Among the best sageuk/period/historical drama ever.

Drama konflik persahabatan dan perjuangan antara Seo Hwi (Yang Se-jong) dan Nam Seon-ho (Woo Do-hwan) berlatar belakangkan era zaman penghujung Dinasti Goryeo dan awal Dinasti Joseon.

Opening scene dalam episod pertama dah merobek hati dan menjeruk rasa. 

Setiap episod memang kalau tak ada scene yang bagi goosebumps, mesti ada scene yang bisa mengundang sebak atau scene yang penuh berdarah-darah.

Drama sebegini yang bertemakan perjuangan nak menegakkan keadilan, berebut takhta, rampasan kuasa, etc memang tak ada happy ending sebab pengorbanan berdasarkan prinsip the greater good cause diperlukan untuk membangunkan semula negara. 

9 sebab kenapa kena tengok KDrama My Country: The New Age.

1) 1 name that make this drama worth watching - Jang Hyuk.

This drama had me at Jang Hyuk.

Walaupun dia bukan main lead dalam drama ni tapi he stole every scenes from the others even the heroes. Dia mula muncul di akhir episod 3.

Another oppa who definitely oozes aura whenever he appears on screen.

Jang Hyuk sebagai Yi Bang Won memang akan melekat dalam minda sebagai one of the legendary character. Definitely not the hero but I am not sure either he is a villain. Dalam misi dia nak mewujudkan 'a country for the abandoned', he end up with the most heartbreak and blood.

"I will shake hands with the devil if I must to stop it. History will write my name in blood but I don't care. This country is everything to me. I will gladly endure a bloodbath if it is necessary to solidify the foundation of this kingdom so that it can thrive for the next 1000 years". Meremang bulu roma wehhh.
Hello oppa
Jang Hyuk, every time he appears on screen - hati berbunga-bunga already

Jang Hyuk, whenever he talks about the country and the people, revolution, etc - oh my heart

Jang Hyuk in all fighting scenes walaupun over the top sangat bila dia memanah sambil naik kuda tuh ha - jiwa kacau

Jang Hyuk with the fan flipping stuff thingy - ovari meletup gitu. Never thought fan flipping could be so manly, sexy and dangerous

Nanti tengok kompilasi yang dibuat di youtube oleh BaayEenhoorn di https://youtu.be/5emLoj5tJio (den share dalam post ni).

Video clip ni yang sebenarnya menyebabkan den tengok KDrama yang 1 ini.
Yi Bang Won paling kesian sebenarnya dalam drama ni. Kalau korang tengok ending drama ni korang akan mengerti apa yang den cakap.

*Dalam sejarah, Yi Bang Won adalah King Taejong yang merupakan King ketiga dalam Dinasti Joseon dan merupakan bapa kepada King Sejong The Great (King yang mencipta abjad Korea iaitu Hangul).

2) Jalan cerita mantap

Setiap episod tak boring.

Kasih sayang antara ayah dan anak yang kompleks dan tragik (I love you but I have to appear hating you so you'll be safe and succeed more kind of way)

True friendship and bromance

Pengorbanan dan perjuangan yang tidak dapat dielakkan

Misunderstanding sebab nak selamatkan nyawa

Tikam belakang sambil tersenyum-senyum

Sidekicks yang kelakar tapi hebat berlawan yang semangat setiakawannya sangat tinggi

3) The two heroes/main leads
 
Walaupun Seo Hwi nampak macam yang paling kesian sebab anak yatim piatu dari kecil, orang susah dan terpaksa berperang bagai tapi sebenarnya Nam Seon-ho yang paling tragis life nya.
Seo Hwi dan Seon-ho
Tidak disayangi dari kecil sampai la ke akhirnya oleh ayahnya sebab anak luar nikah, emaknya yang low born bunuh diri untuk bagi kehidupan lebih baik kepada dia, selalu dicemuh sebab background dia walaupun berhempas pulas buat yang terbaik, tindakannya selalu disalaherti oleh Seo Hwi walaupun banyak kali kot dia selamatkan nyawa Seo Hwi, cinta tidak berbalas, tiada kawan, etc.

Seo Hwi disayangi ayahnya dan adiknya, ada makwe cantik, ada kawan-kawan, etc.
Nam Seon-ho sebenarnya yang paling terseksa dan banyak berkorban dalam drama ni selepas Yi Bang Won.

Even masa Yeon mati, Seon-ho nampak lagi sedih dan patah hati gila babeng daripada Hwi walaupun Yeon adik Hwi. 

"I lost someone. The person who liked me and trusted me."

Kesian wehhh mamat ni. 

Woo Do-hwan ni walaupun kategori muka jambu tapi mantop sebagai Nam Seon-ho. Dah banyak movie dan drama juga rupanya mamat ni berlakon.

Given time and opportunities, these two anak ikan (dua-dua umur 27 tahun dan sedang dalam military enlistment sekarang) will be the heroes to look forward to in the future.

