Antara KDrama yang masuk dalam senarai akan ditengok lebih daripada sekali sebab memang drama lain daripada yang lain, lebih realistik dan dekat dengan kehidupan rakyat marhaein yang menggabungkan tema komedi, kasih sayang keluarga, love story dan thriller di kawasan luar bandar.

20 episodes. Setiap episode 1 jam.

Review yang ada spoilers.

9 Sebab Kenapa Kena Tengok KDrama ni:

1. Jalan Cerita Yang Realistik

Selain daripada kisah pembunuh bersiri dan polis yang santai gila tuh, storyline lain dalam cerita ni memang kita boleh relate dengan kehidupan harian.

Memang bukan kisah hero yang handsome, kaya nak mati, nampak kejam tapi baik hati, CEO syarikat hebat di bandar metropolitan, heroin lemah lembut yang perlu dilindungi dan disayangi, cinta cliché disinari bulan dan bintang, etc. KDrama yang satu ni kisah hidup orang biasa-biasa.

KDrama yang akan buat korang berdebar-debar dan terpaut daripada episode pertama lagi. Hati den terpaut masa scene si Yong Sik belasah perompak bank dengan bekas bekal yang mak dia titipkan sampai patah gigi walaupun perompak tuh ada pistol. Mak si Yong Sik cakap kat pegawai polis “Kenapa perompak tuh biarkan dirinya kena belasah dengan budak sekolah menengah padahal dia kan ada pistol?” Serious lawak k.

Ada je la perkara yang macam tak beberapa logik macam santai betul polis dekat Balai Polis Ongsan tuh sampai boleh bantu keringkan cili kering dekat depan balai polis tapi boleh je la diabaikan kisah balai polis ni sebab drama ni bukan full thriller.

2. Kehidupan Ibu Tunggal

Kena bekerja keras nak besarkan anak. Kadang-kadang rasa nak give up sebab berlikunya perjalanan hidup tapi tetap cuba cari kekuatan untuk jalan terus. Dalam kebanyakan situasi terutamanya kalau nak bercinta balik, kena fikirkan kesan positif dan negative pada anak. Apa situasi pun, anak tetap perkara yang terutama di dalam hidup. Scenes Dongbaek dengan anaknya Pil Gu memang banyak boleh buat sebak-sebak tapi bila memang tragis habis bila Pil Gu ikut bapa dia ke Seoul sebab tak nak jadi beban pada emaknya.

Kita boleh tengok juga struggle Deok-soon, mak Yong Sik membesarkan si Yong Sik sepintas lalu sebagai ibu tunggal lepas ayah dia meninggal dunia.

3. Skrip Awesome dan Lawak

“I am a man with the drone”

“How can human beings beat a goblin”.

“Was that a declaration of war or a love confession”

“Lets go at the corner and kiss”

“Police officers also need to eat”

“I learned more about life at an arched than at an academy. I learned about operation, team spirit, money extortion and shame”

“Potong bawang putih waktu rehat tengahari bukan skop kerja pegawai polis”

Banyak lagi dialog yang best-best dalam drama ni. Korang kena tengok sendiri k.

4. Komedi yang Serious Awesome

Sesi siasatan nak cari pembunuh upahan si Joker pun boleh jadi kelakar bila si Yong Sik dan ketua balai dia menyiasat bersama. Siap terkujat sama-sama la. Masa ketua balai serious nak mati bercakap pasal si Joker, si Yong Sik sibuk tanya nak makan tengahari kat mana. Ketua balai dia ni memang macam confirm la dapat jadi polis bukan sebab exam polis sebab blur tahap langit ketujuh. Orang lain sepintas lalu dah tau si Yong Sik suka kat Dongbaek, dia dok merapu teka bukan-bukan.

Menaip nih pun den dah tergelak-gelak.  

Masa Yong Sik minta tolong Dongbaek datang rumah tolong dia basuh rambut pun memang kelakar habis.

Ongsan-Vengers ala-ala Avengers versi makcik bawang yang nampak kepoh tapi baik hati gitu. Dalam pada si Yong Sik dok menyembang dengan makcik-makcik ni untuk cari maklumat pasal pembunuh bersiri, The Joker, sempat lagi makcik-makcik tuh suapkan dia makanan sebab depa rapat.

