Semasa #dudukdiamdiamdirumah, Mengapa Tidak Merapikan Tempat Tersebut?
Malaysia
telah memasuki fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang
dikuatkuasakan untuk mencegah penyebaran wabak Covid-19.
Sekiranya
kita hanya merenung pintu pagar sambil berharap PKP akan berakhir tidak lama
lagi, salah satu perkara yang mungkin diperhatikan selain jalan yang tenang dan
udara yang kurang berdebu adalah pintu pagar telah berkarat di tepinya .
Pintu
logam yang menjadi pintu utama masuk ke rumah kita, tempat perlindungan kita,
mungkin merupakan salah satu perkara yang jarang diendahkan dalam masa
kesibukan.
Oleh
itu, semasa kita #dudukdiamdiam di rumah, sambil menunggu ketibaan Hari Raya
Aidilfitri yang bakal menjelang, ia juga merupakan masa terbaik untuk melakukan
kerja-kerja perapian dan pembaikan rumah seperti menghilangkan karat dari pintu
pagar masuk dan menyalutnya dengan lapisan perlindungan yang baik.
Aktiviti
ini tidak memerlukan banyak peralatan atau persediaan. Hanya 1 tin Produk
Pelbagai Guna WD-40®, beberapa keping kertas pasir, sedikit cat
asas, dan beberapa kain yang tidak digunakan lagi.
Untuk
memulakannya, gunakan kertas pasir terbabit dan gosokkan kesan karat yang
terdapat di atas permukaan pintu. Berhati-hatilah untuk tidak menggosoknya
terlalu kuat kerana cat juga akan tertanggal (tidak menjadi masalah jika kita
ingin mengecatnya semula).
Tetapi
jika tidak mahu, maka gosokkan kesan karat sedikit demi sedikit secara terus,
bersihkan dengan kain lembap untuk membersihkan serpihan, dan kemudian semburkan
Produk Pelbagai Guna WD-40®. Pastikan lapisan berkenaan dibuat
secara menyeluruh dengan baik.
Selain
bagus untuk melincirkan kunci dan selak pintu, ia juga melindungi logam dari
karat dan hakisan, menggantikan kelembapan, dan menembusi bahagian yang
tersekat. Oleh itu, sesi dengan Produk Pelbagai Guna WD-40® dapat
memastikan kunci dan selak pintu berfungsi dengan baik, dan pintu bebas
daripada karat. Dengan kata lain, pintu ini akan bertahan lebih lama lagi.
Sekiranya ingin mengecat semula pintu pagar,
setelah menggosok dengan kertas pasir, lap dengan kain lembap dan kemudian
letakkan cat asas (dengan satu mekanisme semburan ia berfungsi lebih baik dalam
situasi ini) di permukaan pagar. Pastikan lapisan pertama telah kering sebelum
membuat lapisan kedua.
Setelah cat asas dilakukan, boleh semburkan
lapisan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada permukaan, sebelum meneruskan
kerja cat. Dan tanpa disedari kerja cat telah siap dan pintu logam akan
kelihatan seperti baharu. Dengan penjagaan yang baik, ianya akan bertahan lama.
Oleh itu, manfaatkan masa kita di rumah
sekarang untuk melakukan aktiviti bersantai, tanpa perlu #dudukdiamdiam yang
membosankan dan membuang masa.
Sekiranya
perlukan lebih banyak maklumat, dan tip mengenai cara memanfaatkan Produk Pelbagai
Guna WD-40® dengan sebaiknya, atau cadangan untuk produk lain di
bawah jenama WD-40®, boleh melayari http://www.wd40.asia/my
2 Comments
byk benda boleh buat time pkp ni..
ReplyDeleteHa kan banyak aktiviti boleh buat untuk isi masa terluang
Delete