Assalamualaikum

Semua dah mula kerja penuh ke tuh? Setakat entry ni ditulis, den masih bekerja 3 hari di ofis dan 2 hari dari rumah. Rasanya akan mula kerja macam biasa 5 hari seminggu tak lama lagi ni sebab sekolah untuk darjah 1- 4 pun akan mula buka pada 22 Julai 2020.

My first baby will turn 10 tomorrow. How time flies. Seperti biasa takde celebration apa pun sebab mama dia memang tidak kerajinan nak buat apa-apa pun.

Setengah tahun 2020 dah berlalu sekejap je.  Tahun yang memang termaktub dalam sejarah dunia sebab almost satu dunia terkesima akibat penangan Covid19. Lets hope for the better remaining year from July onwards.

Julai nih jadual den simple je. Nak mulakan semula aktiviti-aktiviti yang den dah biasa buat tapi ikut tergendala apabila Covid19 melanda. Sebenarnya takde la berkaitan rapat pun akibat Covid19 tapi den turut berhibernasi dengan sukarelanya. Yupp my own bad.

Aktiviti yang in the top of the list adalah mula membaca semula. Orang lain masa covid sakan membaca sebab kena duduk di rumah siap dah membaca melebihi sasaran yang ditetapkan, den sakan tak tau buat apa lalu membaca sekupang sahaja. Tragis sungguh.

Den mengharapkan juga blog ini akan dapat den update paling kurang 2 kali seminggu. Boleh je cari masa untuk update blog sebenarnya tapi disebabkan telah keterjebakan kronik dengan KDrama makanya terpleot la segalanya gitu.

In sya Allah semoga yang lebih positif dan happening dalam hidup kita Julai nih ye. Lets cherish July.

2 Comments