Banyak scenes yang boleh mengundang gelak ketawa paling kurang tersenyum simpul jadinya den tak sarankan korang tengok cerita ni masa dalam mesyuarat yang boring gila kat ofis sebab takut masa semua orang serious berbincang pasal bajet ke KPI ke, korang tiba-tiba tergelak.

5. Kasih Sayang Ibu Bapa kepada Anak-Anak

Memang ada scenes yang boleh buat air mata menitik lagi-lagi kalau kita ni parents. Parents can never win against their children gitu ayatnya. Rasanya ramai kot yang boleh faham perasaan mak Yong Sik bila dia utarakan keresahan hati dia bila Yong Sik cakap dia suka dekat Dongbaek sebab katanya macam mana la dia nak biarkan Yong Sik besarkan anak orang lain.

Walaupun kejam tapi kita dapat tengok atas sebab sayangkan anak, si Dongbaek diletakkan di rumah anak yatim oleh emaknya sebab emaknya nak bagi makan kat dia pun tak lepas dan dia mengharapkan Dongbaek dapat future yang lebih baik.

Even bapa si Joker pun sayang kat anaknya sebab tuh sanggup mengaku dia yang membunuh.

6. Kasih Sayang Anak kepada Ibu Bapa

Pengorbanan Dongbaek kepada ibu yang abandon dia di rumah anak yatim. Pengorbanan yang bukan calang-calang.

Dongbaek berpisah dengan Yong Sik sebab Pil Gu rasa tersisih.

Pil Gu ikut bapanya sebab tak jadi bebanan kepada emaknya.

7. Sweet Love Story yet Realistic

Walaupun si Yong Sik tuh kadang-kadang perangainya tuh mengalahkan si Pil Gu tapi cinta dia pada Dongbaek tuh macam pemangkin, jadi pembakar semangat untuk Dongbaek menjadi lebih confident, membuka hati untuk percaya pada orang, etc.

Senang cerita, KDrama yang satu nih telah setkan benchmark yang tinggi untuk ciri-ciri seorang boyfriend hehehhhehee.

8. Life Lesson

Banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada drama ni.

Parents kena mendidik anak supaya tidak menjadi pembuli dan yang dibuli sebab kesannya boleh berpanjangan sehingga ke dewasa.

Kadang-kadang pengorbanan kita yang separuh mati tidak dihargai oleh orang yang disayangi macam Hyang Mi yang buat macam-macam untuk pastikan adik dia dapat kehidupan yang selesa di Copenhagen tapi adik dia tak peduli pun.

Perkahwinan dan mendidik anak memerlukan kerja keras yang berterusan.

Family kadang-kadang bukanlah blood related pun yang sanggup menyokong kita, welcome kita dalam hidup diaorang, etc.

Emak mertua jangan la campur tangan dalam kehidupan anak-anak. Contohnya mak si No Gyu Tae dan mak Jessica.

Life untuk rakyat marhaein memang struggling.  Banyak lagi life lesson daripada kdrama ni.

9. Gong Hyo Jin dan Kang Ha Neul

Biasanya kalau Gong Hyo Jin berlakon, jarang drama dan movie tuh tak best. Salah seorang pelakon versatile Korea yang memang awesome.

Den mula berkenan dekat Kang Ha Neul masa tengok movie Midnight Runners. Mamat ni senyuman dia macam megawatt smile Julia Robert. Dalam KDrama ni setiap kali ada scenes Yong Sik, korang akan rasa macam sinaran suria sedang menyinari alam sebab suasana ceria dan happy je hehehehhehee.

Semua pelakon lain pun best je dalam kdrama ni.

Selain daripada babak-babak yang boleh mengundang air mata, den kategorikan drama ni sebagai feel good drama yang boleh diulang tengok lagi-lagi scenes yang melibatkan si Yong Sik dan ketua balai tuh heehehhehe.

So masukkan drama ni sebagai salah satu drama wajib tengok k.

Selamat jatuh cinta dengan Kang Ha Neul kalau korang tak pernah tengok mamat ni berlakon.

2 Comments

  1. Tak tengok lagi drama ni. Diaorang ada menang Best Drama kan baru-baru ni. Takut bila dah start tengok nanti..tak leh berhenti lak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best cerita ni. Sure tak menyesal kalau tengok hehehehe. Ha depa ada menang banyak anugerah baru-baru ni

      Delete