. Melalui Red Readerhood, buku-buku Bahasa Inggeris baharu
dikumpul dan didermakan kepada golongan yang memerlukan melalui organisasi
tempatan untuk menyokong objektif mereka. Dengan semua teknologi yang wujud
dalam dunia hari ini, orang ramai sering melupakan nilai sebuah buku yang baik
dan kemajuan yang telah dicetuskan oleh literasi di dunia ini,” kata Jacqueline
Ng, Pengasas Bersama BookXcess Sdn. Bhd.
Sepanjang kempen lima bulan ini, orang ramai boleh
menyertai BookXcess dengan mendermakan buku-buku baharu yang dibeli dari kedai
fizikal BookXcess di seluruh negara. BookXcess akan menandingi setiap sumbangan
yang dibuat oleh pelanggan untuk mencapai sasaran 13,000 buku.
Untuk mengambil bahagian dalam kempan CSR ini,
pelanggan boleh melawat salah satu daripada 9 cawangan BookXcess.
Selain daripada kempen CSR ini, BookXcess juga
memberikan pelbagai tawaran menarik di kedai online dan kedai fizikalnya.
Tawaran online termasuklah buku-buku yang dijual pada harga RM13, RM1.30 dan
diskaun tambahan sebanyak 13% setiap hari. Pelanggan yang membelanjakan
sejumlah RM130 akan menerima sebuah beg tote, dan ahli BookXcess yang membuat
pembelian minimum sebanyak RM200 akan menerima diskaun sebanyak 13% untuk
pembelian seterusnya.
Untuk kedai fizikalnya, pelanggan boleh pergi ke
mana-mana cawangan BookXcess di seluruh negara bagi menikmati tawaran di Lucky
Corner – di mana buku dijual pada harga RM13; mendapatkan keahlian BookXcess
percuma dengan setiap pembelian melebihi RM13 - berbanding jumlah minimum biasa
iaitu sebanyak RM100; menikmati diskaun tambahan 13% dengan pembelian minimum
RM60; menerima rebat RM13 untuk pembelian seterusnya dengan pembelian minimum RM100;
dan membawa pulang beg tote edisi khas ulang tahun ke-13 BookXcess dengan
pembelian minimum RM130 untuk ahli dan RM150 untuk bukan ahli. Tawaran di kedai
fizikal ini sah dari 8 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Untuk memeriahkan lagi sambutan ini, para peminat
buku boleh mengambil bahagian dalam peraduan #BookXcess13Years dari 8 Ogos 2020
hingga 31 Ogos 2020 dan berpeluang memenangi sebuah rak buku yang berisi penuh
dengan buku dari BookXcess. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi yang
dijalankan dan butir-butir mengenai peraduan tersebut, boleh layari:
Facebook: https://www.facebook.com/BookXcess/
Instagram: https://www.instagram.com/bookxcess
Laman web: https://www.bookxcess.com/
Tanda
pagar: #BookXcess
0 Comments