Ketika kita sudah memulakan kembali kehidupan bekerja seperti biasa selepas kelonggaran perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, jangan lupa untuk menjaga kesihatan diri bagi meningkatkan sistem imun badan kita.

Ini bermaksud makan makanan yang baik dan berkhasiat serta bersenam setiap minggu sama ada berjalan kaki, berjoging atau berbasikal namun kita harus memastikan mematuhi penjarakan sosial sebagai normal baharu.

Sekiranya berbasikal adalah pilihan anda, anda pasti mahu basikal lama atau basikal yang baru anda beli, mendapat penjagaan yang sesuai untuk memastikan ia berjalan lancar dan cekap. Ini sangat penting terutama bagi rantai basikal agar ia tahan lebih lama, jadi anda tidak perlu menukarnya sekerap yang mungkin.

Salah satu cara mudah untuk melakukannya yang hanya akan memakan masa kurang dari 10 minit adalah dengan menggunakan WD-40® Bike Chain Cleaner & Degreaser. Ia adalah penyelesaian larutan buih yang bertindak pantas melekap pada permukaan serta berfungsi dalam hanya beberapa saat.

Produk ini sangat bagus berfungsi untuk membersihkan minyak dan kotoran degil daripada rantai basikal, malah para atlet dan amatur begitu menyukainya.

Berikut adalah beberapa langkah ringkas mengenai cara penggunaan WD-40® Bike Chain Cleaner & Degreaser:

1. Goncangkan tin dengan baik, kemudian lepaskan penutupnya.

2. Arahkan ke rantai basikal anda dan semburkan dari kaset (kluster) rantai basikal. Semburkan semasa anda mengayuh basikal agar rantai bergerak, sehingga buih tersebut dapat melapisi seluruh rantai.

3. Setelah seluruh rantai dilapisi, letakkan tin ke bawah dan tunggu beberapa minit untuk membiarkan penyelesaiannya berjaya.

4. Dapatkan kain dan pegang bahagian rantai dengannya supaya boleh dilap secara lembut semasa anda menggunakan backpedal (mengayuh basikal secara terbalik). Semua sisa kotoran akan keluar dan melekat di kain tersebut.
Reka bentuk tin ini membolehkan penyemburan buih tepat ke arah rantai basikal. Apabila buih masuk, ia akan mendorong agen pembersih memasuki keseluruhan rantai basikal.

Jangan risau jika anda melihat buih berlebihan menitis ke bahagian lain di basikal anda. Penyelesaian ini tidak mengandungi pelarut sitrus atau asid yang boleh merosakkan basikal anda, jadi ia selamat untuk digunakan terhadap semua kemasan atau komponen basikal. 

Inilah produknya untuk anda miliki. Ia memudahkan anda bagi membersih dan menghilangkan kotoran minyak basikal anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai barisan produk WD-40®yang bersesuaian dengan kegunaan basikal anda ataupun peralatan sukan yang lain, boleh melayari https://wd40.asia/my


2 Comments

  1. benda yg wajib ada di rumah bagi melonggarkan engsel yg ketat n berkarat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha...rumah sarie pun ada produk WD-40 ni

      Delete