4) Superb actions and fightings

Aksi perang, berlawan pedang, aktiviti memanah, etc yang bukan over the top (takde aksi terbang-terbang dari pokok bagai) tapi awesome.

The fighting scenes memang thumbs up baik adegan di rumah judi haram, di hutan, di rumah hiburan, di kedai makan, di tepi kedai, di dalam pondok, di bawah pintu gerbang istana, di perkarangan istana, etc.

Jang Hyuk berlawan pedang sebelah tangan je dan guna kipas tangan lawan dengan askar berpedang memang bisa bikin hatinya bergetar.

Heroes dan sidekicks nya pun cemerlang sungguh berlawan pedang.

Skillfull swordsmen memang sexy eh😅

5) Cinematography molek sangat

Pemandangan cantik-cantik sungguh dalam drama ni. Scene berlatih pedang di puncak gunung, berlawan memanah di celah batang pokok-pokok hutan, fighting scene di antara kain sutera berwarna-warni yang disidai, sky lantern scene, titian atas tasik, laluan kuda masa nak bertempur, etc memang cantik untuk posing OOTD

6) Supporting casts yang kadang-kadang overshadow the main leads

The King memang dah in his own league. Walaupun udah tua tapi strategic thinking dan karismanya tidak dapat disangkal. 

2 orang kanan kepada the two main leads yang tanpa diaorang kedua-dua orang heroes tuh dah lama mati samada kena bunuh atau mati beragan sebab patah hati, takde semangat hidup nak berjuang.

Park Chi-do, ketua Black Snake Unit orang kanan Seo Hwi.

Hwang Sung-rok, bekas tentera orang kanan Seon-ho.

Kedua-duanya memang hebat banget berlawan pedang.

Even Menteri Nam Jeon yang asyik plotting untuk merampas kuasa pun boleh buatkan kita rasa tindakan dia kadang kala macam ada asasnya sebab dia cakap 'I wish for the nation to be govern by its subject (the people), not the King'.

7) Dialog/skrip puitis, berseni dan simbolik

Di era ramai orang terjebak dengan ayat wechat, its refreshing and touching to hear unique and symbolic dialogs throughout the 16 episodes of the drama especially when the King had the audience with Yi Bang Won and other princes.

"A nation may be built with a sharp sword but it cannot be ruled with one"

"When a dragon and tiger fights, a wolf waits for it to ends. Getting involved or taking a side would lead to its dead"

"Money makes one seek booze and being intoxicated by power makes one dance"
"A lotus stays clean even in the mud because it doesn't lose its dignity"

"Dance with your sword. Soar freely like a bird"

"Tragedy begins with the greed up top and ends with the bloodshed at the bottom"

Banyak dialog yang bisa membakar semangat lagi-lagi bila membicarakan tentang the nation and its people.

8) Bromance at its best

Banyak bromance scenes yang menyentuh hati.

Walaupun ramai yang suka dengan bromance antara Seo Hwi dan Seon-ho, den lebih berkenan dengan bromance antara Bang Won dan Seo Hwi. 

Bromance antara 4 sekawan pun menarik. Walaupun selalu bertekak tapi always have each other's back.

9) On point OST

Mungkin sebab dah lama den tak tengok sageuk drama yang ada battle bagai tapi banyak fighting scenes nya lagu OST nya mengingatkan den pada movie Braveheart (epic OST this one).

OST masa sedih-sedih dan romance pun touching sangat.

Walaupun ada scenes macam tak logik akal lagi-lagi 2 heroes tak mati-mati walaupun ditikam dengan pedang sampai tembus ke belakang, dipanah di dada, kena tikam dengan pisau beracun, etc tapi helok je bangun boleh berlawan dengan 20 orang lagi sekaligus, My Country: The New Age adalah drama sageuk yang kedua terbaik selepas another period drama yang den suka banget iaitu Deep Rooted Tree, 2011 (drama ni buat den kenal Jang Hyuk buat pertama kali).

Deep Rooted Tree so far untuk den is the sageuk drama to beat. Drama perjuangan penuh berliku King Sejong mencipta abjad Korea iaitu Hangul yang lagi heavy, deep, penuh pancaroba, menuntut pengorbanan tinggi dan menyayat hati. Drama wajib tengok ni.

My Country: The New Age adalah antara drama yang akan melekat di dalam minda dan hati like for a very long time.

Nak tengok drama ringan-ringan plak lepas ni sebab penat sakit jantung dan patah hati tengok My Country: The New Age ni yang penuh tragedi berdarah dan kematian ni.

2 Comments

  1. JangHyuk ni mukaaa dia gitu je kalo blakon hahaha.. blakon la citer apa pun facial expression dia sentiasa sama. handsome !!

    eeh ada DoHwan la.. hensem jugak !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur macam ksarie ni memang la minat heroes yang 40an cam Jang Hyuk nih ha heheheheheh tapi drama ni memang berbaloi untuk ditengok

      Delete