Hello June
Assalamualaikum dan salam
sejahtera.
Diam tak diam dah hampir 3
bulan pelbagai urusan duniawi perlu beradaptasi disebabkan serangan Covid-19.
Bagi Malaysia yang memulakan PKP pada pertengahan March 2020 dan PKPB sehingga
9 Jun 2020 ini, banyak perkara yang telah ditempuhi dan semuanya cuba
menyesuaikan diri dengan norma baru bagi meminimakan risiko penularan Covid-19.
Macam mana dengan raya
korang? Raya den sekeluarga memang paling sempoi dalam sejarah. Tahun-tahun
sebelum ni pun memang dah sempoi dah tapi bila PKPB lagi bertambah sempoi.
Gambar raya pun sekupang je ambilnya hehehehehhe.
So kita update sikit cerita
ye.
KDrama, KMovie dan Tamil Movie
Kuota internet den yang
selama ni tak pernah habis tiba-tiba jadi tak cukup sejak PKP dan PKPB ni sebab
penangan KDrama, KMovie dan cerita Tamil hehehehehehehehe.
Kitaorang memang takde
siaran astro, neflix termasuklah siaran free digital sebab tak terbeli-beli
decoder nya. Internet memang harapkan daripada line handphone den nih je.
Sebenarnya banyak tengok
KMovie dan movie Tamil sebab jalan cerita depa biasanya menarik dan unik. Lama dah
rasanya tak tengok cerita omputih.
KDrama den tengok cerita
Partners In Investigation Season 1 dan 2 sampai 3 kali sebab den suka jalan cerita
drama ni. Memang kalau cerita siasatan, bunuh membunuh, thriller memang den
suka banget.
Den tengok KDrama Innocent
Dependant sampai episode 15. Lagi 3 episod entah bila nak dihabiskan sebab
macam dah boleh agak ending dia.
Semalam baru layan KDrama
Goblin. Den ni dah la memang tak minat love story ditambah plak jalan cerita
macam slow dan meleret-leret, adoi la memang bukan my cup of tea sungguh. Setakat
episode 3 den layankan juga sebab Gong Yoo hahhhaahahhaa. Tak tau la den
berjaya tak tengok drama ni sampai habis nanti.
Budak-budak Bergembira
Budak-budak happy je dapat
bergelinjangan kat rumah. Penat main mainan, depa tengok kartun, lepas tuh main
game, rasa lapar depa kerobek peti sejuk dan laci makanan, etc. Agak-agak
boring depa bergaduh sampai bercalar balar.
Bil air sejak PKP ni memang
naik tinggi daripada biasa + shower cream cepat sangat habis sebab budak
bertuah 2 orang tuh sakan berpesta buih dan berpesta songkran setiap kali depa
mandi. Nak diapakan ye tak? Nak bergelinjangan di taman tak dapat, makanya biar
la depa enjoy their childhood macam mana yang boleh.
Duduk kat rumah memang ada
banyak je kerja rumah tak habis-habis tapi bila tak dapat keluar pergi
mana-mana memang kepala agak weng la juga ye.
Kerja
Setakat ni den masih
bekerja 2 hari seminggu di ofis. Orang dah makin ramai bekerja di bangunan opis
den tuh ha. Barisan nak menunggu naik lif pun dah makin panjang. Selepas PKPB
ditamatkan dan semua pejabat beroperasi macam biasa tapi kena kekalkan jarak 1
meter (dalam lif maksimum 4 orang), tak boleh imagine berapa panjang line untuk
beratur naik lif dan pukul berapa agaknya berjaya punch in lagi-lagi bila
daripada 6 lif yang ada hanya 3 lif yang berfungsi.
Membaca dan Blogging
Semoga den bersemangat
semula untuk membaca bulan Jun ni setelah hampir 3 bulan terkena badi ‘reading
slump’. Ngeri wehhhh bila ulat buku tersampuk badi ni.
Bulan Jun juga membawa
berita sedih pada industry buku bila beberapa outlet MPHs terpaksa ditutup. Walaupun
den dah jarang pergi ke MPH sejak-sejak jatuh cinta dengan BookXcess tapi tetap
la juga den tumpang bersedih kalau ada kedai buku yang ditutup sebab untuk
orang macam den, mana-mana kedai buku adalah seumpama syurga dunia.
Tengah mencari mood juga
untuk blogging secara consistent. Tak sure la kenapa bila PKP bermula mood
untuk blogging pun ikut PKP sekali padahal banyak kot masa terluang. Haish.
6 Comments
SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
done follow:))))
Deletedah bosan dok di rumah. nak gi sekolah la tgok murid2 yg nak ambik SPM tu.
ReplyDeletesure ramai cikgu macam abam kie yang rindukan students kan
DeleteHehehehe.. sedihkan tentang MPH tu.. even saya rajin beli on9, sedih gak sbb MPH kat SACC Mall tu tutup gak.. tak tau lepas ni nak ke mana paling dekat sbb at least 2 bln sekali mesti singgah situ beli 1 or 2 buku kat situ.. situ yg paling dekat & paling mudah saya pergi..
ReplyDeleteHa kan...MPH kat SACC tuh paling dekat nak menapak dari ofis. Sedih takde tempat untuk melepak masa waktu rehat hari Jumaat
Delete