Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Kuala Lumpur!
Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan
yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand
Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak
Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati
rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik
menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.
Di Kuala Lumpur, Pusat Jagaan Kasih Murni berganding bahu bersama
Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil
apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan
dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang
di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada
umum 24 jam.
Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai
stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan
aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.
Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan
hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya
adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah
makaroni!
Nur Maisarah Ahmad Jailani, Hamnee Binti Mod Zain, dan Asma Amirah
Binti Nazarudin turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak
sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.
Puan Hamnee dan Puan Asma |
Puan Nur Maisarah |
“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara
berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan
barangan yang diperlukan. Pusat Jagaan Kasih Murni telah banyak membantu
penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah
sumbangan ikhlas kami bertiga. Kami ingin berikan yang terbaik buat mereka.
Penggunaan santan, jagung manis, dan kacang panggang menjadikan penyediaan
makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Cheese Bolognese, Ayam Carbonara, Pulut
Kuning dengan Rendang Ayam, dan Kuih Seri Muka yang kami siapkan,” jelas Nur
Maisarah.
“Kami berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini
kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi
wabak Covid-19,” tambah beliau.
Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah
memperkenalkan Pusat Jagaan Kasih Murni kepada lebih ramai penduduk di sekitar
daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan
tersebut.
“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita
dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai
memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan
keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang.
Sukarelawan seperti Nur Maisarah, Hamnee dan Asma Amirah menyediakan hidangan
lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan
dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina
ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana
untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan
Kasih Murni, Pn Rohana.
“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada
yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada
yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan
berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang
meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan
mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak
lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa
menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai
semuanya,” tambah beliau.
Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan
sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di
lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.
“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas
Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar
lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil
apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan
masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini.
Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,”
ujar Daverre.
Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah
berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan
berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih
22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.
Jadi sebahagian daripada gerakan untuk
menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut
adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:
KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur
PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna,
Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan
TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot
4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman
KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf
Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala
Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan
Scotland, 10450 Penang
KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman
Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa
Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450
Sungai Siput, Seremban
JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15,
Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1,
Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No
22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat
Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu
Untuk maklumat lebih lanjut
mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my
0 Comments